Isnin, 15 Ogos 2016

GAGASAN PEMBANGKANG PASTI GAGAL IBARAT TIDUR SEBANTAL, MIMPI LAIN LAIN

Oleh: Mail Mathew

ANNUAR MUSA
TENOM: Ketua Penerangan Umno Pusat Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun pemimpin Umno datang dan pergi sejak diperingkat awal penubuhannya namun roh perjuangan parti itu tetap kuat dan benar benar diterima rakyat sehingga ke hari ini.

Beliau turut mengajak perwakilan mengimbau kembali kelahiran Umno dimana selepas pengasasnya Dato' Onn Jaafar meninggalkan parti itu, tetapi kesinambungan perjuangan Umno pasti diteruskan, katanya.

Kepimpinan Umno terus berjalan lancar menerusi Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussin, Tun Hussin Onn, Tun Dr Mahathir selama 23 tahun, Tun Abdullah Badawi dan kini Dato'Seri Mohd Najib Razak yang berjaya memimpin Umno dengan lebih mantap dan kukuh, tambahnya.

Selain itu, ketika menceritakan diawal penubuhan Umno, memang mengalami berbagai rintangan disebabkan kuasa besar telah menerapkan berbagai strategi untuk mengekang perjuangan Melayu, antara lain strategi itu seperti sistem “pecah dan perintah” yang membatas usaha masyarakat Melayu untuk bersatu, katanya. “

Kuasa penjajah Inggeris terlalu kuat pada ketika itu yang sentiasa mengawasi dan membatas pergaulan kita, dengan mengkelompokkan masyarakat Melayu menjadi kecil menerusi pecah dan perintah supaya lebih mudah bagi Inggeris mengawal pergerakan masyarakat Melayu,” katanya.

 Bagaimana pun, dengan roh perjuangan Umno yang begitu kukuh dan tidak mudah mengalah telah berjaya merobekkan tembok pemisah sistem “pecah dan perintah” seterusnya dapat membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan Inggeris, katanya.

 Annuar berkata, sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan pihak tertentu meniru gaya perjuangan terdahulu dengan mendaftar parti “Bersatu” namun usaha mereka pasti akan gagal pada akhirnya kerana tidak ada roh perjuangan dan kesepakatan untuk meneruskan matlamat perjuangan.

“ Mereka diibaratkan sebagai tidur sebantal tetapi mimpi lain lain,” katanya menambah bahawa gagasan pembangkang pasti bertelagah sesama sendiri menjelang pilihanraya umum kerana dasar perjuangan masing masing tidak pasti matlamatnya.

 Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh dan Pengerusi MARA berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno P.181 Tenom diDewan Sri Antanom pada Ahad. Turut dihadiri Adun Kemabong Datuk Rubin Balang dan MP Tenom Datuk Raime Unggi.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar berkata, pergerakan itu menyokong saranan Tan Sri Annuar bahawa Umno itu diumpamakan sebatang pokok, presidennya umpama tunjang pokok, ahli ahli Umno umpama akar pokok, begitu juga dengan daun daunnya semua memainkan peranan memastikan pokok itu hidup subur.

Oleh itu,  pergerakan itu telah meluluskan usul sokongan tidak berbelah bahagi diatas kepimpinan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Dato'Seri Najib Tun Razak akan terus dipertahankan dan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman.

Selain itu, pergerakan itu turut menolak anasir anasir luar dan media media asing yang cuba memperlekehkan kedudukan Presiden Umno dan memberi gambaran yang tidak baik kepada Perdana Menteri untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi, katanya.

Dalam pada itu, Jamawi turut gembira apabila gandingan mantap kepimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Najib dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dapat mencapai satu persetujuan secara perundingan dengan Petronas untuk mendapat agihan ekuiti 30 peratus minyak dilaut dalam. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.UMNO YOUTH 1- Kelihatan Tan Sri Annuar menerima tudung atau sirung sebagai simbolik perasmian persidangan perwakilan pemuda Umno dan Puteri. 2.UMNO YOUTH 2- Tan Sri Annuar ketika berucap merasmikan persidangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan