Isnin, 22 Februari 2016

PDRM PERLU LEBIH BERSEDIA MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN, KATA DSP FIRDAUS FRANCIS

Oleh: Mail Mathew

PDRM TENOM
TENOM: Anggota PDRM di Ibu Pejabat Polis Daerah disini diingatkan agar meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana pihak musuh/penjenayah juga memiliki kecekapan dari aspek perancangan dan perisikan termasuk peralatan canggih, kata Deputi Suprintendan Polis (DSP) Mohd Firdaus Abdullah.

 Beliau berkata, jangan ada terlintas difikiran bahawa seseorang anggota polis yang berada dikawasan kadar index jenayah yang rendah seperti didaerah ini dijadikan sandaran untuk beristerehat tanpa memikirkan kejadian diluar jangkaan.

 Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu perhimpunan bulanan yang diadakan diperkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini pada Isnin, yang turut disaksikan beberapa pemimpin masyarakat Ketua Kampong dan Pengerusi JKKK.

 Tegasnya lagi, beliau turut menekankan bahawa meskipun daerah ini bukanlah satu satunya daerah strategik yang terdedah kepada ancaman luar namun disebabkan kemajuan pembangunan dimana lingkaran jalanraya yang boleh berhubung antara timor, barat, selatan dan utara antara kemungkinan akan wujudnya ancaman ancaman baru datangnya dari luar, katanya.

 “ Orang jahat (penjenayah) pun mempunyai strategi malah mereka senantiasa memerhati dan melihat kelemahan kita serta keupayaan kita sama ada boleh dipatahkan atau sebaliknya....(jadi) kita haruslah meningkatkan kesiapsiagaan kita dari masa ke semasa.

 “ Kita sentiasa mencari jalan melalui akal dan fikiran bagaimana pencegahan jenayah yang berkesan dapat dijalankan....sedangkan kes rogol, kes pecah rumah dan curi kerita masih boleh berlaku....inilah antara agenda yang menjadi sasaran kita dengan kerjasama masyarakat,” tegasnya.

 Dalam pada itu, DSP Firdaus turut menggesa media massa agar memanjangkan maklumat kepada segenap lapisan masyarakat agar senantiasa memberi kerjasama dengan pihak polis sekiranya mereka memperolehi maklumat terdapatnya kehadiran “orang baru” yang tidak dikenali dikampong kampong atau mukim mereka dan segera menghubungi polis ditalian 087-736211 pada bila bila masa.

“ Kita juga sudah menubuhkan satu jabatan baru dalam polis yang dikenali sebagai Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komunit yang diketuai seorang Pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis (ASP)...tujuannya untuk menangani segala aduan rakyat berhubung kegiatan jenayah,” tegasnya.

Dalam pada itu, DSP Firdaus turut menyerahkan surat penghargaan kepada seorang anggota polis KPL Sanluping Haji Sani kerana kejayaannya menangkap penjenayah. Manakala 4 orang pemimpin masyarakat KK Haji Arkani Ukab, KK Majid Ismail, KK Lunsing Andamat dan Pengerusi JKKK Stanislaus Jamunit turut menerima surat penghargaan kerana kerjasama mereka kepada PDRM.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.IMG_7643 - Kelihatan DSP Firdaus bersama anggota PDRM merakamkan kenangan dimajlis itu. 2.IMG_7637 - KPL Sanluping Haji Sani menerima surat penghargaan. 3.IMG_7640 - Kelihatan salah seorang pemimpin masyarakat menerima surat penghargaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan