Ahad, 26 Februari 2012

JKNS DAPAT PERUNTUKKAN RM 3 B LAGI?

Oleh: Ambrose M. Matthew

TENOM: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah terkilan dengan tindakan kerajaan yang mengumumkan satu lagi projek bernilai RM3 billion untuk pembangunan komersil Stesen Keritapi Tanjung Aru sedangkan masalah menaiktaraf landasan antara Beaufort ke Tenom masih terbengkalai iaitu belum siap sepenuhnya.


Beliau berkata, keputusan sedemikian dilihatnya sebagai tidak selari dengan matlamat asal kerana tidak konsisten dalam melaksanakan sesuatu projek bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur Jabatan Keritapi Negeri Sabah (JKNS).

Sedangkan sebelum ini jabatan itu telah menerima peruntukkan sejumlah RM400 juta tetapi sehingga sekarang hampir menjangkau 5 tahun masih belum siap sepenuhnya, tegas beliau.

“ Kita tidak berniat untuk menentang niat dan hasrat murni kerajaan tetapi ia sepatutnya memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah masalah lain terutamanya isu jentera lokomotif yang terlalu uzur menyebabkan kekerapan perkhidmatan sering tergendala,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berhubung pembangunan Komersil Stesen Keritapi Tanjung Aru yang bernilai RM3 billion seperti yang dilaporkan media pada kelmarin (Ahad).

Ketua Menteri itu antara lain menjelaskan kepentingan pembangunan tersebut kerana beliau berhasrat untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu utama untuk pelaburan dari dalam rantau ini, termasuk wilayah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, dan kawasan pertumbuhan Asean Timur (BIMP-EAGA).

Jimmy menambah, dikawasan sekitar Pangi dan Rayoh penduduknya rata rata sebagai petani bergantung penuh kepada perkhidmatan keritapi dalam urusan rutin harian mereka untuk turun ke bandar membeli belah selain ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun rintihan mereka untuk mendapat perkhidmatan keritapi yang baik bukan keutamaan kerajaan.

“ Kerajaan sepatutnya menggunakan sebahagian daripada peruntukkan sejumlah RM3 billion itu untuk membeli beberapa jentera lokomotif baru dan bukan jentera yang terpakai dari China seperti pada sebelumnya sebagai memenuhi slogan kerajaan yang mendahulukan rakyat...sebaliknya mana sudah janji itu?” tegas Jimmy sambil menyifatkan kerajaan telah gagal memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

Selain itu, Jimmy turut mempersoalkan kelalaian kerajaan dari aspek keselamatan awam dimana antara Stesen Kinarut ke Tanjung Aru dimana semua lintasan tidak dibaiki secara berkomputer malah masih beroperasi secara manual.

Jimmy seterusnya berkata, tragedi keritapi melanggar tangki minyak dekat ketiau beberapa bulan lalu, dan rungutan penduduk penduduk Pangi dan Rayoh kerana lebih sebulan tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian mereka ke bandar untuk dipasarkan kerana perkhidmatan keritapi sering tergendala berpunca dari jentera lokomotif selalu rosak kerana terlalu daif dan uzur.

Ekoran beberapa kepincangan itu tambah Jimmy, cukup memberi gambaran bahawa terdapat kelalaian dalam pengurusan kerajaan terhadap JKNS lebih lebih lagi sebelum ini peruntukkan sejumlah RM400 juta masih dipersoalkan kemana alirannya.

Justeru, Jimmy meminta pihak berkuasa SPRM agar menyiasat perkara itu yang dipercayai mempunyai kelemahan dan salahlaku pengurusannya.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar JIMMY JAWATAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan