Sabtu, 2 April 2016

UMNO TENOM TOLAK DEKLARASI RAKYAT

Oleh: Mail Mathew

Add caption
TENOM: Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tenom merangkumi empat kelompok terdiri daripada induk, pergerakan pemuda, wanita dan puteri sebulat suara menolak “Deklarasi Rakyat” yang ditunjangi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Sebaliknya perwakilan seramai 443 orang yang diketuai Ketua Bahagiannya Datuk Rubin Balang merangkap Adun Kemabong sebulat suara menyatakan ikrar taat setia dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Dato'Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman.

Majlis lafaz ikrar itu dibuat bersempena dengan Majlis Perasmian Persidangan cawangan berkelompok Umno yang dirasmikan oleh Ketua Bahagiannya Datuk Rubin Balang diDewan Sri Antanom dekat sini pada Sabtu.

Sebelum itu, Rubin menyentuh beberapa perkara ketika menolak deklarasi rakyat yang dicanangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebelum ini, adalah kerana usaha yang dijalankan beliau amat bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan dinegara ini, katanya.

“ Masyarakat umum telah mengetahui matlamat deklarasi rakyat yang hanya tertumpu kepada tujuannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Razak...sedangkan Perdana Menteri kita dipilih rakyat secara demokratik.

 “ Umno Tenom telah mengambil suatu ketetapan tegas tanpa dipengaruhi oleh mana mana pihak bahawa kita menyokong Perdana Menteri Dato'Seri Najib Razak untuk meneruskan kepimpinan negara kerana seperti yang kita tahu bahawa rakyat inginkan pembangunan berterusan untuk mencapai tahap negara maju,” tegasnya.

Selain itu, DAP turut dikecam Rubin kerana memperlekeh prestasi kepimpinannya dikawasan itu dengan mendakwa kononnya pembangunan yang dilaksanakan dikawasannya sangat minima disifatkannya sebagai kurang tepat dan mengelirukan.

 “ DAP harus sedar bahawa peruntukkan pembangunan yang disalurkan kerajaan dikawasan itu berjuta ringgit setiap tahun....tidak mungkin DAP tidak sedar bahawa banyak perubahan telah berlaku sama ada jalanraya, bekalan air bersih dan lain lain kemudahan infrastruktur malah tidak terdapat rungutan dari rakyat setakat ini,” tegasnya.

 Berhubung dengan mesyuarat kelompok cawangan Umno, Rubin berkata, dengan mengadakan perasmian berkelompok ianya dapat menjimatkan masa dan dapat melicinkan perjalanan mesyuarat mengikut tatacara dan kod etika mesyuarat dengan betul.

 “ Selepas perasmian secara berkelompok, mana mana cawangan bolehlah menjalankan mesyuarat masing masing, asalkan cawangan mengedarkan notis pemberitahuan kepada para ahli sekurang kurangnya 14 hari sebelum bersidang mengikut perlembagaan parti,” jelasnya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.IMG_7735- Rubin ketika mengumumkan penolakkan “Deklarasi Rakyat” dan seterusnya membaca ikrar taat setia dan menyokong kepimpinan Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri dan Presiden Umno. 2.IMG_7730- Rubin menurunkan tanda tangan ikrar taat setia dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak dan diikuti oleh semua perwakilan yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan