Selasa, 2 Januari 2018

PENDUDUK KG KAPULU 5 TAHUN TIADA BEKALAN ELEKTRIK MINTA KKLW CARI JALAN PENYELESAIAN

Oleh: Mail Mathew
JKKK KG KAPULU ANSARAP KORONG

KEMABONG: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Kapulu Ansarap bin Korong (gambar), menafikan pernah menyatakan jumlah peruntukkan sebanyak RM47. 6 juta projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) diKg Kapulu pada baru baru ini.

Beliau berkata, menerusi rakaman didalam video amatur berdurasi 3 minit 2 saat, hanyalah menyatakan ketidak puasan hati penduduk kepada kerajaan khususnya Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) kerana sudah hampir 5 tahun arus bekalan elektrik belum ada.

“ Kami cuma ingin tahu kepada KKLW apa sebabnya lagi arus bekalan elektrik belum disambungkan sedang semua kerja kerja pendawaian dan pencawang sudah siap...(tetapi) sudah hampir 5 tahun arus elektrik belum kena sambung...kami minta kerajaan cari jalan penyelesaiannya.

“ Kami tidak mahu menyalahkan siapa siapa termasuk wakil rakyat...kami mahu KKLW dan pelaksananya supaya tampil menyelesaikan masalah ini agar penderitaan kami tidak berpanjangan,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Rabu.

Ketika ditanya apakah kehadiran rakaman video itu dirancang atas persetujuan penduduk khususnya pemimpin akar umbi (Pengerusi JKKK) untuk merongkai isu BELB yang belum selesai disitu menerusi rakaman itu, Ansarap berkata,

“ Kami tidak tahu langsung kedatangan mereka...(masa itu) saya dalam perjalanan ke Pekan Tenom dan apabila mereka jumpa dipertengahan jalan mereka suruh saya berpatah balik dan ikut serta rancangan mereka...(jadi) saya pun dalam keadaan serba salah,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan pihak Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) tidak dapat memberi gambaran sebenar status projek disitu kerana ia belum diserahkan kepada SESB oleh pihak pelaksana sebelum SESB senaraikannya untuk pemantauan lanjut sepertimana lain lain kawasan.

Selain itu, Ketua Cawangan UMNO Kg Kapulu John Lukap berpendapat bahawa ada baiknya jikalau permasalahan seumpama itu harus difokuskan kepada KKLW untuk mendapatkan penyelesaian dengan bantuan Ahli Parlimen Tenom kerana pemimpin berkenaan lebih sesuai kerana lebih dekat kepada kementerian berkenaan, katanya.

“ Kenapa memilih jalan yang berliku dan sempit...seperti membuat rakaman ke dalam video membuatkan seluruh dunia tahu masalah kita...(bukankah) jalan penyelesaian ada terbuka luas?,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan