KENDERAAN 4X4 TERKUBUR DIKAWASAN LUMPUR DEKAT SIMPANG SUMAMBU |
KEDAIFAN JALANRAYA YANG TAK PERNAH SELESAI seperti dikawasan Mukim Rundum tentulah rakyat disana akan bertanya bahawa siapakah sebenarnya pihak yang bertanggung jawab selain Wakil Rakyat dikawasan itu.
Ramai berkata, Wakil Rakyat sudah melaksanakan tanggung jawabnya diperingkat dasar dimana buktinya selepas kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan itu kepada JKR Negeri sejumlah RM10 juta pada tahun 2013, tetapi apa yang dilaksanakan JKR sehingga kini?
Walhal kerajaan BN/UMNO telah bertapak diSabah lebih 20 tahun lalu, dengan menfokuskan janji untuk melestarikan pembangunan diSabah yang merangkumi infrastruktur jalanraya dan lain lain akan diperhebatkan bermula dari tempoh 100 hari mula berkuasa (membentuk kerajaan diSabah)...tetapi dimana sudah janji tersebut?
Masalahnya, meskipun pemimpin telah berjanji dengan penuh keyakinan bahawa ia mampu dilakukan dengan syarat semua pihak bermula daripada pemimpin tertinggi hingga ke peringkat akar umbi termasuklah jentera kerajaan hendaklah bekerjasama melaksanakan/menunaikan janji janji itu.
Malang sekali ia amat mengecewakan rakyat ....apabila pada sebaliknya janji (pledge) itu gagal ditunaikan kerana "delivery system" tidak berfungsi dan peralatan terutamanya jentera tidak cukup.
Berbalik kepada cerita pembangunan jalanraya di Mukim Rundum, bukankah kerajaan pernah mewar warkan peruntukkan berpuluh juta untuk menaiktaraf jalanraya dikawasan itu, tetapi sehingga kini masih kedengaran suara suara kedaifan jalanraya mengakibatkan beberapa kenderaan pacuan empat roda terkubur dan terperangkap dal lumpur....apa yang dilakukan JKR selama ini?
SEHUBUNGAN ITU, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Kemabong Datuk Rubin lega kerana peruntukkan segera daripada kerajaan Persekutuan dan Negeri sejumlah RM2.7 juta khusus untuk membaikpulih kawasan jalanraya runtuh dan berlumpur diMukim Rundum telah diperolehi.
Peruntukkan tersebut diperolehi daripada kerajaan Persekutuan iaitu Timbalan Perdana Menteri sebanyak RM2.1 juta, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM340,000 dan kerajaan Negeri Sabah RM300,000.
KERATAN AKHBAR KENYATAAN RUBIN |
Disebabkan keperluan peruntukkan itu amat mendesak, beliau terpaksalah merayu kepada Kuala Lumpur supaya memberi kelulusan khas dan segera untuk membantu mengatasi masalah itu. Walaupun tanggung jawab itu adalah dipihak JKR Negeri untuk berbuat demikian, tetapi apa yang diharapkan mereka tidak lakukan.
“ (jadi) saya terpaksa bertandang ke Kuala Lumpur untuk menyembah kerajaan Persekutuan meminta bantuan dengan harapan ianya diluluskan segera,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Jumaat.
Selain itu, Rubin berkata, adakalanya beliau gunakan peruntukkan Adun untuk mengatasi masalah kedaifan dikawasan itu, namun masalahnya peruntukkan Adun agak terhad sebabnya kawasan DUN Kemabong luas malah banyak lagi pemohon peruntukkan perlu diagihkan dengan cermat, katanya.
“ Saya tidak berkecil hati mahu pun tersinggung dengan komen komen negatif kamu yang ditularkan dilaman sosial Facebook khususnya Whatsapp, tiada masalah buat komen tetapi dalam masa yang sama harus juga ditujukan kepada siapa yang sebenarnya tidak melaksanakan kerjanya.
" Kelewatan ini disebabkan birokrasi terlalu ketat, dimana setiap permohonan yang diajukan oleh seseorang Wakil Rakyat untuk kelulusan peruntukkan tidak semudah itu kerana semua permohonan yang berada diatasan akan dirujuk ke peringkat daerah...dan jika lambat buat komen maka lambatlah masalah rakyat dapat diselesaikan.
" Sedang kami selaku Wakil Rakyat yang berpengalaman dalam masalah rakyat telah bersungguh sungguh melakukannya....tetapi itulah hakikatnya birokrasi dan prosedur kekangannya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan