Khamis, 30 November 2017

PESTA KALIMARAN DUN MELALAP BAKAL TONJOLKAN ADAT "MAKIBOMBONG"

Oleh: Mail Mathew 
 
JIMMY JAWATAH AMT PMS

TENOM: Beberapa pemimpin NGO suku kaum Murut khususnya etnik Murut Timugon menyambut baik langkah yang diambil untuk mengadakan perayaan Pesta Kalimaran anjuran Persatuan Murut Sabah (PMS) pada Januari, 2018. 

Justeru, PMS dibawah kepimpinan Datuk Rubin Balang perlu diberi pujian dan terima kasih kerana masyarakat Murut Timugon berpeluang menyaksikan perayaan adat berkonsepkan adat istiadat Murut Timugon sepertimana yang berlaku dengan lain lain kawasan seperti Nabawan, Kemabong, Sook, Pagalungan, Kalabakan Limbawan Keningau kecuali Beaufort dan Kota Kinabalu (belum bersedia).

Seprtimana dikawasan lain yang telah selesai menganjurkan Pesta Kalimaran, kesempatan itu mereka gunakan untuk menonjol satu slot adat yang penting untuk dipertontonton kepada umum khususnya generasi Y.

Misalnya, dikawasan Kemabong pihak penganjur memilih konsep adat “Tinauh” yang sering dikaitkan dengan “Barian mati” yang digunakan oleh etnik Taghol ketika melangsungkan sesuatu perkahwinan.

Persatuan Murut Sabah (PMS) mempunyai 8 etnik meliputi suku kaum etnik Taghol, etnik Paluan, etnik Timugon, etnik Nabai, etnik Sambakong, etnik Baukan (Bookan), etnik Kolor dan etnik Tanggara.

Kali ini, tibalah giliran daripada etnik Timugon untuk mempersembahkan konsep adat “makibombong” yang bakal diungkaya sempena Pesta Kalimaran peringkat Dun Melalap pada penghujung bulan Januari, 2018.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PMS Jimmy Jawatah (gambar), berkata, adat “makibombong” yang membawa pengertian sebagai “menggosok gigi dengan batu asah untuk meratakan gigi” apabila  seseorang budak itu sedang meningkat remaja, dimana adat tersebut mungkin ada persamaan dengan adat Islam “Berkhatan”.

Umur yang layak disenaraikan untuk “makibombong” antara 10 tahun dan tidak melebihi 12 tahun, kerana selepas upacara tersebut mereka yang terlibat adalah dikategorikan sebagai golongan remaja dan layak dikenakan hukuman adat dan sogit jika didapati melakukan kesalahan melanggar adat dan dihukum mengikut adat istiadat kampong, kata Jimmy.

 “ Upacara tersebut diadakan pada subuh pagi antara jam 5 hingga 6 pagi....tetapi sebelum itu mereka telah diraihkan berbagai jamuan dan keramaian berbentuk adat sehingga jam 5 subuh pagi,” katanya pada Khamis sambil menegaskan bahawa adat tersebut masih diteruskan sehingga sekarang.

Selain itu, Setiausaha Agung Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) Majundil O.T Matalih (gambar), berkata, adat tersebut masih diamalkan sehingga kini kerana ia bukan sahaja menghormati ketegasan adat tetapi ianya juga sebagai penanda aras kepada had keremajaan yang dibenarkan
MAJUNDIL SUA MAMAGUN
mengikut peraturan adat istiadat.

 Ertinya, jika budak itu masih dibawah had umur keremajaannya antara 10 tahun kebawah, sudah pastilah apa juga kesalahan yang telah dilakukannya hukumannya lebih rendah mengikut adat istiadat...namun konsep biar mati anak jangan mati adat  masih dipegang kuat oleh pengamal adat, katanya.

 Majundil menambah, mengetengahkan adat “makibombong” amat bertepatan sekali   di pertontontonkan kepada umum terutama generasi y yang tidak tahu langsung berhubung adat istiadat seumpama ini, dimana mesej tersebut amat berguna kepada mereka (generasi y).ENDS///..(Mail Mathew).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan