Rabu, 15 Februari 2012

STAR SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI PRU13, JEFFREY

Oleh: Ambrose M. Matthew

KENINGAU: Pelancaran The State Reform Party (STAR) oleh Pengerusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey G Kitingan disebuah restoran pelancongan disini pada baru baru ini telah memberi isyarat bahawa bermulanya misi perjuangan STAR di Pedalaman yang majority penyokongnya adalah dari kalangan masyarakat KDM.

Sungguh pun sambutan yang menggalakkan itu dimana kehadiran majlis itu dianggarkan kira kira lebih 2,000 orang adalah terlalu awal mengatakan Parti STAR mampu menumbangkan kerajaan BN namun dari segi kaca mata politik ianya sekadar sudah bersedia untuk tujuan itu.

Pun begitu, keghairahan penyokong penyokong STAR terus mendapat keyakinan yang memberangsangkan apabila beberapa pemimpin politik dari parti lain mengumumkan untuk menyertai STAR pada majlis itu seperti
Pengerusi DAP Cawangan Tg Aru Dr Felix Chong, Ketua Cabang PKR Pensiangan Danny Andipai dan bekas AMT PBRS yang juga merupakan seorang Peguam Martin Tommy.

Sepertimana kebiasaannya, Datuk Dr Jeffrey yang mempunyai suara yang lemah gemalai terus mendapat sokongan dan sorakan gemuruh hadirin apabila beliau berteriak menyebut “Ini kali Lah!” sebelum memulakan ucapan dasarnya yang banyak berkisar kepada misi dan visi perjuangan STAR untuk merampas secara demokratik kerajaan Sabah dari tangan UMNO-BN.

Jeffrey antara lain menegaskan bahawa beliau mahu memperbetulkan sejarah pembetukkan Malaysia pada tahun 1963 dimana telah terdapat pemesongan jalan cerita sejarah tersebut yang beliau percaya adalah perbuatan pihak pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab.

Apa tidaknya, jikalau kononnya Sabah merdeka dibawah Malaya tetapi sebaliknya Sabah dan Sarawak (ketika itu Singapura turut terlibat tetapi menarik diri tahun 1965) sama taraf dengan Malaya untuk membentuk Malaysia. Bererti status dan taraf Sabah dan Sarawak adalah sama dengan Malaya. Tanpa penyertaan Sabah dan Sarawak tidak akan ada Malaysia pada hari ini.

Jeffrey berkata, kini penyokong penyokong Parti STAR Sabah sudah bersedia dan hanya menanti saat dan ketika yang ditunggu tunggu untuk Parlimen dan DUN dibubarkan bagi mengadakan Pilihanraya umum kali ke13 kelak.

Sambil menambah bahawa rakyat Sabah masih belum terlambat untuk menukarkan kerajaan kukubesi UMNO-BN pada PRU13 supaya rakyat benar benar menikmati ertikata kemerdekaan dan kebebasan yang sebenar benarnya termasuk mengembalikan hak hak rakyat Sabah yang telah dinodai Persekutuan sepertimana termaktub didalam dokumen asas Perjanjian Malaysia 20 Perkara.

“We need to unite to achieve this objective, and this can only be done through the open and honest struggle of STAR,” tegas Jeffrey.

“There won’t be anymore real chance because if we don’t make the right decision this time, we will be done for,” he said. “That’s why the people must be courageous and not be afraid to do the right thing for their own future.” tambah beliau.

Turut hadir dimajlis itu, Timbalan Pengerusi STAR Sabah, Dr. Nicholas Guntobon, Timbalan Protem Presiden USNO Abdullah Sani, Protem AMT USNO Sofia Leong Chau Chu, Para AMT SAPP, Mantan Presiden Parti Pasok Richard Jayasuriya dan beberapa bekas pemimpin Barisan Nasional yang telah pun Parti STAR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan