AHLI UMNO KELUAR PARTI DAN SERTAI WARISAN |
SEAKAN AKAN tidak percaya dengan kelibat sambutan Parti WARISAN pimpinan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal, dimana walaupun parti yang ditubuhkannya itu dalam usia beberapa bulan namun sambutannya tetap rancak.
Apa tidaknya, semalam ada dua episod berlaku yang mencatat sejarah baru politik Sabah, dimana kehadiran mengejutkan daripada tiga kawasan iaitu Kunak, Lahad Datu dan Tungku dianggarkan kira kira 3,000 orang mengistiharkan keluar UMNO dan menyertai Parti Warisan.
Ini merupakan satu mimpi ngeri untuk UMNO tapi mimpi yang indah untuk Warisan. Kejadian tersebut bukan rekaan semata mata atau cerita disimpang jalan, tetapi adalah perkara yang nyata kerana mereka sendiri datang ke kediaman rasmi Presiden diSemporna menyerahkan borang borang keahlian.
Apdal alu alukan kedatangan mereka |
Justeru, jika dicampur dengan kemasukan dari Silam, Lahad Datu seperti keterangan diatas, maka jumlah keseluruhannya adalah dalam lingkungan 6000 orang. Itu belum masuk isteri dan anak anak mereka.
Hakikatnya majoriti masyarakat Sabah sudah ada kesedaran walaupun selepas berdekad mendokong UMNO. Rupanya hanya Warisan yang mampu membela nasib mereka ini kerana Warisan dipimpin oleh Datuk Shafie Apdal yang mereka kenali cukup budiman dan memahami aspirasi masyarakat Sabah. #politikbolos #sabahubah
Nampak gayanya, sudah tiba masanya Sabah bertukar kerajaan selepas PRU14..
BalasPadamNampak gayanya, sudah tiba masanya Sabah bertukar kerajaan selepas PRU14..
BalasPadam