TANDA TANGAN DEKLARASI MOMOGUN |
KOTA KINABALU: Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) berharap agar menjadikan konvensyen Momogun kali ini sebagai penanda aras bahawa istilah ‘Momogun’ sebagai rumpun bagi penduduk di Sabah yang bertutur dalam bahasa Murutik, Dusunik dan Paitanik.
Cukuplah sejarah yang pernah dilalui masyarakat Murut sejak berdekad lalu yang terpaksa berpaut dengan kesukuan rumpun masyarakat Kadazandusun yang kemudiannya disebut sebagai Kadazandusun dan Murut atau KDM, kata Presidennya Rudy Sulaiman Mairi ketika membahas usul Konvensyen Momogun pada Sabtu.
Rudy menambah bahawa, masyarakat Murut bangga malah bersyukur kerana konvensyen itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, dimana ia dapat mencapai tujuan dan matlamatnya untuk menghimpunkan para etnik orang asal atau Momogun supaya berkumpul dalam satu rumpun dalam satu keluarga besar, katanya.
Oleh itu, Rudy berkata, sudah sampai masanya masyarakat Murut harus bersendirian untuk mengatur
RUDY |
" Sebelum ini, beberapa perbincangan telah dilakukan dengan masyarakat kami (Murut) dimana kami telah memikirkan secara mendalam...justeru, keputusannya kami tetap menyokong dan terus bersama keluarga besar Momogun.
“ Kami juga menyokong penuh agar masyarakat kami dikeluarkan daripada pengenalan kaum “Lain lain” sepertimana terdapat didalam borang borang rasmi kerajaan dan statistik negara...ini sangat memalukan dimana seolah olah kesukuan kami kurang penting didalam negeri ini,”kata Rudy.
NGO MAMAGUN tentulah amat terhutang budi kepada usaha dan inisiatif para pendokong MOMOGUN kerana akhirnya rumpun MOMOGUN terus terbina dengan gagahnya walaupun terdapat beberapa tentangan daripada kumpulan kecil etnik lain.
Rudy menambah, meskipun begitu, namun dengan komitmen yang serius pihak penganjur Momogun National Congress (MNC) akhirnya konvensyen tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Konvensyen Momogun telah dirasmikan bekas Presiden Penaja Kongress Momogun Nasional (MNC) yang juga merupakan Duta Residen Pertama Malaysia ke Vatican Tan Sri Benard Giluk Dompok di Dewan Masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu pada Sabtu.
Diakhir konvensyen itu menyaksikan seeramai 21 perwakilan etnik telah menurunkan tanda tangan bersetuju menerima terma Momogun selepas melalui perbahasan selama lima jam daripada para perwakilan.
Dalam pada itu, Presiden MNC Datuk Henrynus Amin dalam ucapan penangguhannya berkata, sebenarnya niat baik Konvensyen Nasional Momogun yang melibatkan NGO etnik etnik diSabah disalah mengerti oleh KDCA, KSS dan USDA.
“ Saya harap pemimpin pemimpin ketiga-tiga NGO etnik tersebut tidak menutup kemungkinan mereka bekerjasama dengan MNC dan semua NGO etnik yang bersetuju dengan Momogun di masa masa akan datang,” katanya. Ends///...(Mail Mathew)
Caption:- 1. NGO MAMAGUN 1- Para perwakilan NGO Mamagun bersiap mengiringi Presiden mereka menanda tangani persetujuan penerimaan terma Momogun. 2. NGO MAMAGUN 2- Presiden dan Setiausaha Agung menurunkan tanda tangan dihadapan Peguam dan Pesuruhjaya Sumpah. 3. NGO MAMAGUN 3- Rudy menyampaikan ucapan membahas usul konvesyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan