Sabtu, 14 November 2015

BAJET 2016 MENDAPAT SOKONGAN NGO MAMAGUN

Oleh: Mail Mathew

 TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun menyifatkan Bajet 2016 sejumlah RM267.2 billion merupakan agak seimbang kerana selain banyak menumpukan pembangunan dikawasan bandar namun dikawasan luar bandar khususnya masyarakat Mamagun tidak terpinggir untuk menikmati limpahan bajet tersebut.


Perbelanjaan sebanyak RM70 juta diperuntukkan untuk subsidi padi huma turut disambut baik untuk meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi huma yang mana kebanyakkannya diusahakan oleh masyarakat Mamagun yang bertaburan diSabah seluas 11,000 hektar, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi (gambar).

 Manakala perbelanjaan sebanyak RM115 juta pula disediakan khusus untuk program Khas Bumiputra Sabah dan Sarawak  disifatkan sebagai usaha memperkasakan Hak Adat Bumiputra yang merangkumi prosedur pemetaan dan pengukuran tanah tanah adat (NCR) termasuk melibatkan kos membina mahkamah adat terangkum dalam  projek tersebut, tambahnya.

 Selain itu, dalam melaksanakan inisiatif untuk menjamin kesejahteraan pekebun kecil berikutan kemerosotan harga getah dimana ianya telah memberi kesan buruk kepada pendapatan golongan  itu sejak beberapa bulan yang lalu, kerajaan dianggap prihatin kerana bersedia mengkaji dan menaikkan harga komoditi itu, kata Rudy.

 “ Kesemua ini menunjukkan kerajaan Persekutuan benar benar prihatin dan mendengar denyut nadi masyarakat luar bandar yang mana demografi penduduknya dari masyarakat Mamagun....(kini) ia menunjukkan bahawa kebajikan mereka telah terbela,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Sabtu, sebagai mengulas pembentangan Bajet 2016 yang diParlimen oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat.

Rudy menambah, sebelum ini, laporan pada 10.10.2015 pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan khususnya diSabah agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada sektor pertanian terutamanya barangan dan peralatan untuk proses penghasilan padi dikecualikan GST, diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016.

 Saranan itu dibuat kerana Rudy merasakan bahawa jika ianya tidak dipertimbangkan oleh kerajaan ia tidak dapat membantu golongan petani yang rata rata dikuasai masyarakat Mamagun untuk menambah penghasilan makanan yang cukup kerana bebanan kewangan lebih daripada kemampuan, tegasnya.

Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM160 juta adalah disediakan untuk pelbagai NGO bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan Rudy berkata,

 “ NGO Mamagun bersedia menghulurkan tangan bekerjasama dengan NGO lain untuk menggarap tugas yang bakal diberikan,” tegasnya. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar RUDY SULAIMAN MAIRI – Presiden Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan