Selasa, 9 Julai 2013
Oleh: Ambrose M Matthew TENOM: Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh Theresa Kok menyifatkan momentum rakyat untuk mengalih sokongan kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sudah semakin cerah berdasarkan perolehan undi popular pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) dimana diSemenanjung mendapat kira kira 53 peratus manakala Sabah dan Sarawak memperolehi kira kira 50.87 peratus. Beliau berkata, berdasarkan prestasi yang sangat memberangsang itu, usaha gigih perlu dilakukan untuk meraih sokongan terutamanya pemantapan jentera parti selain menerapkan nilai nilai murni untuk meyakinkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti DAP. “ Teras perjuangan parti adalah untuk membanteras rasuah yang kini berleluasa dipihak Barisan Nasional (BN)...sudah terbukti apabila bekas Menteri Besar Selangor telah disabitkan kesalahan rasuah...sebab itu rakyat Selangor tolak kerajaan BN,” kata beliau ketika berceramah dihadapan para ahli dan penyokong DAP Tenom pada Selasa. Turut hadir, Pengerusi DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, bekas calun DAP Dun Melalap Noritah Sual, bekas Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi dan beberapa pemimpin Gereja Keristian SIB. Theresa Kok yang juga bekas Exco Selangor sebelum PRU13 turut menjelaskan bahawa beliau kini telah dipertanggung jawabkan oleh pucuk pimpinan parti untuk menyelaras perjuangan parti itu dikawasan Pedalaman merupakan satu satunya tugas yang paling mencabar bagi dirinya. Namun cabaran itu katanya, beliau tidak sedikit pun merasa gementar untuk terus berkhidmat kepada parti demi rakyat dan masa depan anak cucu cicit generasi akan datang akan terus mendapat pembelaan yang seadil adilnya. “ Saya mengambil contoh terdekat bahawa penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah kini sudah lanjut usia mencecah lebih 70 tahun (tetapi) masih mampu melawat kawasan diseluruh negara termasuk dikawasan Pedalaman Sabah. “ Jadi, kita yang dalam usia jauh lebih muda darinya mengapa tidak mampu berbuat demikian? Ini disebabkan perjuangannya lebih fokus kepada membela hak asasi rakyat tanpa mengenal usianya,” tegas beliau. Ketika menyentuh kegagalan PR menumbang BN terutamanya diSabah pada PRU13 beliau berkata, ianya banyak berkisar kepada kegagalan parti parti pembangkang berkompromi untuk mengwujudkan formula satu lawan satu disetiap kawasan menyebabkan undi pembangkang telah berpecah. Bagaimana pun Kok menyangkal dakwaan rakan pembangkang yang lain terutamanya SAPP kononnya PR menolak kerjasama itu diwujudkan adalah tidak benar kerana PR khususnya DAP telah beberapa kali membuka ruang kerjasama tetapi SAPP yang menolaknya. Dalam pada itu, sejurus selepas Kok menerima borang keahlian Rudy, beliau berkata, keputusannya menyertai DAP tidak didorong oleh mana mana pihak termasuk ganjaran namun niatnya sekadar mahu meneruskan pembelaan keatas masyarakat di kawasan disini khususnya Dun Melalap agar tidak dianaktirikan oleh kerajaan BN. “ Biar pun kita bukan kerajaan diSabah dan sekadar bertindak sebagai “ check and balance” terhadap prestasi kerajaan BN tetapi kita pasti menegur mereka apabila mendapati mereka membelanjakan wang rakyat secara membazir dan menguntungkan kroni kroni mereka sahaja. “ Kita mahu pastikan bahawa setiap sen dan ringgit wang rakyat itu dibelanjakan harus memberi menfaat yang betul kepada rakyat,” tegasnya. Ends///...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan