TENOM: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Mantailang Adrian Majakum (gambar), menafikan terdapat aktiviti pembalakkan haram di Ulu Naluyan dan Ulu Mantailang seperti yang didakwa sesetengah pihak penduduk disitu.
ADRIAN |
Sehubungan itu, Pegawai Perhutanan Daerah (DFO) disini ketika dihubungi pada kelmarin (Rabu) mengesahkan aktiviti mengangkut balak di Ulu Naluyan yang sedang berlaku sekarang adalah sisa sisa kayu dari tanah bergeran yang belum habis diangkut selepas tertangguh beberapa minggu disebabkan masalah cuaca, dan bukannya pembalakkan haram.
Ditanya apakah balak balak yang diangkut itu telah dibayar royalti sebelum diangkut DFO itu berkata, memang sudah berbayar kerana polisi mereka tidak ada balak balak yang boleh diangkut keluar jika royaltinya belum berbayar, katanya.
Dalam pada itu, Majakum turut menjelaskan bahawa projek tersebut mendapat kelulusan bersama Pegawai Daerah yang juga merupakan Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan Jabatan Perhutanan sebelum projek Form 2B dilaksanakan yang hanya meliputi tanah tanah bergeran sahaja.
Majakum berkata demikian sebagai mengulas beberapa tuduhan daripada sesetengah pihak dari Kg Ulu Mantailang yang diviralkan dilaman sosial facebook dan whatsapp mendakwa kononnya Pengerusi JKKK kurang bertanggung jawab berhubung masalah pembalakkan di Ulu Mantailang.
Menurutnya lagi, malahan ada diantaranya menuduh Pengerusi JKKK itu mungkin dirasuahkan menyebabkan tidak kelihatan sebarang tindakan dilakukan JKKK untuk menghalang kegiatan pembalakkan disitu disifatkan Majakum sebagai tuduhan liar dan keterlaluan, tegasnya.
“ Saya nasihatkan mereka ini agar jangan terburu buru mengambil tindakan kerana jika tindakan mereka itu tidak berasas buruk padahnya. Berbincang dan bermusyawarah sebelum bertindak adalah langkah sebaik baiknya,” tambahnya. Ends///.....(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar ADRIAN MAJAKUM- Pengerusi JKKK Kg Mantailang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan