NABAWAN: Bekas Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Taimin Lumaing (gambar), bingkas bangun menawarkan diri untuk bertanding atas tiket bebas-Umno pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) untuk membuktikan sama ada UMNO Pensiangan mempunyai sokongan pengundi dikawasan itu sebagai mencabar dakwaan PBRS.
BEKAS MP PENSIANGAN DATUK TAIMIN LUMAING |
Tegasnya, PBRS perlu sedar bahawa kekuatan mereka selama ini bukannya terletak semata mata dibahu mereka sendiri malahan ianya adalah atas bantuan dan sokongan parti parti komponen lain seperti UPKO dan juga UMNO atas dasar perkongsian kuasa.
“ Apa pula salahnya jika UMNO minta agehan satu daripada tiga kerusi kerana UMNO juga banyak menyumbang pembangunan dikawasan Pensiangan,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis sebagai mengulas kemelut agehan kerusi dikawasan Parlimen Pensiangan.
Taimin yang juga pemimpin veteran UMNO Pensiangan berkata, PBRS tidak sepatutnya terlalu mendabik dada kononnya mereka terlalu berpengaruh diPensiangan seolah olah parti mereka sukar digugat namun mereka perlu sedar bahawa kemenangan Presiden PBRS Tan Sri Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan bukan atas keputusan rakyat Pensiangan mengundinya.
Sebaliknya tegas Taimin, ia adalah berdasarkan keputusan Mahkamah selepas isu kontroversi penolakan kertas pencalonan pembangkang pada PRU-12 (tahun 2008) dimana pada kemudiannya membuat petisyen ke Mahkamah tetapi telah ditolak dan mengekalkan kemenangan Kurup tanpa bertanding di Parlimen Pensiangan.
Beliau menambah, apa pun alasan Kahirin untuk menyatakan kononnya kawasan tersebut adalah berpenduduk majoriti pengundinya adalah terdiri daripada masyarakat KDM , namun tidak terdapat apa apa perbezaan pun dengan UMNO diPensiangan dimana mereka juga datang dari kelompok yang sama.
“ UMNO lebih dulu bertapak diPensiangan sebelum PBRS timbul..(bermakna) kami duluan menghadapi rakyat dan berkhidmat kepada mereka diParlimen Pensiangan,” tegas Taimin.
Dalam pada itu, Taimin turut meminta pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada negeri mahu pun pusat agar mengambil perhatian serius terhadap beberapa kenyataan Kahirin yang seakan akan mempersendakan prinsip dan dasar perjuangan BN yang ditunjangi UMNO dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Ends///..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan