Oleh: Ambrose M Matthew
TENOM: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menegaskan bahawa ketiadaan kuasa otonomi kerajaan negeri menyulitkan para wakil rakyat disesuatu kawasan untuk melaksanakan sesuatu pembangunan yang mendesak. Ekoran masalah itu ia terpaksa tertangguh beberapa bulan sebelum kelulusan mutlak diperolehi dari kerajaan Pusat.
Beliau berkata, terdapat laporan sebelum ini mengatakan Guru Guru terpaksa menyewa rumah kampong kerana ketiadaan perumahan disediakan kerajaan selain laporan berhubung kedaifan sekolah terutama sekali infrastruktur pendawaian elektrik.
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa sekolah yang telah pun dikenal pasti lokasinya sering dilanda banjir seperti SK Kalang-Kanar, malah SK St Anthony yang mengalami runtuhan tanah beberapa tahun lalu malah sekolah terbabit telah mendapat arahan berpindah oleh pihak Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana tidak selamat untuk dihuni.
Agak malang sekali, meskipun beberapa siri lawatan Menteri Negeri dan Timbalan Menteri Persekutuan ke tapak tersebut sebelum ini tetapi sehingga sekarang tiada kelihatan tanda tanda tindakan telah diambil oleh kerajaan, tegas Roger.
“ Kalau kita bandingkan keadaan taraf sekolah bandar diSemenanjong dan yang ada dikawasan Pedalaman terdapat jurang perbezaan yang jauh sekali...diSemenanjong bilik darjah berhawa dingin manakala kita disini jangankan berhawa dingin...infrastruktur pendawaian elektrik pun usang bertahun tahun lamanya tidak dibaiki,” kata beliau ketika majlis perjumpaan rakyat sempena menyambut Pesta Kaamatan di Kg Kalang pada Sabtu.
Tegasnya, keadaan sebegini memaksa rakyat tiada pilihan selain membuat suatu keputusan drastik untuk menukarkan kerajaan yang ada secara demokratik menerusi peti undi pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang.
“ Rakyat sudah bosan dengan keadaan yang berlaku sejak beberapa penggal Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan. Jalanraya dikampong kampong tidak ubah seperti jalan kayu balak...lobang sini, lobang sana manakala air terus melimpah dipermukaan jalanraya kerana sistem perparitan tidak diselenggara. (Jadi)..kenapa rakyat tidak marah,” tegas Roger.
“ Siapakah yang harus dipersalahkan jikalau keadaan jalanraya terlalu daif? Tidakkan kerajaan semudah itu menyalahkan kontraktor tanpa apa apa tindakan...tetapi sebaliknya kerajaan harus bertanggung jawab untuk menamatkan khidmat kontraktor yang tidak memberi perkhidmatan yang baik dan melantik kontraktor baru yang berwibawa dan mampu melaksanakan tugas tersebut dengan baik,” tambahnya lagi.
Roger yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap berkata, beliau telah menggariskan halatujunya sendiri ketika mula melangkah berjuang dalam politik menerusi SAPP dimana ekonomi satu satunya bidang yang perlu dipertingkatkan malah perlu ditransformasikan secara serius untuk merobah corak penghidupan rakyat khususnya dikawasan disini yang masih jauh kebelakang tahap kemajuannya.
Beliau menambah, hanya dengan mengukuhkan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi akan dapat meletakkan martabat bangsa khususnya masyarakat KDM di puncak ekonomi yang kukuh setaraf dengan kesukuan lain yang telah pun menempah kemajuan sepertimana yang digariskan didalam wawasan 2020.
“ Semua perancangan ini bukan ianya suatu angan angan atau impian semata mata...tetapi ia tidak mustahil tidak dapat dilakukan jikalau seseorang pemimpin itu serius dan gigih berusaha untuk menaiktaraf penghidupan rakyat....(tetapi), ini bukan cerita dongeng berkisar lampu ajaib atau lampu Aladdin yang mampu melakukan sesuatu dengan sekelip mata. Apa yang penting kita jujur, telus dan ikhlas membantu rakyat,” kata Roger.
Berhubung dengan perayaan Pesta Kaamatan Roger menegaskan bahawa, perayaan tersebut perlu diteruskan disetiap Mukim atau kampong yang bertujuan bagi mendekatkan lagi golongan generasi muda untuk memahami secara dekat adat dan senibudaya yang ditinggalkan nenek moyang mereka agar ianya tidak pupus ditelan zaman.
Turut hadir dimajlis itu, Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Negeri Sabah yang juga merupakan Ketua Star Bahagian Tenom Hasmin Azroy Abdullah, Ahli Jawatankuasa Parti Star Tenom Mah Chin Lee dan Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi.
ENDS///..
Caption:-
1. Gambar PESTA KAAMATAN KALANG – Roger Stimin berdiri depan ke-6 dari kiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan