Isnin, 2 April 2012

ORDINAN TANAH SABAH MASIH RELEVAN?

Oleh: Ambrose M Matthew

TENOM: Masyarakat Orang Asal khususnya penduduk penduduk yang berkepentingan dalam kawasan Tanah Adat Anak Negeri (NCR) tentunya semakin bimbang dan gusar kerana hak mereka lebih terjamin jika Tribunal Tanah Adat Anak Negeri yang baru dicadang tidak ditolak oleh kerajaan.

Demikian ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar), berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Isnin sebagai mengulas penolakan kerajaan berhubung cadangan penubuhan Tribunal Tanah Adat Anak Negeri semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada baru baru ini.

Tegasnya, kerajaan seharusnya tidak sekadar bergantung dengan Ordinan Tanah Sabah (SLO) yang kini dilihat semakin lapok sebaliknya kerajaan perlu berusaha mentranformasikan kaedah pengurusan tanah adat yang lebih kondusif kepada penyelesaian isu itu daripada mengheret mereka ke muka pengadilan.

“ Kita bersimpati dengan nasib malang yang menimpa penduduk kampong yang benar benar berhak menuntut tanah tanah NCR tetapi mereka terpaksa naik turun tangga Mahkamah untuk mendapatkan keadilan sedangkan mereka ini dari golongan miskin...manakan terdaya mendapatkan khidmat guaman untuk melawan kes mereka,” tegas Roger.

“ Kita kesal apabila cadangan penubuhan Tribunal Tanah Adat Anak Negeri itu ditolak kerana institusi itu satu satunya landasan terbaik sesuatu penyelesaian bagi sebarang pertikaian hak tanah NCR,” tambah beliau sambil mengharapkan agar kerajaan dapat mengkaji semula penolakan trersebut.

Roger yang juga merupakan Naib Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap berkata, insiden insiden yang telah berlaku dibeberapa kawasan tanah NCR seperti di Kg Imahit dan Mukim Rundum sepatutnya dijadikan iktibar bahawa penyelesaian menerusi Ordinan Tanah Sabah (SLO) tidak berupaya mengikis keraguan rakyat terhadap keputusan kerajaan kerana tanah itu adalah hak mereka.

Ketika ditanya mengapa rakyat dewasa ini semakin cenderung membuat tuntutan terhadap tanah tanah NCR berbanding lebih 20 tahun lalu ianya seolah olah dilupakan atau kurang penting Roger berkata,

“ Rakyat khususnya dikawasan luar bandar kini semakin terpelajar dengan lahirnya generasi cendikiawan dialab baru tentunya mereka terfikir bahawa tanah merupakan satu satunya aset kekal untuk generasi turun temurun mereka. Kedua, populasi semakin melebar saisnya (jadi) dimana lagi mereka letakkan anak anak mereka selain menuntut tanah tanah yang tergolong sebagai tanah adat...lagi pun, mereka wajar melakukannya,” tegas Roger.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar ROGER STIMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan