Isnin, 20 Ogos 2012

PARTI KITA: TEMA JANJI DITEPATI BERBAUR POLITIK, JANGAN GUNA TEMA HARI KEMERDEKAAN

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Sabah menegaskan bahawa pemimpin pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak harus terus menerus mengungkapkan Tema Hari Kebangsaan seperti “Janji Ditepati” kerana tema tersebut tidak sepadan dengan kelancaran pembangunan dinegara ini sejak 55 tahun Merdeka terutamanya diSabah.

MUTANG...Jangan politikkan Hari Kemerdekaan!
Sebaliknya mereka perlu menggantikan tema tersebut kepada suatu ayat yang paling relevan yang berunsurkan perpaduan mahupun ayat yang melambangkan kemajuan pesat membangun dizaman era abad ke-21, kata Mutang Dawat @ Sylvester Ketua Penerangan parti itu pada Isnin.

Katanya, sungguh pun BN merupakan tunggak kerajaan dinegara ini namun penggunaan majlis rasmi kerajaan terutamanya dalam meraihkan bulan Kemerdekaan adalah kurang manis jika diselitkan mesej yang berunsurkan politik ke dalam tema tersebut.

“ Pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) sudah menghampiri masanya...takkanlah rakyat tidak tahu motif mereka itu. Tetapi dinegara negara membangun, menggunakan lojistik dan kemudahan kerajaan untuk berkempen semata mata membantu partinya memenangi sesuatu pilihanraya adalah menjadi suatu kesalahan (tetapi) dinegara ini amalan sedemikian kita tidak pasti,” tegas Sylvester.

Selain itu, Sylvester turut memperlekehkan intipati kejayaan kerajaan BN sebelum ini sehingga mereka tanpa segan silu mengwujudkan tema “Janji Ditepati” tanpa memeriksa realitinya mahupun padanan tema tersebut.

DiSabah sahaja tegas Sylvester, banyak pembangunan yang telah terbengkalai lebih 5 tahun lalu seperti pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah di Telipok bersebelahan dengan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dimana sepatutnya sekolah tersebut dibina dibawah RMK-9 lagi, apa yang sebaliknya, yang kelihatan sehingga hari ini sekadar papan tanda projek tersebut.

Tidak termasuk janji janji yang pernah dizahirkan mereka tahun lepas (2011) kononnya Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan kenaikkan pangkat bagi Guru Guru ke gred DG44 berkuatkuasa awal tahun ini (2012) tetapi setakat ini tiada tanda tanda ianya berlaku.

Baru baru ini, satu laporan mengatakan bahawa Dewan Perniagaan dan Industri Usahawan Sabah Bersatu (USECCI) meminta kerajaan negeri dan Persekutuan supaya memenuhi janji janji mereka untuk membina sebuah lapangan terbang di Silabukan dalam daerah Lahad Datu dimana upacara pecah tanah telah pun dilakukan beberapa tahun lalu namun sehingga kini tiada tanda tanda ianya berlaku.

Dewan perniagaan itu dipetik sebagai berkata bahawa difahamkan peruntukkan untuk projek tersebut sudah dikeluarkan tetapi belum dilaksanakan/dimulakan. Lagi pun, dengan terbinanya lapangan terbang itu ianya boleh mengubah senario di Tungku, Tambisan dan Silabukan. Ends///.. Caption:- 1. Gambar MUTANG DAWAT @ SYLVESTER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan