Khamis, 3 Mac 2016

SMJK CHUNG HWA TENOM MENCAPAI STATUS CEMERLANG KEPUTUSAN SPM 2016

Oleh: Mail Mathew

KELOMPOK 10 TERBAIK SPM
TENOM: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa disini kini kembali menggungguli keputusan terbaik SPM mengatasi lima buah sekolah menengah lain didaerah ini dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 4.54 bagi tahun 2015.

 Selain itu, dua pelajar cemerlang daripada kelompok 10 pelajar terbaik ialah Raymond Wong Kah Hung 18, memperolehi keputusan A+ (2), A(6) dan A-(2) manakala Rachel Chin Zin Vun 18, A+ (1), A (5) dan A- (3).

Kelompok 10 pelajar terbaik kecuali dua pelajar cemerlang, Ynirah Wong Qlu Mei, Elaine Fung Da Cherng, Chang Ai Teng, Lee Kar Jing, Edwina Vun Chin You, Noor Atiqah Syakira Binti Jakaria, Cally Wong dan Caroline Liew Xiao Hung.

Dalam pada itu, Pengetuanya T eh Siew Suan ketika ditemui dipejabatnya pada Khamis, merasa gembira dengan keputusan itu dimana walaupun sekolah tersebut gagal mempertahan rekod kecemerlangannya pada tahun lepas (2014) dan terpaksa turun takhta dibelakang SMK Entabuan.

Namun kali ini SMJK Chung Hwa kembali bangkit dan meletakkan takhtanya teratas sekali di daerah Tenom, mengalahkan SMK Tenom, SM St Anthony, SMK Chinta Mata, SMK Entabuan dan SMK Kemabong, tambahnya.

Ketika ditanya apakah rahsia kejayaan dan kecemerlangan sekolah tersebut sehingga dapat mempertahankan prestasi pembelajaran T eh berkata, ia adalah hasil kerjasama antara ibubapa dan guru guru selain kualiti tenaga pengajar yang dapat menyampaikan pembelajaran dengan begitu baik.

Hadir sama dimajlis penyampaian keputusan SPM pada Khamis, Yang DiPertua (YDP) PIBG SMJK Chung Hwa Esar Andamas, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah SMJK Chung Hwa Ng Tet Hau dan Steven Chung Ketua Pergerakan Pemuda LDP. Ends///...(Mail Mathew)

Caption:- 1.IMG_7647- Pelajar cemerlang Raymond Wong (4 kiri) dan Rachel Chin (4 dari kanan) bersama ibubapa masing masing. Manakala Pengetua SMJKC Chung Hwa tengah sekali. 2.IMG_7648- Raymond Wong bersama ibunya berbangsa Murut Timugon. 3.IMG_7649- Rachel Chin bersama ibunya berbangsa Murut. 4.IMG_7651- Pelajar terbaik kelompok 10 bersama ibubapa masing masing. Turut bersama YDP PIBG Esar Andamas (6 kanan) dan Ng Tet Hau (5 kanan).

Isnin, 29 Februari 2016

CHARLES TIDAK MERAYU PEMECATANNYA DALAM PBRS

Oleh: Mail Mathew

CHARLES IKANG
KENINGAU: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Janim @ Charles Ikang (gambar), menegaskan tidak akan mebuat rayuan diatas pemecatannya sebagai AMT dan keahliannya dalam parti itu walaupun beliau mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan.

 Sebaliknya, Ikang tidak merasa kecewa mahupun terkejut dengan tindakan itu kerana perkara tersebut telah diduganya akan berlaku namun apa yang dilakukannya sehingga menemui pemecatan itu adalah semata mata untuk membetulkan perjalanan parti supaya kembali ke landasan asal, katanya.

 Difahamkan Ikang dikenakan tindakan disiplin parti sehingga membawa kepada pemecatannya dalam jawatan AMT sekaligus keahlian dalam PBRS ekoran daripada kelantangannya untuk menyuarakan beberapa perkara yang bercanggah semasa pemilihan PBRS bermula daripada peringkat cawangan dan seterusnya Bahagian.

Ikang berkata, tindakan petugas urusetia pemilihan tidak selari dengan kehendak Perlembagaan Parti Perkara 36(2) dan 49(2) yang telah membawa kepada kemenangan Arthur Kurup sebagai Timbalan Presiden PBRS tanpa bertanding selepas penyandangnya Datuk Ellron Angin diistiharkan tidak layak bertanding.

 “ Atas dasar dan prinsip yang tidak betul terutama sekali dari aspek ketelusan dalam parti haruslah diberhentikan malah dijauhi daripada berlaku secara berterusan agar maruah parti tidak tergugat dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat/rakyat,” tegasnya.

 Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akur dan menerima tindakan disiplin keatasnya oleh Jawatankuasa Displin PBRS beliau berkata,

“ Saya menghormati serta akur dengan keputusan tersebut dengan mengambilkira bahawa tindakan saya itu akan dapat mengembalikan keharmonian serta sokongan rakyat terhadap PBRS walaupun ramai yang telah sedar bahawa parti itu sudah tercalar kesan daripada pemilihan parti yang tersasar dari landasan sebenar,” tegasnya.

 Berhubung dengan komitmen lain selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dun Sook beliau berkata, selagi Wakil Rakyat Sook dan Ketua Menteri Sabah memerlukan khidmatnya, selagi itu beliau terus bekerjasama dengan Adun Sook Datuk Ellron untuk mendekati rakyat dan membantu menyampaikan kepada kerajaan segala keperluan rakyat, katanya. Ends///...(Mail Mathew)

 Caption:- 1.Gambar CHARLES IKANG – PPM Dun Sook.

Khamis, 25 Februari 2016

RUBIN SERAH 13 BUAH BOT DAN INJIN KEPADA JKKK DUN KEMABONG

Oleh: Mail Mathew

RUBIN DAN PEGAWAI KERAJAAN
 KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang menyempurnakan penyerahan 13 buah perahu dan injin kepada beberapa badan JKKK yang telah dikenal pasti sebagai kawasan strategik sering dilanda banjir.

Beliau berkata, sebanyak 8 buah perahu dan injin menggunakan peruntukkan Adun, manakala sebanyak 5 buah lagi dibiayai oleh peruntukkan daripada kerajaan Persekutuan yang dipohon oleh penduduk berkenaan sejak Disember 2015 lagi.

 “ Kita berharap agar penduduk terbabit dengan kerjasama JKKK menjaga dengan cermat penggunaan kemudahan tersebut dan ianya harus diguna untuk keperluan semasa menghadapi banjir untuk mengangkut penduduk ke pusat pemidahan dengan secepat mungkin.

 “ Itulah sebabnya penyerahan peralatan ini (perahu dan injin) kita serahkan kepada JKKK supaya tanggung jawab menjaganya terletak dibawah kawal selia JKKK,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Selasa.

Perkampongan yang terlibat penyerahan itu seperti, Kg Gumisi Laut, Kg Labut, Kg Sindungon, Kg Paal Sebrang, Kg Enubai, Kg Lalandang, Kg Belumbung Sebrang, Kg Maugus, Kg Kuala Tomani dan Kg Pantongan Sapong (menerima 2 buah).

 Rubin yang juga merupakan Ketua Umno Tenom turut menekan bahawa, rakyat dikawasan akar umbi disaran agar terus memberi sokongan padu seterusnya berusaha untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) dimana hanya BN sahaja yang mampu memberi pembangunan kepada rakyat.

Hadir sama dimajlis itu, ADO Kemabong Jasli Tindi, PPM Kemabong Sukimin Rukini, CDO Kemabong Alex Tay, Pegawai KEMAS Roger London dan AJK Umno Laisok Laikim.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar PERAHU – Kelihatan Rubin bersama ADO Jasli dan PPM Sukimin bergambar bersama para pemimpin masyarakat Kemabong. Manakala dibelakang mereka beberapa buah perahu dan injin berada diatas lori pengangkut untuk diserah kepada JKKK.

Isnin, 22 Februari 2016

PDRM PERLU LEBIH BERSEDIA MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN, KATA DSP FIRDAUS FRANCIS

Oleh: Mail Mathew

PDRM TENOM
TENOM: Anggota PDRM di Ibu Pejabat Polis Daerah disini diingatkan agar meningkatkan tahap kesiapsiagaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana pihak musuh/penjenayah juga memiliki kecekapan dari aspek perancangan dan perisikan termasuk peralatan canggih, kata Deputi Suprintendan Polis (DSP) Mohd Firdaus Abdullah.

 Beliau berkata, jangan ada terlintas difikiran bahawa seseorang anggota polis yang berada dikawasan kadar index jenayah yang rendah seperti didaerah ini dijadikan sandaran untuk beristerehat tanpa memikirkan kejadian diluar jangkaan.

 Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu perhimpunan bulanan yang diadakan diperkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini pada Isnin, yang turut disaksikan beberapa pemimpin masyarakat Ketua Kampong dan Pengerusi JKKK.

 Tegasnya lagi, beliau turut menekankan bahawa meskipun daerah ini bukanlah satu satunya daerah strategik yang terdedah kepada ancaman luar namun disebabkan kemajuan pembangunan dimana lingkaran jalanraya yang boleh berhubung antara timor, barat, selatan dan utara antara kemungkinan akan wujudnya ancaman ancaman baru datangnya dari luar, katanya.

 “ Orang jahat (penjenayah) pun mempunyai strategi malah mereka senantiasa memerhati dan melihat kelemahan kita serta keupayaan kita sama ada boleh dipatahkan atau sebaliknya....(jadi) kita haruslah meningkatkan kesiapsiagaan kita dari masa ke semasa.

 “ Kita sentiasa mencari jalan melalui akal dan fikiran bagaimana pencegahan jenayah yang berkesan dapat dijalankan....sedangkan kes rogol, kes pecah rumah dan curi kerita masih boleh berlaku....inilah antara agenda yang menjadi sasaran kita dengan kerjasama masyarakat,” tegasnya.

 Dalam pada itu, DSP Firdaus turut menggesa media massa agar memanjangkan maklumat kepada segenap lapisan masyarakat agar senantiasa memberi kerjasama dengan pihak polis sekiranya mereka memperolehi maklumat terdapatnya kehadiran “orang baru” yang tidak dikenali dikampong kampong atau mukim mereka dan segera menghubungi polis ditalian 087-736211 pada bila bila masa.

“ Kita juga sudah menubuhkan satu jabatan baru dalam polis yang dikenali sebagai Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komunit yang diketuai seorang Pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis (ASP)...tujuannya untuk menangani segala aduan rakyat berhubung kegiatan jenayah,” tegasnya.

Dalam pada itu, DSP Firdaus turut menyerahkan surat penghargaan kepada seorang anggota polis KPL Sanluping Haji Sani kerana kejayaannya menangkap penjenayah. Manakala 4 orang pemimpin masyarakat KK Haji Arkani Ukab, KK Majid Ismail, KK Lunsing Andamat dan Pengerusi JKKK Stanislaus Jamunit turut menerima surat penghargaan kerana kerjasama mereka kepada PDRM.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.IMG_7643 - Kelihatan DSP Firdaus bersama anggota PDRM merakamkan kenangan dimajlis itu. 2.IMG_7637 - KPL Sanluping Haji Sani menerima surat penghargaan. 3.IMG_7640 - Kelihatan salah seorang pemimpin masyarakat menerima surat penghargaan.

Khamis, 18 Februari 2016

BANGUNAN BARU 4 TINGKAT SM CHUNG HWA BERHARGA RM4 JUTA SIAP

Oleh: Mail Mathew

BANGUNAN BARU EMPAT TINGKAT SM CHUNG HWA TENOM
TENOM: Blok bangunan baru empat tingkat SM Chung Hwa yang berharga hampir RM4 juta dibawah peruntukkan pusat dan negeri kini siap kira kira 90 peratus, dan dijangka akan diserahkan kepada pengurusan sekolah dalam masa terdekat, kata Pengerusi Lembaga Amanah Sekolah Chung Hwa Tenom Ng Tet Hau.

 Bagaimana pun, Ng Tet Hau masih memerlukan penjanaan peruntukkan daripada kerajaan kira kira RM1 juta untuk menyiapkan lanskap kawasan persekitaran, perabot kelas dan susunatur pejabat am untuk guru guru, katanya ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

 “ Disebabkan pertambahan kos harga material bangunan kebelakangan ini, maka sudah tentu unjuran harga bagi projek pasti berlaku...(oleh itu) kami berharap agar rayuan kami dapat dipertimbangkan,” tegasnya.

Beliau berkata, projek tersebut yang bermula sekitar tahun 2013, meskipun masih mempunyai peluang untuk merayu kepada kerajaan untuk memohon mendapatkan peruntukkan tambahan sebanyak kira kira RM1 juta namun langkah langkah lain perlu dilakukan oleh bekas bekas pelajar sekolah itu untuk mendapatkan sumbangan, tegasnya.

NG TET HAU
Justeru, Ng dan rakan rakannya dalam Lembaga Amanah Sekolah itu termasuk para ibubapa menghargai keprihatinan kerajaan pusat dan kerajaan negeri kerana telah membantu mendapatkan peruntukkan bagi pembinaan tambahan blok bangunan baru empat tingkat.

“ Terima kasih yang tidak terhingga kepada bekas Menteri Pendidikan yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu tahun 2013 Tan Sri Muhyddin Yassin yang mengumumkan peruntukkan sebanyak RM2 juta untuk memulakan pembinaan itu.

 “ Selain itu, tidak lupa kami ucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman diatas sumbangan kerajaan negeri Sabah untuk menambah peruntukkan tersebut,” katanya.

Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar NG TET HAU- Pengerusi Lembaga Amanah Sekolah Chung Hwa Tenom. 2.Gambar BANGUNAN BARU CHUNG HWA- Kelihatan lanskap masih belum siap.