Khamis, 20 September 2012

KPP LANTIK PEMANDU PELANCONG ASING BEKERJA DISABAH TINDAKAN SALAH, PARTI KITA

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Langkah Kementerian Pelancongan Persekutuan (KPP) membenarkan pemandu pelancong asing dari Korea bekerja dinegara ini khususnya diSabah walaupun dalam keadaan terpaksa untuk memenuhi keperluan tersebut tetapi tindakan itu bukanlah sesuatu yang sebijak bijaknya dalam mengatasi masalah kedatangan pelancong luar hanya kerana isu 'bahasa'.

DARI KIRI, MUTANG, DATO'ZAID DAN ALIAS
Malahan KPP telah diwujudkan begitu lama tetapi agak mengejutkan banyak pihak kerana isu 'bahasa' menjadi kekangan untuk melayani mereka mengakibatkan negara ini terpaksa tunduk kepada kemahuan mereka supaya melantik pekerja asing untuk tujuan itu.

Ketua Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Sabah Mutang Dawat @ Sylvester dalam satu kenyataan disini pada Khamis sebagai mengulas isu pengambilan pekerja Korea sebagai Pemandu Pelancong berbahasa Korea dinegara ini terutamanya di Sabah.

Apakah negara ini yang telah membangun dengan pesatnya selepas merdeka 55 tahun tetapi masih mundur didalam sektor pelancongan terutama dasar dasar luarnya masih ketinggalan untuk melatih kakitangannya bagi menguasai bahasa bahasa luar yang ada kepentingan dari aspek pelancongan, tanya Mutang.

“ Kita mempunyai IPTA dan IPTS yang banyak diseluruh negara dimana kursus mereka banyak yang mengkhususkan kepada sektor pelancongan...kenapa isu bahasa asing tidak dimasukkan ke dalam kurikulum bahasa kemestian sesebuah institusi itu (malah) apa KPP lakukan selama ini,” tegas Mutang.

Pada Selasa, Menteri Pelancongan Dato' Seri Dr Ng Yen Yen ketika menjelaskan kekalutan isu tersebut selepas diasak pertanyaan beberapa pihak terutamanya pembangkang menegaskan bahawa langkah sedemikian merupakan langkah sementara untuk memenuhi keperluan kekurangan pemandu berbahasa asing diSabah.

Dalam pada itu, dalam satu perkembangan lain, Mutang yang baru pulang daripada satu mesyuarat tertinggi Parti Kita Kebangsaan di Kuala Lumpur baru baru ini antara lain menegaskan bahawa Parti Kita akan meletakkan calon untuk bertanding dibeberapa kawasan Dun atau Parlimen diSabah pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini.

Bagaimana pun, tegas Mutang, prinsip satu lawan satu serta kerjasama dengan parti parti pembangkang diSabah menjadi teras dan harapan parti itu ketika menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

Ditanya kawasan kawasan yang bakal ditandingi Parti Kita termasuk latar belakang bakal bakal calon mereka Mutang berkata, “ Saya tiada kuasa atau pun 'locus standi' mengumumkan nama nama pemimpin yang bakal dicalonkan termasuk kawasan Dun atau MP...itu kena tanya Presiden atau Pengerusi Parti Kita Sabah Datuk Pg Othman Rauf...maaf saya tidak pasti, “ tegas Mutang.

Ditanya lanjut sama ada Parti Kita sudah terlibat sama dalam beberapa siri perbincangan dengan gagasan pembangkang diSabah sebelum ini beliau berkata, “ Kita mengharap sangat jika kami dipelawa tetapi kami pasti memberi komitmen dalam perbincangan itu kelak,” tambahnya lagi.

Selain itu, Presiden parti itu Dato' Zaid Ibrahim yang telah mengumumkan 7 kawasan Dun dan Parlimen ditandingi parti itu diKedah baru baru ini, dijangka akan melakukan lawatan dinegeri ini untuk meninjau persiapan parti itu untuk menghadapi PRU-13 dalam masa terdekat.

Ends///.. Caption:- 1. Gambar PARTI KITA SABAH – Mutang (kiri), Dato' Zaid Ibrahim Presiden Parti Kita (tengah) bersama Setiausaha Perhubungan Parti Kita Sabah Alias Benjamin semasa lawatan mereka ke kediaman Presiden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan