Oleh: Mail Mathew
KEKUATAN dan pengaruh Liberal Democratic Party (LDP)
khususnya diBahagian DUN Melalap dibawah kepimpinan Ng Tet Hau amat
ketara perbezaannya dengan kepartian lain dalam komponen Barisan
Nasional (BN) berkonsepkan masyarakat Cina.
Ini dapat dilihat dari aspek jumlah sokongan
pengikut parti itu dalam apa juga program atau aktiviti yang
dijalankan kerajaan, dimana LDP dapat menunjukkan jumlah kehadiran
para ahlinya yang agak membanggakan.
Contohnya, ketika majlis perayaan ulangtahun ke-57
Hospital Tenom, dimana sempena dengan majlis itu satu aktiviti
menderma darah bagi mengisi tabung darah hospital itu dijalankan,
telah menyaksikan bilangan yang paling ramai tampil menyahut cabaran
tersebut adalah daripada ahli ahli LDP.
SIJIL PENYERTAAN |
Meskipun aktiviti LDP Melalap agak sibuk sedikit,
namun kelibatnya disana sini sama ada bertemu rakyat, atau membantu
rakyat yang memerlukan bantuan tetap diberi layanan tanpa banyak
alasan atau persoalan.
Ketua Bahagiannya Ng Tet Hau ketika diajukan soalan
sekadar menjawab,
“ Tugas dan tanggung jawab kami dalam LDP mahu
berkhidmat kepada rakyat supaya nama BN dibawah kepimpinan Perdana
Menteri Dato'Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri
Musa Haji Aman terus diyakini dan digeruni rakyat,” katanya ketika
ditemui pemberita pada Sabtu.
Selain itu, ramai yang menyifatkan LDP antara parti
komponen BN yang aktif menjalankan tanggung jawabnya untuk menggalas
tugas yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti itu, namun ganjaran
bukan menjadi perkiraannya. Ends///...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan