Sabtu, 23 April 2011

NELSON MANJIN NAFI DIA AHLI SAPP

Oleh: SAPUTANGAN BARENDA

ATAN BOH KOSONON? Demikan sepotong ayat pertanyaan dalam bahasa Murut Timugon bagi sesuatu perkara yang bukan sahaja melihat berlaku keganjilannya tetapi terdapat pelik sedikit.


Kupayie bagu pakatigog sabab baru nakulaan buoi pinasubol ra surat khabar rokoon talu ngaatus ulun nu SAPP siminuang ra Parti Gerakan tiningganai ri Nelson Manjin tapi raginoh ti kalo bagu mangakun eyoh ra eyo ti intor ra SAPP sabab memang motopot eyo ti salahkah ahli nu SAPP.

Bila enimusok eh Nelson ti, rokoon noh namatik ra karatas abar nasala napaabar am eyo pana nakatigog ak bila namasa ra binatikan pinasuang ra rondo abar tabloid tampatan, lalaabi poyoh eyoh ti paieh nu tingganai namimpin ra Pergerakan Pemuda SAPP zon Pedalaman.

“ Paieh nu kiminoko aku ra pasal inatangan raginioh memang motopot tapi kolondo pinabala mai ra akai ti am ahli intor ra SAPP…taawa laa amon ada kuwoyon pulitik nilo ro bokon,” kon ri Nelson am eyo ti poyoh niak kososn makimaap eyo ra SAPP.

Kuati bagu eh Nelson kula sotopot noh minatong ra rondo nagugumaan koson napatutuiyan ra borang sinubalan nilo ra Parti Gerakan ondo inapu ru Naib Presiden nu Parti Gerakan Tan Sri Liew Yun Fah eh Nelson nambala,

“ Memang sotopot noh toojo borang naukop talu ngaatus tapi aku ak napa tutui sabab masuang intor ra luar kawasan koson intor ra Tambunan, Kota Kinabalu am Pantai Timor kalo nokoongoi bulintok ra gili jadi ilain boh kalo kukula masuang,” sugut bala ri Nelson.

Intor ra pinaabaran koson nakatutuundang bagu, upisol nu SAPP siminangit am nangimuag elo bagu ra abar ra gili am ilo tutuurus naniasat kiniantapatan ru abar ra gili tapi saboi ra gino pinaabar eh kalo motopot.

NELSON MANJI NAFI AHLI SAPP

Oleh: AMBROSE M. MATTHEW

KENINGAU: Seorang usahawan Nelson Manjin 38, menafikan sekeras kerasnya pembabitannya dalam Parti Maju Sabah (SAPP) seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tabloid tempatan (bukan Daily Ekspress) baru baru ini ketika menyertai Parti Gerakan bersama kira kira 300 yang lain dalam satu majlis disini baru baru ini.

Tegasnya, beliau kesal dengan laporan tersebut yang disifatkannya tidak tepat kerana beliau tidak pernah menyatakan demikian kepada akhbar berkenaan yang beliau dan rakan rakannya menyertai Parti Gerakan adalah bekas ahli ahli SAPP.

“ Saya sendiri mengakui tidak pernah menyertai mana mana parti termasuk SAPP sebelum ini, dan bila laporan itu terpampang diakhbar membuatkan saya terkejut kerana tidak tepat,” kata beliau dalam satu kenyataan disini ketika dihubungi Harian Ekspress pada Sabtu.

Nelson berkata, selepas laporan akhbar itu beliau dihujani berbagai pertanyaan daripada rakan rakan berhubung perkara tersebut dan ada diantaranya menasihatkan beliau supaya mengadakan kenyataan akhbar menjelaskan kedudukkan sebenar isu tersebut.

Beliau yang menetap diTaman Motow disini ketika diminta menjelaskan jumlah sebenar ahli ahli seramai 300 yang menyertai Parti Gerakan baru baru ini, sedang dalam gambar kelihatan bilangannya agak sedikit berbanding seperti gambar yang dirakam dalam akhbar itu beliau berkata,

“ Ahli ahli lain yang menyertai parti ini datangnya dari luar daerah dan ada juga dari Kota Kinabalu..(jadi) kebanyakkan yang lain tidak dapat hadir pada masa itu tetapi borang kemasukan ada dihantar kepada saya yang menjadikan semua jumlahnya 300 orang. Bagaimana pun semua jumlah itu dikenal pasti tidak berparti,” jelas Nelson.

Nelson seterusnya menyatakan rasa kesalnya laporan tersebut dan memohon maaf kepada SAPP kerana secara tidak sengaja parti itu dibabitkan dalam urusan tersebut.

Beberapa hari lalu, sebuah akhbar tabloid tempatan melaporkan bahawa Nelson Manjin bekas pemimpin Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman bersama sama dengan 300 ahli SAPP menyertai Parti Gerakan dalam satu majlis disini.

Borang borang kemasukan mereka telah diserahkan kepada Naib Presiden Parti Gerakan yang juga mantan Naib Presiden LDP Tan Sri Liew Yun Fah ketika dalam majlis tersebut baru baru ini.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar NELSON MANJIN.

DATUK CHIN SU PHIN KUKUHKAN BN, BUKAN JUGA BAKAR LDP!

Saudara Pengarang,

Merujuk kepada kemelut isu kenyataan Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berhubung luahan kebimbangan beliau terhadap sokongan masyarakat Cina kepada BN pada PRN ke-10 Sarawak kelihatan merosot dimana DAP secara mendadak meraih sokongan 80 peratus dari masyarakat itu tetapi malangnya luahan beliau disalah tafsirkan pemimpin Umno diSabah.


Hakikat yang disarankan Datuk Chin mempunyai kebenaran dan asasnya membuatkan saya terpanggil untuk memberi sepatah dua kata dalam portal Sabahkini.net yang popular dengan siaran berita yang tidak menyembunyikan fakta.

Memang ada segelintir pemimpin Sabah yang tidak suka apabila Datuk Chin mengeluarkan kenyataan tentang apa yang telah berlaku diSarawak kerana Chin tetap dengan pendirian politiknya untuk berterus terang sebagai jalan keluar untuk mengelakkan Sabah jatuh ke tangan pembangkan pada PRU13 nanti.

Zaman sekarang adalah zaman untuk perubahan segala galanya tak kira apa jawatan dalan kerajaan BN Sabah tetapi lebih terfokus kepada jawatan jawatan politik yang disifatkan semakin lemah kerana seseorang pemimpin itu duduk disesuatu fotfolio terlalu lama yang kemudiannya mendorong pemimpin berkenaan bersikap angkuh dan sombong tak ubah corak kepimpinan Mubarrak di Mesir.

Sesungguhnya suara hati Datuk Chin itu seharusnya dipandang positif dalam ertikata sebenar dalam system “Perkongsian kuasa” dalam gagasan BN dan sebaliknya ia tidak dipandang remeh atau dieksploitasikan kepada agenda lain hanya kerana Chin sememangnya tidak sehaluan dengan kepimpinan Ketua Menteri Musa Haji Aman.

Namun apa yang disuarakan Chin itu memang tepat dan ada asasnya demi mengukuhkan benteng pertahanan politik BN Sabah dari terus dirobek pembangkang pada PRU13 dimana seperti yang umum sedia maklum bahawa sekarang ini pun sudah ada petanda jelas kerancakkan pembangkang mula meraih sokongan daripada rakyat Sabah.

Saya salah seorang penyokong BN diSabah sewajarnya menyokong tindakan mana mana pemimpin yang bekerja dan bertindak untuk memenuhi aspirasi rakyat tak kiralah pemimpin itu Melayu, KDM atau Cina adalah sama kerana apa yang berlaku keatas Sabah Bumi bertuah ini adalah tanggung jawab kita bersama.

Jangan kata masalah RASUAH diSabah terlalu menular ketika ini, tetapi masalah lain seperti PATI, Kad Pengenalan dan kerakyatan yang diberikan kepada lebih 600,000 PATI juga masih tertunggak belum diselesaikan secara total.

Salam damai,

R. MASURRY, PRO DEMOKRASI SABAH

Jumaat, 22 April 2011

300 SAPP SERTAI GERAKAN? GIMIK POLITIK LAGI?


Oleh: AMBROSE M.MATTHEW

KELICIKAN politik Parti Gerakan sebuah parti import dari Semenanjung “tidak terkenal jasanya diSabah” semakin rancak bersandiwara dipentas politik dimana sahaja kawasan diSabah dengan harapan Pengarahnya Datuk Raymond Tan dan Datuk Peter Pang dapat menjual jenama parti itu dimata rakyat dengan selaris larisnya.

Pemimpin pemimpin ini yang keluar daripada parti masing masing (SAPP dan LDP) lalu meminta “suaka” politik daripada Parti Semenanjung “Parti Gerakan” untuk menyambung talian hayat politik mereka dalam BN seterusnya untuk mempertahankan jawatan mereka sebagai langkah pilihan untuk “survival politik” mereka semata mata..

Sebelum dua “Pengarah” ini disahkan oleh kepimpinan “Parti Gerakan” sebagai pemimpin jati Gerakan maka mereka ini dikenakan satu “ujian” dengan memberikan mereka beberapa “assignment” antaranya MENARIK SEBERAPA RAMAI AHLI PEMBANGKANG KHUSUSNYA SAPP DAN LDP dan satu lagi MENYERANG REPUTASI SAPP DAN LDP bagi meyakinkan kredibiliti mereka sebagi pemimpin yang benar benar serius menyertai Parti Gerakan dan mempunyai ramai pengikut.

Maka tidak hairanlah mungkin apa yang berlaku selang dua tiga hari di Keningau baru baru ini media melaporkan kononnya 300 ahli SAPP yang diketuai Nelson Manjin menyertai Parti Gerakan, adalah berkemungkinan sebahagian daripada tugasan “assignment” mereka yang disifatkan kelojikannya “jauh panggang dari api”.

Nelson Manjin yang bukan ahli SAPP terpaksa mengikut aras lakonan yang diarah Pengarah mengikut skrip yang tersedia yang tidak diketahui “berapa upah/ganjaran lakunan ini yang mungkin juga terpaksa dibayar lebih kepada Nelson Manjin” kerana peranannya untuk menghidupkan “assignment” yang diberikan pucuk pimpinan Parti Gerakan kepada pemimpin terbabit.

Rakyat persekitaran Pedalaman seramai 300 orang tidak mungkin sebuta itu menyertai sebuah parti yang dianggap sebagai “Parti Nyamuk” malah langsung tidak berjasa kepada negeri Sabah sekonyong konyong berhijrah ke parti Gerakan jikalau tidak ada “pikaras” yang kuat untuk menarik minat 300 orang ini atau 300 orang yang dimaksudkan itu hanya wujud dalam kertas semata mata untuk publisiti.

Selain itu, mantan Naib Presiden LDP Datuk Peter Pang yang berjaya mendapat “suaka” politik Parti Gerakan pula kini asyik menyelar apa sahaja kenyataan bekas bossnya Datuk Chin Su Phin Timbalan Presiden LDP kerana mengulas keputusan PRN ke-10 Sarawak dimana pengundi masyarakat Cina 80 peratus telah condong kepada pembangkang.

Kesempatan isu tersebut, Datuk Peter Pang bingkas bangun dan menuding jarinya kearah Chin seraya berkata “Chin dan LDP bukan mewakili masyarakat Cina dan tidak layak berkata Cina tak sokong BN”,

Datuk Pang sudah hilang pertimbangan kerana terdorong oleh “assignment” itu agaknya sehingga beliau lupa siapakah diri Pang sebenarnya dalam politik sebelum diangkat oleh LDP? Selain itu beliau tidak memikirkan jasa yang pernah ditaburkan LDP kepadanya sehingga dalam sekelip mata politiknya terus menyinar ketika berada dalam LDP. Dimanakah kesetiaan Pang terhadap perjuangannya dalam LDP sejak mula menjejakkan kakinya dalam LDP. Pang boleh sahaja melupakan itu semua, tetapi rakyat dan pengundi DUN Karamunting sukar untuk melupakannya.

Sebagai renungan dan ingatan bahawa pepatah Melayu ada menyimpulkan “ Pelanduk boleh terlupa jerat, sebaliknya jerat tak boleh lupa pelanduk”.

Khamis, 21 April 2011

LDP SEKADAR BIMBANG BUKAN SUARA WAKILI CINA?

Oleh: MARSANAN MARSADAN

KELICIKAN politik bekas pemimpin kanan LDP Datuk Peter Pang menempalak hebat kenyataan bekas bossnya Datuk Chin Su Phin berhubung analisisnya bahawa kepercayaan pengundi masyarakat Cina terhadap BN telah pudar sepertimana telah terbukti pada PRN ke-10 Sarawak baru baru ini.


Apa yang dapat diamati berhubung kenyataan Peter Pang itu dapat disimpulkan bahawa Pang seakan akan dalam keadaan tertekan dan serba salah jika tidak melakukan tindak balas kenyataan Chin itu.

Lagi pun, beliau (Peter) perlu meyakinkan BN dan Parti Gerakan sebuah Parti Semenanjung tempat baginya mendapat suaka politik untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kabinet Sabah meskipun beliau terpaksa melupakan jasa dan budi LDP yang pernah menonjol dan mengangkatnya ke arena politik Sabah suatu ketika dulu.

Kelibat dan sikap Peter Pang yang sanggup meludah kepimpinan LDP serta para pengundinya di DUN Karamunting hanya kerana semata mata pentingkan kebendaan dan jawatannya yang boleh diibaratkan sebagai “ Kacang lupakan kulit”. Apakah Pang sudah terus melupakan jasa LDP kepadanya? Siapakah Pang hari ini jikalau bukan LDP yang mengangkatnya ke dalam arena politik?

Mungkin juga kenyataan Pang itu bukan dibuat secara berseorangan dan bukanlah niat sebenar Pang untuk berbuat kenyataan sedemikian tetapi lebih tepat lagi jika Datuk Pang disifatkan mungkin telah dipergunakan oleh pihak tertentu umpama perkakas “pelancar roket pemusnah kepada sasarannya” khususnya mereka yang lebih marah kepada pemimpin pemimpin LDP.

Berhubung dengan kenyataan Datuk Chin Su Phin Timbalan Presiden LDP sebelum ini bahawa keputusan PRN ke-10 Sarawak telah menyaksikan undi masyarakat Cina lebih condong kepada pembangkang seperti DAP sekaligus memusnahkan kekuatan SUPP sebagai parti mewakili masyarakat Cina.

Justeru, kebimbangan Chin bahawa trend pengundi diSarawak kemungkinan akan berlaku diSabah pada PRU13 jika BN Sabah masih terus menerus mengamalkan corak pentadbiran yang kotor dan pilih kasih.

Sebaliknya, Chin bimbang gelagat songsang yang diamalkan UMNO-BN Sabah yang memberi ruang kepada Parti Gerakan yang berasal dari Semenanjung mendapat tempat dalam kabinet Sabah bersama UMNO akan dijadikan modal politik pembangkang untuk meraih sokongan daripada pengundi Cina pada PRU13 kelak.

Melihat kepada kenyataan Chin sebelum ini hanya meluahkan rasa kebimbangannya terhadap pengundi Cina akan mengikut jejak langkah rakan rakan mereka diSarawak dan pendapat Chin itu telah disalah tafsirkan Datuk Peter Pang pada pengertian disebaliknya.