Isnin, 25 April 2016

PEMUDA UMNO OPTIMIS GOLONGAN BELIA SOKONG BN, JAMAWI

Oleh: Mail Mathew


PEMUDA BN
PETRA JAYA KUCHING : Ketua  Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Jamawi Jaafar yakin pengundi muda di negeri ini  positif dengan kecenderungan untuk memilih  BN pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak Ke-11 (PRN11)  kali ini.

Menurut beliau,  berdasarkan gerak kerja secara agresif dilaksanakan selama ini dalam mendekati dan membela nasib golongan berkenaan.oleh kerajaan Barisan Nasional merangkumi pelbagai aspek pendidikan, ekonomi sosial dan politik menjadi pendorong kepada golongan ini untuk terus  bersama dan menyokog Barisan Nasional pada PRN ke-11 kali ini.

“ Dibawah kepimpinan Ketua Menteri Dato’Patinggi Tan Sri Dr Haji Adenan Haji Satem dengan pendekatan “mesra rakyat” semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda di Sarawak dan pada PRN kali ini seramai 13 orang calon  BN terdiri daripada pemimpin muda  diletakkan sebagai calon BN.

“ Ia merupakan satu pengiktaran kepada golongan muda di negeri ini” katanya ketika ditemui selepas mengiring calon Barisan Nasional DUN N6 Tupong Fazzarudin  Abdul Rahman ke pusat penamaan calon di SMK Petra Jaya  Kuching kemarin Turut serta mengiringi Fazzarudin ,Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin serta lebih dari 3,000 orang penyokong BN ke pusat penamaan calon tersebut.

 Fazzrudin sebelum ini merupakan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Hj. Fadillah Yusof yang  juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB. Beliau adalah antara pemimpin Pemuda yang diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai calon BN pada pilihanraya kali ini  dan merupakan seorang pemimpin pemuda yang aktif dalam aktiviti bersama Belia Sarawak.

Fazzrudin di pilih sebagai calon BN N6 Tupang bagi menggantikan penyandang kerusi DUN N6 Tupong sebelum ini ialah Datuk Haji Daud Abd Rahman yang bersara setelah 5 penggal memegang amanah sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut keyakinannya terhadap pengundi muda, Jamawi  yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata, Ketua Menteri Sarawak  bijak mempersiapkan landasan untuk memastikan pengharapan generasi muda ditunaikan.

“Pembangunan ekonomi yang terancang, terutamanya pelaksanaan berterusan sektor pembangunan seperti Lebuh Raya Pan Borneo memberikan keyakinan berganda kepada mereka.

” Katanya Menurut Jamawi golongan muda di negeri ini, nampak dan merasai akan denyut perubahan ekonomi selain kuasa beli dan gaya kehidupan yang semakin ketara meningkat hari ini … semuanya hasil dinamisme pimpinan BN.

 “Dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional peluang pekerjaan dan perniagaan dalam pelbagai sektor juga wujud dengan banyak sekali.,justeru sukar untuk gerenasi muda di negeri ini menolak peranan BN dalam membangunkan kehidupan mereka seharian” jelas Jamawi.

 Bagaimanapun Jamawi turut mengiingatkan agar jentera pemuda BN terus bergerak aktif melaksanakan kempen dan tidak terlalu optimis dengan kekuatan ada, namun perlu terus bergerak mendekati pengundi muda dan menghadapi provokasi yang sering menjadi permainan parti lawan semasa pilihnaraya. Ends///...(Mail Mathew) CAPTION:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan