Sabtu, 19 Mac 2016

NGO MAMAGUN TIDAK SOKONG 'DEKLARASI RAKYAT'

Oleh: Mail Mathew

AMT NGO MAMAGUN
TENOM: Pertubuhan NGO Mamagun membayangkan tidak akan menyokong pakatan “Deklarasi Rakyat” yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada baru baru ini, kerana matlamat perjuangannya tidak jelas kepada rakyat kebaikkannya, tegas Presidennya Rudy Sulaiman Mairi.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas mesyuarat NGO itu selesai pada Sabtu, dengan menambah bahawa masyarakat Mamagun harus menumpukan perhatian kepada agenda pembangunan terutamanya dikawasan masyarakat Mamagun dipedalaman sebelum pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14).

“ Kita tidak ada masa melayani mereka kerana kita mahu agenda pembangunan yang sedang rancak dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berjalan lancar.....kerana rakyat dipedalaman khususnya masyarakat Mamagun masih memerlukan banyak pembangunan.

 “ Kerajaan BN yang dipimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman telah menunjukkan prestasi kepimpinan yang baik sebelum ini...(jadi) tidaklah begitu relevan jika mereka ini dilabelkan sebagai pemimpin lemah dan sebagainya,” katanya.

Berhubung dengan mesyuarat NGO Mamagun Rudy berkata, setakat ini NGO itu telah melantik dua lagi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) sebagai tambahan menjadikan jumlah keseluruhan seramai 18 orang termasuk Presiden.

 Mengenai dengan perancangannya dimasa hadapan Rudy berkata, NGO itu akan memulakan langkah penjelajahan ke pelusuk kampong selepas melakukan kunjungan kehormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dalam masa terdekat.

“ Kami mahu bersemuka dengan Ketua Menteri Sabah untuk memberi taklimat dasar dan matlamat perjuangan NGO Mamagun, walaupun kami telah istiharkan sebelum ini bahawa NGO Mamagun adalah pro kepada BN sejak ditubuhkan kira kira dua tahun lalu,” tegasnya.

Caption:- 1.IMG_7693- Kelihatan Rudy menyerahkan surat lantikkan AMT baru kepada John Lukap daripada Rundum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan