ANGATA SOMELIN |
Pembinaan jalanraya tersebut sebagai jalan alternatif, dimana sekiranya cadangan itu diluluskan ia akan dapat memendikkan perjalanan penduduk disitu untuk pelbagai urusan ke pusat bandar, kata Pengerusi JKKK Kg Mongol Baru Angata Somelin (gambar).
Menurut Angata, jalanraya yang mereka gunakan sekarang ketika berurusan dipusat bandar diPekan Keningau atau diTenom, terpaksa menggunakan sebatang jalanraya yang berliku liku selain mengharungi bukit bukau dan meredah sungai Mosolog sebelum sampai ke simpang jalan utama diKg Senagang.
“ Menyedihkan lagi ketika musim hujan dan banjir...(kami) terpaksa berkurung disekitar Kg Mongol dalam masa dua atau tiga hari kerana sebarang kenderaan tidak dapat meredah sungai Mosolog yang deras ketika musim banjir.
“ Kadang kadang terlintas dalam fikiran kami, bagaimana pula halnya sekiranya ketika itu (musim banjir) berlaku masalah kecemasan, sama ada orang sakit tenat atau perempuan bersalin...(dan) perlu segera dihantar ke hospital jikalau tidak ada jalan alternatif,” keluh Angata ketika memberitahu pemberita pada Khamis.
Ketika ditanya, apakah masalah tersebut telah dikemukakan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut Angata berkata, beberapa surat dan minit mesyuarat JKKK telah pun dihantar kepihak berkenaan namun sehingga kini belum ada tanda tanda tindakan telah dilaksanakan.
“ Ini bukan komplen kerajaan atau wakil rakyat tetapi ia adalah rayuan kami supaya masalah kami dipertimbangkan,” katanya sambil mengakui telah mengemukakan masalah tersebut kepada para wakil rakyat dikawasan Parlimen Tenom dan Dun Melalap.
Cadangan awal untuk membina satu jalanraya alternatif diKg Mongol Baru ke Kg Pamilaan ditimbulkan selepas lawatan bekas Ahli Parlimen Tenom Datuk Rizalman Abdullah sekitar tahun 2003, setelah mengambilkira rayuan dan alasan rakyat berhubung keperluan mendesak jalanraya alternatif tersebut. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:- 1. Gambar ANGATA SOMELIN- Pengerusi JKKK Kg Mongol Baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan