Isnin, 5 Mac 2012

PEGUAM BESAR NEGERI DITUNTUT BAYAR SOGIT, HINA NCR

Oleh: Ambrose M. Matthew

TENOM: Selepas beberapa hari laporan Polis dibuat terhadap Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Roderic Fernandez berhubung isu hak tanah adat Bumiputera (NCR) dengan orang yang sama Rainus Sagulau kini beliau memfailkan satu lagi saman adat dari suku keturunan Murut di Mahkamah Anak Negeri disini pada Khamis.

Rainus mendakwa bahawa suku kaum Murut kini kekal mengamalkan ADAT ISTIADAT dimana kenyataan Roderic itu terdapat perlanggaran terhadap amalan adat kesukuan Murut yang serius.

Katanya, ia telah telah mengguris dan menyinggung perasaan kesukuan itu malah mereka menganggapnya seolah olah masyarakat itu tidak wujud dalam perkampungan NCR yang diwarisi mereka sejak turun temurun.

“ Perkampongan NCR di Abingkoi, Korolok, Ahuron dan Pongolobon dalam Mukim Rundum telah diduduki oleh nenek moyang kami sejak turun temurun sebanyak lima keturunan/generasi...tidak mungkin kami dinafikan hak dalam NCR semudah itu,” tegas Rainus.
Ketika ditanya apakah yang mereka kehendaki jika Peguam Besar itu bersedia menmghadirkan diri menghadapi prosiding Mahkamah Anak Negeri Rainus berkata,

“ Setidak tidaknya Datuk Roderic meminta maaf kepada masyarakat Murut yang menduduki kawasan NCR kerana telah tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini dan sudi menarik balik...tetapi adat yang berbentuk sogit tetap dijalankan mengikut pertimbangan Mahkamah Anak Negeri,” tegas Rainus.

Kepada soalan tambahan berapa agak agaknya sogit yang dimaksudkan itu Rainus berkata, kalau amalan adat mengikut kepercayaan “orang orang tua” suku Murut terdahulu dimana sekurang kurangnya satu ekor kerbau untuk disembelihkan demi untuk kesejahteraan penduduk dikawasan berkenaan.

LAPORAN SEBELUMNYA

SATU LAGI LAPORAN POLIS MENENTANG KENYATAAN PEGUAM BESAR ISU NCR

TENOM: Pengerusi Persatuan Penduduk Pakat Kg Abingkoi Mukim Rundum Rainus Sagulau 40, membuat satu lagi laporan Polis supaya siasatan dilakukan berhubung kenyataan Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Roderic Fernandez berhubung peruntukkan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR) dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO) beberapa minggu lalu.

Beliau berkata, selepas kenyataan Peguam Besar itu beliau berserta penduduk disitu kira kira seribu orang merasa bimbang hak mereka yang menduduki tanah NCR akan terhakis buat selama lamanya dan menjadi pelarian dibumi sendiri.

“ Kami tinggal disitu mewarisi nenek moyang kami sejak tahun 1928 yang mana tahun itu merupakan kelahiran nenek saya Mangga bin Guna. (Jadi)...mengapa pula NCR tiada selepas tahun 1930...inilah persoalan kami,” kata beliau kepada Harian Ekspress pada Jumaat selepas beliau membuat laporan Polis disini yang ditemani beberapa penduduk disitu.

Rainus berkata, beliau menggesa pihak berkuasa khususnya kerajaan Negeri Sabah agar membetulkan keadaan itu dengan sewajarnya kerana selagi ianya tidak dibetulkan rakyat terutamanya masyarakat Murut yang menduduki kawasan NCR senantiasa berada dalam kebimbangan kerana khuatir kalau kalau mereka diusir lagi.

“ Kita mahukan keadilan daripada kerajaan kerana selain untuk terus dibenarkan menduduki kawasan NCR, dimana lagi kami mahu merempat sedangkan kami adalah pewaris tulen kepada tanah tumpah darah nenek moyang kami,” tegas Rainus.

“ Kami amat terkejut dengan kenyataan Peguam Besar itu tetapi kami juga tertanya tanya diri kami sendiri...apakah tafsiran Peguam Besar itu tepat atau apakah kenyataannya merupakan pendirian kerajaan? Inilah isu yang kami ingin tahu dan minta disiasat,” tambahnya sambil meminta perkara itu diselesaikan sebelum pilihanraya umum kali ke-13.

Dalam pada itu, Rainus mendakwa bahawa beliau telah pun memperjuangkan hak tuntutan NCR disitu selama 16 tahun lalu supaya diberikan hak kepada penduduk disitu tanpa syarat namun sehingga sekarang niat mereka terus lenyap begitu sahaja.

Ahad, 26 Februari 2012

JKNS DAPAT PERUNTUKKAN RM 3 B LAGI?

Oleh: Ambrose M. Matthew

TENOM: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah terkilan dengan tindakan kerajaan yang mengumumkan satu lagi projek bernilai RM3 billion untuk pembangunan komersil Stesen Keritapi Tanjung Aru sedangkan masalah menaiktaraf landasan antara Beaufort ke Tenom masih terbengkalai iaitu belum siap sepenuhnya.


Beliau berkata, keputusan sedemikian dilihatnya sebagai tidak selari dengan matlamat asal kerana tidak konsisten dalam melaksanakan sesuatu projek bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur Jabatan Keritapi Negeri Sabah (JKNS).

Sedangkan sebelum ini jabatan itu telah menerima peruntukkan sejumlah RM400 juta tetapi sehingga sekarang hampir menjangkau 5 tahun masih belum siap sepenuhnya, tegas beliau.

“ Kita tidak berniat untuk menentang niat dan hasrat murni kerajaan tetapi ia sepatutnya memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah masalah lain terutamanya isu jentera lokomotif yang terlalu uzur menyebabkan kekerapan perkhidmatan sering tergendala,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berhubung pembangunan Komersil Stesen Keritapi Tanjung Aru yang bernilai RM3 billion seperti yang dilaporkan media pada kelmarin (Ahad).

Ketua Menteri itu antara lain menjelaskan kepentingan pembangunan tersebut kerana beliau berhasrat untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu utama untuk pelaburan dari dalam rantau ini, termasuk wilayah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, dan kawasan pertumbuhan Asean Timur (BIMP-EAGA).

Jimmy menambah, dikawasan sekitar Pangi dan Rayoh penduduknya rata rata sebagai petani bergantung penuh kepada perkhidmatan keritapi dalam urusan rutin harian mereka untuk turun ke bandar membeli belah selain ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun rintihan mereka untuk mendapat perkhidmatan keritapi yang baik bukan keutamaan kerajaan.

“ Kerajaan sepatutnya menggunakan sebahagian daripada peruntukkan sejumlah RM3 billion itu untuk membeli beberapa jentera lokomotif baru dan bukan jentera yang terpakai dari China seperti pada sebelumnya sebagai memenuhi slogan kerajaan yang mendahulukan rakyat...sebaliknya mana sudah janji itu?” tegas Jimmy sambil menyifatkan kerajaan telah gagal memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

Selain itu, Jimmy turut mempersoalkan kelalaian kerajaan dari aspek keselamatan awam dimana antara Stesen Kinarut ke Tanjung Aru dimana semua lintasan tidak dibaiki secara berkomputer malah masih beroperasi secara manual.

Jimmy seterusnya berkata, tragedi keritapi melanggar tangki minyak dekat ketiau beberapa bulan lalu, dan rungutan penduduk penduduk Pangi dan Rayoh kerana lebih sebulan tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian mereka ke bandar untuk dipasarkan kerana perkhidmatan keritapi sering tergendala berpunca dari jentera lokomotif selalu rosak kerana terlalu daif dan uzur.

Ekoran beberapa kepincangan itu tambah Jimmy, cukup memberi gambaran bahawa terdapat kelalaian dalam pengurusan kerajaan terhadap JKNS lebih lebih lagi sebelum ini peruntukkan sejumlah RM400 juta masih dipersoalkan kemana alirannya.

Justeru, Jimmy meminta pihak berkuasa SPRM agar menyiasat perkara itu yang dipercayai mempunyai kelemahan dan salahlaku pengurusannya.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar JIMMY JAWATAH

Jumaat, 24 Februari 2012

Surat terbuka untuk Datuk Herbert T Lagadan!

Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada artikel Harian Ekspress keluaran pada Febuari 24, 2012 bertajuk “ PBS: Isu NCR diSabah berpunca daripada FMU” yang dinyatakan Naib Presiden PBS Datuk Herbert T Lagadan sebagai mengulas kenyataan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee pada Khamis.

Sebagai rakyat watan kawasan Parlimen Tenom yang banyak terdedah kepada masalah NCR dan beberapa insiden lalu berhubung pengusiran penduduk, membakar pondok pondok menyimpan padi dikawasan Mukim Rundum dan penangkapan 6 penduduk kampong Imahit bukan disebabkan FMU sebagai puncanya seperti yang didakwa Datuk Lagadan.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah berhubung tanah NCR yang berada dikawasan Hutan Simpan yang tidak disedari langsung oleh penduduk dikedua dua kawasan Mukim tersebut bahawa aktiviti mereka bertentangan dengan Enakmen Pemeliharaan Hutan Simpan.

Insiden ini berlaku kerana kerajaan sejak berpuluh puluh tahun lalu tidak mengiktiraf keujudan NCR dikawasan terbabit dan mungkin juga dikawasan lain diseluruh Sabah. Bagaimana pun penduduk asal berketurunan suku Murut tetap akan mempertahankan hak mereka mengikut adat istiadat berhubung tanah adat.

Oleh itu, adalah kurang sempurna dan kurang beradab jika Datuk Herbert menggunakan kedudukannya mengheret isu FMU dikawasan Tenom yang tiada kaitan langsung seperti yang diperkatakan Herbert itu apatah lagi beberapa insiden berlaku disini dimasa masa lalu.

Datuk Herbert harus menilai dirinya sendiri sebelum mengeluarkan perkataan yang berbaur politik lebih lebih lagi jika isu yang dibangkitkannya tanpa usul periksa apakah fakta yang sebenarnya.

Kami tidak menghalang Datuk Herbert bercakap soal politik tetapi biarlah berpadanan dengan apa yang dibangkitkannya kerana Herbert seorang pemimpin yang matang sudah tentu tidak boleh diperkudakan oleh orang lain.

" Kami disini mana ada FMU, yang ada masalah NCR masuk dalam kawasan Hutan Simpan...bila orang orang kerajaan datang terus sahaja robohkan pondok pondok kami dan halau kami. Itu lah yang disebut SAPP itu," kata yang hanya mahu disebut Minah.

Sekian.

ANAK CUCU CICIT ANTANOM PENUNTUT HAK NCR.

Khamis, 23 Februari 2012

SAYA MASIH KOMITED DALAM SAPP, ROGER STIMIN

Oleh: Ambrose M. Matthew

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya beliau telah menyertai sebuah parti pembangkang lain adalah tidak benar sama sekali.

Bagaimana pun katanya, beliau tetap komited berjuang bersama SAPP sebuah parti pembangkang tempatan seterusnya beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin yang tidak berasas.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Khamis kepada media sebagai mengulas desas desus yang disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab kononnya beliau sudah berpindah ke parti pembangkang lain.

Berikut adalah sms Roger yang dihantar tengah hari tadi seperti berikut

..”salam hormat, salam perjuangan kepada seluruh ahli SAPP dan warga Tenom, semenjak kebelakangan ini terdengar desas desus yang mengatakan saya telah meninggalkan Parti SAPP dan berjuang dalam parti pembangkang yang lain.

Setiap orang boleh sebarkan apa jua cerita mengenai seseorang individu itu tetapi hanya individu itu sahaja yang dapat beri kepastian mengenai hal tersebut dan ingin saya nyatakan di sini bahawa saya masih lagi berjuang dalam Parti pembangkang tempatan Sabah iaitu Parti SAPP dan masih lagi komited terhadap perjuangan agenda Borneo kerana sebab utama saya menceburkan diri dalam politik adalah ingin melihat agenda Borneo ini dapat direalisasikan untuk kepentingan warga Sabah sekarang dan untuk masa akan datang.

saya harap selepas kenyataan ini rakan rakan seperjuangan tidak lagi terkeliru mengenai halatuju perjuangan saya dan masih lagi bersama- sama berjuang dalam merealisasikan agenda Borneo. Sekian,”.

Dalam pada itu, beberapa individu yang rapat dengan Peguam muda Roger Stimin menyifatkan tindakan beliau terus komited berjuang dalam SAPP merupakan tindakan yang tepat selain beliau salah satu daripada pemimpin muda yang mempunyai kreteria sebagai " winnable candidate" mempunyai sokongan padu dikalangan generasi muda masakini.

PELAN PERANCANGAN EKONOMI SABAH, YB MELANIE CHIA

Oleh: Ambrose M. Matthew

TENOM: Selepas sahaja juruacara (mc) menjemput Adun Luyang Melanie Chia untuk menyampaikan ucapannya berhubung dasar perancangan “ Pelan Ekonomi Sabah” audeon/hadirin seramai lebih 300 orang bertepuk tangan sambil menyebut “ SAPP boleh” yang boleh didifinisikan sebagai tanda alu aluan kepada Adun Luyang itu.


Berikut adalah ucapan Melanie Chia...

 Selamat petang semua...anda sekalian sudah makan (audeon menjawab sudah tengah hari tadi). Nah! Kita manusia semestinya digalakkan makan dua kali sehari, tetapi kita semua kena ingat bahawa keadaan eknomi negeri kita jika tidak terancang atau terurus dengan lebih sempurna...jangan makan untuk dua kali sehari, malah makan dua kali pun belum tentu.

 Itu sebabnya kita harus merancang ekonomi dengan betul, teratur yang bermula daripada keluarga kita masing masing. Bagaimana kah kita dapat mengatur perancangan sosio ekonomi kita jika keadaan ekonomi negeri pun tidak teratur, kucar kacir? Inilah isunya yang sedang dirangka oleh SAPP apabila sahaja SAPP berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 jika rakyat memberi mandat kepada kita untuk mentadbir negeri ini selepas PRU13.

 Pelan Ekonomi Sabah dirangka khas sebagai persediaan kerajaan SAPP kelak untuk memulihkan serta memelihara perpaduan rakyat untuk terus bersatu padu dalam melindungi kepentingan ekonomi masyarakat Sabah secara menyeluruh. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kepincangan ekonomi Sabah sejak akhir akhir ini semakin tenat malah dilabelkan sebagai sebuah negeri yang termiskin diMalaysia.

 Malahan KDNK Sabah menduduki tangga ketiga tercorot diMalaysia berbanding Sarawak yang merupakan sebuah negeri tanpa UMNO memiliki tangga kedua tertinggi KDNKnya di Malaysia. Sabah yang menjadi antara negeri pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dialaysia pun rakyat kita hanya memiliki kurang daripada 15% dari ladang ladang yang sedia ada.

 Menyedari hakikat bahawa ramai rakyat Sabah menjadi “pelarian ekonomi” dalam negeri sendiri. Justeru kerajaan SAPP kelak akan memperkenal dan melaksanakan satu perancangan ekonomi yang member menfaat kepada rakyat secara menyeluruh.

 Kerajaan SAPP kelak, percaya bahawa kelebihan daya saing Sabah boleh dicapai melalui ekonomi yang didorong oleh pasaran. SAPP akan berusaha kea rah memperkasakan tahap ekonomi Sabah dengan melaksanakan perkara perkara seperti berikt:-

SISTEM PENGHANTARAN/DELIVERY SYSTEM
Kerajaan SAPP kelak akan mempastikan system pemberian kontrak kerajaan, untuk semua aktiviti perniagaan berkaitan akan dilaksanakan secara adil dan saksama. Setiap kelulusan akan diberi dalam jangka masa yang tertentu dan secara otomatik jika syarat syarat berkaitan dipatuhi.

SUMBER MANUSIA

Kerajaan SAPP akan melabur secara insentif dalam pembangunan modal insane kerana Sabah memerlukan modal insane yang berpengetahuan, kompeten dan yakin untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri pada kadar yang mampan. Biasiswa, pinjaman pelajaran dan dermasiswa terus dipertingkatkan tanpa memilih darjat dan keturunan serta agama dan kesukuan.

PERSEKITARAN DINAMIK UNTUK PELABURAN

SAPP akan mengkaji semula sector ini dan memperkemaskannya dari aspek dasar dan undang undang supaya halangan birokrasi dapat dikurangkan kearah mempercepatkan proses permohonan pelaburan.

Note;- Cadangan SAPP akan menghapuskan memonopoli pasir dan besi buruk.

USAHAWAN TEMPATAN
Kerajaan SAPP akan menggubal program untuk mengenal pasti dan memupuk usahawan usahawan Sabah yang berpotensi dan dinamik dari rakyat Sabah dari pelbagai keturunan dan kesukuan dipersiapkan akan menjadi ahli perniagaan terkemuka sama ada diperingkat negeri dan kebangsaan.

DASAR KABOTAJ

Isu Kabotaj merupakan sebagai punca utama kenaikan harga barangan diSabah berbanding dengan Semenanjong dimana ianya menyumbang kepada kos perkapalan yang tinggi yang kemudiannya para pengguna akan menerima tempias akibat kos tinggi itu yang meliputi barangan impot barangan mentah untuk menampung keperluan hartanah dan perindustrian.

Justeru, SAPP akan mengkaji perkara itu dan menentang apa juga unsur monopoli yang akan mendatangkan kemudaratan terhadap kepentingan ekonomi Sabah dalam semua aspek.

Selain itu kata Melanie, lain lain Indutri seperti Industri minyak dan Gas, Industri minyak sawit, Industri Pelancongan, Industri pembalakan, Wilayah BIMP-EAGA dan Tanah sebagai sumber ekonomi ianya merupakan industry yang perlu dilihat semula kepincangannya dan diperbaiki kerana setakat ini ianya diklasifikasikan sebagai sektor perekonomian yang tenat dan tidak bergerak kearah positif.

“ Saya tidak berniat mahu bercakap panjang lebar mengenai isu ekonomi ini tetapi anda semua ada dibekalkan kertas risalah berwarna kuning yang menjelaskan kandungan pelan erncangan ekonomi Sabah apabila SAPP menjadi kerajaan...jadi, anda dalam masa kelapangan sila bacanya semoga anda memahami niat dan hasrat kita dalam SAPP kerana apa yang kita rancangkan semata mata menyelamatkan negeri ini dari ketirisan ekonomi untuk menjana pembangunan rakyat,” tegas Melanie.

Melanie seterusnya berkata...” Ada orang pernah berkata dengan saya...kalau SAPP mendirikan kerajaan pun mampukah SAPP mengurus dan mentadbir negeri ini dengan berkesan tanpa bantuan Kuala Lumpur. Saya menjawab bahawa Sabah tidak perlu bantuan orang lain jika ekonomi Sabah diurus dengan betul umpamanya.. hasil Sabah tahun 2011 kita mencapai RM3.6 billion sudah termasuk royalti minyak 5%. Tetapi jikalau SAPP memerintah selain hasil RM3.6 billion kita kaji royalty minyak kepada 20% dan dapat menghapuskan kabotaj dan mengimbang cukai perkapalan pastinya kita mampu mendapat hasil melebehi RM4 billion,” tegasnya.

Bermakna tambah Melanie, kerajaan SAPP kelak mampu mentadbir dan mengurus negeri Sabah lebih baik daripada kerajaan BN sekarang ini, tambahan pula segala pelaksanaan pembangunan diseluruh Sabah dapat diproses dengan cepat kerana kerajaan Sabah pada ketika itu tidak terikat dengan mana mana pihak atau perlu menunggu kelulusan daripada pihak kerajaan pusat sepertimana amalan sekarang ini.