TENOM: Kesatuan Guru Kebangsaan Sabah (KGKS) menegaskan bahawa memang layak dan ada sebab guru guru terutamanya Majlis Guru Besar dibawah pimpinan Presidennya Lasmin Majani wajar mendapat pujian kerana diatas kerja keras golongan ini sehingga UPSR tahun ini (2015) menunjukkan peningkatan keseluruhan 2.67 peratus.
HUSSIN BASIR |
Beliau berkata demikian ketika memberitahu pemberita pada Rabu sebagai mengulas keputusan UPSR tahun 2015 yang mengatasi pencapaian Sabah tahun lepas dimana kali ini seramai 1,612 telah mendapat semua A, berbanding tahun lepas hanya 1,231 mendapat A.
Hussin berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) dalam tahun ini (2015) telah meningkat kepada 2.62 berbanding 2.72 pada tahun lepas dimana purata itu merupakan prestasi tahunan terbaik yang dicapai berbanding lima tahun lalu yang meningkat sebanyak 0.09.
“ Walaupun berada di tangga ke-14 namun Sabah berada ditangga no.1 bagi negeri negeri yang meningkat diMalaysia....sebaliknya pada tahun 2014 Sabah hanya mendudukki ditangga ke-2 diSabah.
“ Saya melihat guru guru diSabah telah berkerja keras untuk memastikan anak anak murid berjaya dalam UPSR tanpa mengira masa..telah menjadi budaya kelas tambahan diSabah...dimana mereka mengajar pada waktu malam dilaksanakan 4 bulan sebelum UPSR,” tegas Hussin.
Selain itu, Basir turut menyentuh dalam setiap program, iaitu program “Guru Mengajar Murid belajar”, guru guru begitu seronok berkerja tanpa mengira masa di bawah kepimpinan Datuk Jame Alip, dimana program itu disifatkannya sebagai satu satunya yang amat berkesan sekali.
Dalam pada itu, Basir yakin prestasi Sabah terus meningkat maju pencapaian dalam UPSR di Malaysia, namun tidak boleh dibandingkan dengan negeri negeri di Semenanjung dimana bilangan calon UPSR tidak banyak seperti diSabah selain faktor faktor demografi yang memisahkan jurang pendidikan yang amat ketara. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar HUSSIN BASIR – Presiden KGKS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan