Selasa, 28 Ogos 2012

PEMUDA UMNO KENINGAU TIUP SENTIMEN 20 PERKARA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Star Sabah Hasmin Azroy Abdullah (gambar), menyifatkan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau Azman Haji Ruslan baru baru ini yang membangkitkan semula isu 20 Perkara sekadar meraih perhatian pucuk pimpinan Umno agar beliau dicalunkan pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

HASMIN AZROY ABDULLAH
Beliau berkata, tidak mungkin Azman tidak memahaminya sedangkan ramai pemimpin utama Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan bahawa 20 Perkara mempunyai justifikasinya namun beliau sengaja membangkitkannya lagi dalam usahanya menjadi “hero” untuk melawan arus.

“ Kita telah jelaskan semuanya dan kita rasa tidak ada yang tertinggal lagi....takkanlah Azman ketandusan isu sehingga memaksa isu 20 Perkara diungkit berulang ulang,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu media semasa majlis ramah mesra sempena rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri yang dihadiri kira kira lebih 300 orang diKg Jawa Ulloi pada Ahad.

Azroy yang juga merupakan Ketua Bahagian Parti Star Tenom berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Haji Ruslan semasa persidangan pemuda Umno Keningau yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno pada Ahad.

Pada Ahad, Azman selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Keningau dalam ucapannya meminta golongan yang membangkitkan isu 20 Perkara agar menjelaskan secara jujur tentang mengapa dan bagaimana mereka membuat kesimpulan umum bahawa semua perkara yang terkandung dalam 20 Perkara itu masih “relevan”.

Sehubungan itu, Azroy menjelaskan bahawa sebenarnya adalah menjadi tanggung jawab pemimpin rakyat Sabah untuk memahami dan menghayati perjuangan lampau dan sebaliknya bukan pula berusaha menidakkannya dengan memutar belitkan fakta yang ada.

“ Jika tidak relevan saya ingin bertanya kepada Azman, bagaimana pemahaman beliau terhadap perkara ke-7 dalam 20 Perkara iaitu “Right of seccesion”? Bagaimanakah jika perkara ini turut tidak relevan...adakah ini juga dengan sendirinya terkikis daripada salah satu perkara tersebut.

“ Malahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan begitu konsisten bercakap tentang isu 20 Perkara sejak tahun 1987 melalui bukunya bertajuk...“ The 20 points, basis for federal state relation for Sabah,” tegasnya sambil menyatakan bahawa buku tersebut pernah diberikan kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba pada ketika itu Timbalan Perdana Menteri sebagai memorandun.

Tegasnya lagi, 20 Perkara bukan ciptaan Parti Star tetapi ianya merupakan satu usaha dan tanggung jawab pemimpin terdahulu ketika rundingan pembetukkan Malaysia yang melibatkan Sabah, Sarawak dan Malaya namun peranan Parti Star sekadar menyambung lidah perjuangan pemimpin terdahulu, apatah lagi selepas tragedi 'double six' yang turut meragut nyawa kepimpinan utama Sabah.

“ Saya mencadangkan kepada semua pemimpin Umno... jika anda takut dan tidak faham bgaimana perjuangn hasrat pemimpin terdahulu, biar kami lakukannya dan ia juga utk kebaikn anak cucu cicit anda. “ Selagi masih bersifat parti yang memerintah buatlah sebaik yang boleh untuk memperjuangkan apa yang boleh tanpa menghina perjuangan pemimpin lama.

Lihat sahaja pekan Keningau, terdapat 3 agensi bergerak bersama iaitu Polis, Rela dan JPAM tapi PTI masih berkeliaran bebas,” tegasnya.

Selain itu, Azroy turut mengingatkan pemimpin yang sering mempersoalkan kemerdekaan Sabah dan kewujudan Malaysia sejak 49 tahun lalu terutamanya Ahli Parlimen Kota Belud dimana kelibatnya yang sering keliru sejarah negeri sendiri boleh disifatkan tidak layak bergelar seorang pemimpin. “ Sabah bukan masuk Malaya pada tahun 1957 dan Malaya hanya bertukar nama kepada Malaysia tahun 1963...dimana Sabah pada tahun 1957 masih dibawah jajahan British dan diberi nama North Borneo.

Selepas pembentukkan pada tahun 1963 bersama Sarawak dan Singapura dan Malaya menerusi atas kertas perjanjian 1963 barulah wujud Malaysia. Ini adalah fakta dan bukan soal mempolitikkannya,” tambahnya lagi. Ends///.. Caption:- 1. Gambar HASMIN AZROY ABDULLAH

1 ulasan:

  1. Bagus saudara saya sokong hujah membidas kenyataan Pemuda Umno Keningau ini. Kenyataan beliau tidak menyuluruh malah tidak menyentuh committee Lord Landsdowne. Dia ingat bukan datuk datuk kita yang sokong 20 perkara tu.

    BalasPadam