Selasa, 18 Oktober 2016

BEKAS AJK UMNO TENOM ALU ALUKAN KEHADIRAN PARTI WARISAN

Oleh: Mail Mathew 

NOSSIL
TENOM: Bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Tenom Nossil Basayu (gambar), mengalu-alukan kehadiran Parti Warisan Sabah (Warisan) di negeri ini sepertimana diumumkan Presidennya Datuk Seri Shafie Apdal diPutrajaya pada Isnin. 

Menurut Nossil, ramai masyarakat diPedalaman khususnya diParlimen Tenom lega dengan berita pengumuman itu dimana ada yang tidak sabar sabar telah menghubunginya untuk mendapatkan borang permohonan keahlian.

“ Saya minta mereka bertenang kerana pengumuman itu sekadar memberitahu bahawa parti yang didaftarnya dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah pun diluluskan....(mungkin) ada mesyuarat akan diadakan di Kota Kinabalu dalam masa sehari dua ini.

“ Kita kena bersabar dulu buat sementara waktu,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Selasa sebagai meyakinkan para peminat parti itu disini.

Nossil antara pemimpin Umno Bahagian Tenom yang telah membawa bersama kira kira lebih 1,000 ahli keluar Umno menyokong perjuangan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal semasa majlis Irau Batu 10 Paal, Kemabong pada Julai lalu.

Selain itu, Nossil turut menyokong kenyataan Shafie bahawa parti yang diasaskannya berharap akan dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN), agar dapat berikan kehidupan baharu kepada rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Semporna dan bekas menteri itu turut mengumumkan bekas Naib Presiden PKR, Darell Leiking sebagai Timbalan Presiden. Manakala Presiden NGO Pertubuhan Kadazandusun Murut Malaysia (KDM M), Datuk Peter Anthony, bekas Naib Ketua Umno Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong dan bekas Setiausaha DAP Sabah yang juga Adun Likas, Junz Wong dinamakan sebagai Naib Presiden.

Pada 4 Julai, Shafie yang merupakan bekas Naib Presiden Umno mengumumkan keluar parti Melayu itu selepas keahliannya digantung pada Jun 24 kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.NOSSIL BASAYU 1 – Bekas AJK Bahagian Umno Tenom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan