Jumaat, 1 September 2017

NGO MAMAGUN TERUS KOMITED MENYOKONG BN PADA PRU14

Oleh: Mail Mathew 
RUDY S MAIRI


TENOM: Presiden NGO Mamagun (Mamagun) Rudy Sulaiman Mairi berkata, kewujudan Mamagun tidak berhasrat untuk bersaing dengan lain lain pertubuhan atau persatuan dalam mempertahan dan menegakkan hak hak masyarakat “orang asal”, sebaliknya Mamagun inginkan kerjasama yang erat.

 Beliau memberitahu bahawa, Mamagun yang ditubuhkan tiga tahun lalu dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) Sabah pada tahun 2014, adalah berpaksikan kesedaran bahawa masyarakat “orang asal” masih bertaburan dan belum menyertai mana mana pertubuhan yang sah, yang lebih tepat lagi jika golongan itu dikategorikan sebagai berada diatas pagar.

Kebimbangan mula terasa apabila semakin rancak kemajuan dirancangkan kerajaan yang merangkumi perancangan Tranformasi Nasional 2050 (TN2050) sudah pastilah masyarakat yang berada diatas pagar khususnya orang asal akan tersisih daripada arus pembangunan perdana, katanya.

Oleh itu, untuk mencari jalan bagi mengatasi segala rintangan yang bakal dilalui masyarakat Mamagun, maka adalah lebih selamat jika Mamagun terus bekerjasama dengan lain lain pertubuhan yang sudah lama bertapak dinegeri ini seperti Persatuan Murut Sabah (PMS) kerana Mamagun dengan PMS mempunyai persamaan dalam konteks hak asasi orang asal.

 “ Mamagun tetap berdiri teguh dan menyokong serta mendokong konsep perjuangan Barisan Nasional (BN) serta memberi kerjasama yang lebih erat mempastikan kemenangan calon calon BN pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang ini.
MAMAGUN KE-1

 “ Justeru, Mamagun menyokong penuh agar penyandang Adun Melalap Datuk Seri Radin Malleh, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang dan Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi terus dikekalkan sebagai calon PRU14 dikawasan masing masing,” katanya semasa berucap ketika perasmian Mesyuarat Tahunan NGO Mamagun kali Pertama di Kabin Fatt Choi dekat sini pada Sabtu lepas.

 Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Datuk Rubin Balang, Pengerusi BN Tenom merangkap Adun Kemabong dan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), dan turut dihadiri bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Sabah Datuk Kadoh Agundong, DO Nabawan Fredian Gan, Timbalan Ketua PBS Melalap Angal Usit (Wakil Datuk Seri Radin) dan OKK Sukimin Rukini.

Dimajlis itu, barisan Majlis Penasihat Mamagun yang baharu telah diumumkan oleh Presidennya terdiri daripada bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Kadoh Agundong, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan, Ambrose Mail Mathew, Henry Bating dan Ketua Daerah Kemabong OKK Sukimin Rukini.

Majlis diakhiri dengan dua rangkap pantun dari Presiden Mamagun seperti berikut:-

 Kalau ada jarum yang patah
 Jangan disimpan didalam peti
Jika terdapat ucapan yang salah
Mohon dikongsi kita perbaiki.

 Pagi pagi kita bersarapan
 Kopi Tenom sedia dibekal
Satu Mamagun hulur harapan
PRU14 para penyandang mohon dikekalkan.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.AAMAGUN 1- Rudy sedang menyampaikan ucapan dasar. 2.AAMAGUN 2- Kelihatan Rudy (ke-3 kanan) Rubin dan Kadoh (ke-2 kiri) bersalaman selepas memotong kek hari jadi Mamagun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan