Oleh: ULU PADAS
KENINGAU: Democratic Action Party (DAP) Keningau agak kesal kerana lebih 20 tahun selepas tragedi ribut Greg tahun 1996 yang meragut ribuan nyawa dan harta benda dikawasan yang sama masih belum nampak sebarang tindakan pencegahan drastik pihak berwajib.
Malahan sikap penduduk dikawasan terbabit masih terus berdegil dan difahamkan tidak mengendahkan saranan atau nasihat pihak berkuasa supaya tidak menduduki dikawasan tersebut, kata Pengerusinya Peter Saili.
Beliau berkata, selain masalah kedegilan penduduk perlu ditangani dengan lebih serius tetapi juga kerja-kerja penerokaan tanah di kawasan bukit lereng Banjaran Crocker perlu dihentikan dengan kadar yang segera kerana dibimbangi ia sebahagian punca hakisan tanah dan banjir lumpur.
“ Penerokaan tanah yang berleluasa tanpa mematuhi garis panduan oleh Jabatan Alam Sekitar boleh menyebabkan ekosistem hutan terganggu....(dan) apabila ekosistem hutan terganggu, sekaligus kawasan tadahan air turut rosak dan mengakibatkan larian air deras yang turut membawa lumpur bersama”. Jelas Peter Saili.
Peter Saili yang diiringi beberapa Ahli Jawatankuasa DAP Keningau, berkata demikian ketika melaksanakan gerak kerja melawat dan memantau kawasan-kawasan yang dilanda banjir lumpur pada petang Ahad.
Peristiwa banjir lumpur Ribut Greg pada 26 Disember 1996 yang meragut ribuan nyawa dan harta-benda masih jelas terbayang dan mengingatkan kita betapa seriusnya bencana tersebut yang tidak harus berulang lagi, katanya.
Insiden pada petang Sabtu itu, berlaku di Kg. Pampang dan Kg. Durok, turut melibatkan 10 buah rumah dan juga kenderaan dihanyutkan air deras. Oleh itu, pembinaan benteng kukuh di sepanjang sungai yang dikenal pasti juga amat penting bagi memastikan sungai tidak bertambah melebar ketika berlaku banjir. ENDS///...
Caption:-
1.DAP BINGKOR – Kelihatan Peter Saili (ke-2 kanan) bersama AJK Bahagian memantau banjir.
Selasa, 19 Disember 2017
Ahad, 17 Disember 2017
PENDUDUK ULU NALUYAN MAHU JALANRAYA DINAIKTARAF
OLEH; ULU PADAS
RUNGUTAN DEMI RUNGUTAN dikemukakan penduduk Kg Ulu Naluyan berhubung kedaifan jalanraya menuju ke perkampongan tersebut sejauh kira kira 2 kilometer namun ia dipandang dingin oleh kerajaan BN.
Jurucakapnya yang menamakan dirinya sebagai Kris Anderson, melahirkan kekecewaan yang amat serius kerana segala permasalahan yang dihadapi mereka terus menemui jalan buntu apabila pemimpin kerajaan enggan melayani rungutan mereka.
Kris berkata yang ditularkan dilaman sosial fbnya, " Ini betul...oleh kerana ini lah satu satunya jalan perhubungan ke kebun kami..kalau ini jalan tidak di perbaiki..macam mana kami lalui apabila keadaan jalanraya terok sekali?
“ Sedangkan..ianya penting untuk kemudahan..jalan ke kelompok Lembaga Industri Getah Sabah..bercucuk tanam..buah buahan..empangan air graviti kedua dua kampung bagi penduduk Kg Naluyan dan juga Kg Mantailang bawah..apatah lagi Sk Mantailang,” tulisnya.
Tambahnya lagi, beberapa usaha untuk menyelenggara jalanraya itu pada sebelumnya, tetapi hanya dapat bertahan beberapa bulan sahaja kerana kerja kerja yang dijalankan hanyalah bersifat sementara iaitu dengan hanya menimbus batu pasir tanpa menggred dan menimbus tanah dipermukaan untuk menahan batu pasir daripada hanyut ke tepi parit ketika musim hujan.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Pegawai Khas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Jamawi Jaafar pernah melalui jalan itu ke sebuah Resort Air Terjun untuk beriadah beberapa bulan lalu, juga berkongsi kekecewaan berhubung kedaifan jalanraya tersebut.
" Kita percaya bahawa mungkin ramai yang menyuarakan rasa kesal apabila melihat kedaifan jalanraya ini selain akan menyuarakan slogan " Rakyat didahulukan...pencapaian diutamakan" tidak selari dengan aspirasi kerajaan itu," katanya.
![]() |
| JALAN BERLOBANG LOBANG DAN BATU BESAR TIMBUL |

Sabtu, 16 Disember 2017
PBPM SEHARUSNYA ELAKKAN PERSENGKETAAN, BAKAL MENGHANCURKAN PERSATUAN
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Bahagian Sabah akan terus kekal wujud dan beroperasi sebagai sebuah persatuan yang sah selagi tidak menyimpang kepada Undang Undang Tubuh PBPM yang diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia.
Pengerusinya Joseph Israel memberitahu bahawa, fungsi dan peranan PBPM Sabah akan terus berkuatkuasa berdasarkan sokongan dan mandat yang diberikan perwakilan dalam mesyuarat agung lebih setahun lalu dan hanya akan dibubar untuk mendapat mandat baharu setelah genap tempohnya, katanya.
Oleh itu, tidak ada sebab untuk melabelkan PBPM diSabah tidak sah atau sudah tidak ada kuasa lagi untuk mentadbir persatuan, sedangkan kita masih relevan dan tidak pernah mendapat surat daripada ROS untuk menamatkan operasi, jelasnya.
“ Saya menyeru para ahli PBPM Cawangan Cawangan diseluruh Sabah supaya terus bekerja untuk memantapkan kawasan masing masing dan tidak keliru dengan cakap cakap kosong yang disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab dimana tujuannya tidak jelas.
“ Kita mahu persatuan terus maju kehadapan untuk melayani kebajikan para ahli yang memerlukan bantuan kita....(sebaliknya) kita tidak berminat melayani persengketaan sesama sendiri,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.
Sebelum itu, satu mesyuarat khas PBPM disini diPengerusikan Haji Maribin Rugin telah diadakan pada Sabtu untuk membincangkan beberapa perkara antaranya, cadangan PBPM Cawangan Tenom akan mengadakan mesyuarat tergempar selain isu isu yang tidak berasas mendakwa kononnya kepimpinan PBPM Sabah tidak sah dan batal.
Bagaimana pun, Haji Maribin menggesa kesemua Ahli Jawatankuasanya agar tidak terpengaruh mahupun percaya kepada maklumat yang disebarkan oleh pihak tertentu yang mana tujuannya adalah untuk memporak porandakan kewujudan dan kestabilan persatuan dari terus bergerak dengan lancar dan teratur.
“ Kita semua telah matang dalam memikirkan sesuatu tindakan yang sebaik baiknya perlu dilakukan demi kebaikan persatuan untuk menjaga kebajikan para ahli kita...(dan) bila sahaja kita bersengketa sudah tentu matlamat dan objektif persatuan akan hancur,” kata Maribin. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.PBPM TNM – Kelihatan Haji Maribin (ke-4 kanan) bergambar bersama sebahagian AJK PBPM Tenom
![]() |
| PBPM TENOM |

Khamis, 30 November 2017
PESTA KALIMARAN DUN MELALAP BAKAL TONJOLKAN ADAT "MAKIBOMBONG"
Oleh: Mail Mathew
TENOM: Beberapa pemimpin NGO suku kaum Murut khususnya etnik Murut Timugon menyambut baik langkah yang diambil untuk mengadakan perayaan Pesta Kalimaran anjuran Persatuan Murut Sabah (PMS) pada Januari, 2018.
Justeru, PMS dibawah kepimpinan Datuk Rubin Balang perlu diberi pujian dan terima kasih kerana masyarakat Murut Timugon berpeluang menyaksikan perayaan adat berkonsepkan adat istiadat Murut Timugon sepertimana yang berlaku dengan lain lain kawasan seperti Nabawan, Kemabong, Sook, Pagalungan, Kalabakan Limbawan Keningau kecuali Beaufort dan Kota Kinabalu (belum bersedia).
Seprtimana dikawasan lain yang telah selesai menganjurkan Pesta Kalimaran, kesempatan itu mereka gunakan untuk menonjol satu slot adat yang penting untuk dipertontonton kepada umum khususnya generasi Y.
Misalnya, dikawasan Kemabong pihak penganjur memilih konsep adat “Tinauh” yang sering dikaitkan dengan “Barian mati” yang digunakan oleh etnik Taghol ketika melangsungkan sesuatu perkahwinan.
Persatuan Murut Sabah (PMS) mempunyai 8 etnik meliputi suku kaum etnik Taghol, etnik Paluan, etnik Timugon, etnik Nabai, etnik Sambakong, etnik Baukan (Bookan), etnik Kolor dan etnik Tanggara.
Kali ini, tibalah giliran daripada etnik Timugon untuk mempersembahkan konsep adat “makibombong” yang bakal diungkaya sempena Pesta Kalimaran peringkat Dun Melalap pada penghujung bulan Januari, 2018.
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PMS Jimmy Jawatah (gambar), berkata, adat “makibombong” yang membawa pengertian sebagai “menggosok gigi dengan batu asah untuk meratakan gigi” apabila seseorang budak itu sedang meningkat remaja, dimana adat tersebut mungkin ada persamaan dengan adat Islam “Berkhatan”.
Umur yang layak disenaraikan untuk “makibombong” antara 10 tahun dan tidak melebihi 12 tahun, kerana selepas upacara tersebut mereka yang terlibat adalah dikategorikan sebagai golongan remaja dan layak dikenakan hukuman adat dan sogit jika didapati melakukan kesalahan melanggar adat dan dihukum mengikut adat istiadat kampong, kata Jimmy.
“ Upacara tersebut diadakan pada subuh pagi antara jam 5 hingga 6 pagi....tetapi sebelum itu mereka telah diraihkan berbagai jamuan dan keramaian berbentuk adat sehingga jam 5 subuh pagi,” katanya pada Khamis sambil menegaskan bahawa adat tersebut masih diteruskan sehingga sekarang.
Selain itu, Setiausaha Agung Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) Majundil O.T Matalih (gambar), berkata, adat tersebut masih diamalkan sehingga kini kerana ia bukan sahaja menghormati ketegasan adat tetapi ianya juga sebagai penanda aras kepada had keremajaan yang dibenarkan
mengikut peraturan adat istiadat.
Ertinya, jika budak itu masih dibawah had umur keremajaannya antara 10 tahun kebawah, sudah pastilah apa juga kesalahan yang telah dilakukannya hukumannya lebih rendah mengikut adat istiadat...namun konsep biar mati anak jangan mati adat masih dipegang kuat oleh pengamal adat, katanya.
Majundil menambah, mengetengahkan adat “makibombong” amat bertepatan sekali di pertontontonkan kepada umum terutama generasi y yang tidak tahu langsung berhubung adat istiadat seumpama ini, dimana mesej tersebut amat berguna kepada mereka (generasi y).ENDS///..(Mail Mathew).
![]() |
| JIMMY JAWATAH AMT PMS |

| MAJUNDIL SUA MAMAGUN |

Isnin, 20 November 2017
JACK NOINTIN DAN 1,119 AHLI PBS, UMNO 1,500 SERTAI PWS DIKENINGAU
OLEH: ULU PADAS
PENYERTAAN bekas Exco Pemuda PBS Datuk Jack Nointin ke dalam Parti Warisan dalam satu majlis besar besaran di Kauran Keningau pada Ahad telah menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa Nointin akan berhijrah ke Warisan selepas meletakkan jawatan dan keahlian dalam PBS beberapa bulan lalu.
Seperti yang dijanjikan Nointin ketika meninggalkan PBS dahulu, beliau tidak akan berseorangan untuk berhijrah ke Parti Warisan Sabah (PWS) dimana pada hari ini seramai 1,119 bekas ahli PBS turut bersamanya menyerahkan borang keahlian menyertai PWS.
Turut sama menyertai PWS ialah bekas pemimpin bahagian UMNO Keningau Mansor Hj Maidin bersama 1,500 bekas ahli UMNO menyertainya untuk menyerahkan borang keahlian PWS kepada Presiden PWS Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Medan Kauran kira kira 1kilometer dari bandar Keningau merupakan kali ke-2 PWS mengadakan majlis seumpama itu, dimana kali ini dianggarkan kira kira lebih 5,000 orang menghadiri majlis tersebut.
Selain itu, ramai berpandangan bahawa ada kemungkinan ahli ahli PBS sudah tidak lagi selesa berada dalam BN selepas Huguan Siou dan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sah melepaskan jawatan Presiden parti itu setelah 32 tahun memimpinnya.
Selepas Pairin, ini juga sebagai ujian kepada populariti penggantinya Datuk Seri Dr Maximus J Ongkili, apakah kerusi DUN Tambunan dan Parlimen Keningau dapat dipertahankan pada PRU14 kelak termasuk lain lain kawasan diseluruh Sabah (Kawasan PBS).
Dalam pada itu, Jake berkata, tidak ada maknanya terus berjuang dalam PBS selagi Ongkili hanya memfokuskan perjuangannya berbentuk keperibadian untuk mempertahankan kedudukannya dan bukan untuk mempertahankan dasar parti dan BN.
“Many PBS members are unhappy and it could be a matter of time before the oldest party in Sabah leaves BN.
“ Jake said, he was contacted by scores of PBS grassroots leaders and members, as well as some State leaders, who had expressed the wish to join Parti Warisan as well, and they would be doing so soon, in stages,” he suggested.
Pairin 77, seorang bekas Peguam berketurunan Dusun merupakan Adun Tambunan sejak tahun 1976 lagi, dan memenangi pilihanraya kerusi Parlimen Keningau tahun 1986.
Sumber dalaman mengatakan bahawa, kemungkinan Nointin akan diletakkan bertanding dikawasan DUN Liawan pada PRU14, dimana pada ketika ini kerusi Dun Liawan disandang oleh Datuk Sairin Karno daripada UMNO.
Kawasan Parlimen Keningau merangkumi DUN Liawan, DUN Bingkor dan DUN Tambunan. DUN Bingkor disandang oleh Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dan DUN Tambunan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin PBS (enggan identiti didedahkan) diperingkat akar umbi menyifatkan tindakan Nointin itu sudah lama disedari pucuk pimpinan parti itu dan apa pun tindakan yang dilakukannya tidak mengejutkan. Bagaimana pun, PBS kekal bersemangat waja, tidak gentar malah lebih bersedia menghadapi PRU14 pada bila bila masa. ENDS///...
![]() |
| JACK SERAH 1,119 BORANG UNTUK PWS |

| JACK PAKAI BAJU PWS |

Langgan:
Catatan (Atom)