Isnin, 15 Ogos 2011

SAPP GESA RAKYAT BERSATU PADU TUMBANGKAN BN PRU13



Oleh: MEDIA SAPP TENOM

TENOM; Ogos 14: Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah mengajak rakyat agar terus bersatu padu dalam perjuangannya untuk menumbang kerajaan kuku besi BN pada PRU13 kerana dengan cara demikian sahaja segala kepincangan yang menyusahkan rakyat dapat diselesaikan terutamanya masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI yang dianggarkan kira kira 600,000 pemegangnya diSabah.


Beliau berkata, UMNO-BN yang telah bertapak diSabah lebih 17 tahun lalu telah banyak menyusahkan rakyat dinegeri ini dengan pelbagai karenah dan perilaku yang tidak disenangi rakyat khususnya pembaziran, rasuah, pemanipulasian projek projek luar bandar yang mana sehingga sekarang jalanraya luar bandar masih seperti dahulu iaitu semasa era kerajaan kolonial lagi.

Tegas Jimmy, kerajaan BN memperkenalkan program NKRA konon konon untuk mempastikan pembangunan luar bandar dari segi infratruktur terutamanya jalanraya, bekalan air bersih dengan peruntukkan berbillion ringgit namun kesannya tidak pun dinikmat rakyat bahawa ianya telah benar benar membantu mengatasi masalah yang membelenggu rakyat luar bandar sebelum ini.

Malahan, rakyat masih kedengaran mengeluh mendakwa jalanraya tidak ubah lopak tempat mandi kerbau manakala bekalan air bersih masih banyak kawasan kawasan perkampongan dan perumahan paip terus mengalami kering kontang menjangkau bertahun tahun lamanya seperti yang berlaku di Kg Karangan Baru, Kg Enubai, Ponontomon, Mukim Entabuan, Kg Paguokon, Taman Perumahan Kalang, Taman Tensan, Kg Amboi dan kawasan Pekan.

“ Kita juga sudah dengar isu pembinaan pusat giatmara disini telah terbengkalai sejak tahun 2008 mengakibatkan pembelajaran pelajar pelajar giatmara terganggu disebabkan prasarana yang tidak selesa kerana mereka terpaksa menumpang diantara bangunan yang tidak digunakan di Pusat Kebudayaan Murut….apakah punca ianya terbengkalai tetapi kerajaan terus membisu tidak mengambil tindakan menanganinya,” tegas Jimmy.

Jimmy yang juga merupakan Pengerusi CLC Melalap dan Kemabong berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Tahunan (AGM) cawangan SAPP Kg Paguokon bertempat rumah kediaman Gabriel Malanting pada Ahad. Turut hadir, Naib Presiden SAPP Datuk Frankie Chong Yu Chee dan para AJK CLC Melalap.

Selain itu, Jimmy turut membangkitkan masalah pemberian Kad Pengenalan yang disifatkan beliau prosesnya bagaikan “mee Maggie” dimana dalam masa yang singkat penerimanya boleh mengkutip daripada pembekal secara “express” kini sedang berleluasa diSabah malah tiada apa apa tindakan daripada pihak berkuasa kerajaan BN untuk mematahkan kegiatan sendiket tersebut.

“ Itu sebabnya, baru baru ini SAPP telah memfailkan saman kepada kerajaan melalui dua rakyat Sabah yang telah tertindas haknya berhubung isu yang di panggil BORNEONISASI yang termaktub dalam 20 Perkara. Kerana kita merasakan bahawa hak dan kuasa otonomi diSabah sudah dinodai oleh kerajaan Persekutuan menyebabkan kita diSabah telah kehilangan kuasa yang sepatutnya kita berhak melantik rakyat kita diSabah menjawat jawatan jawatan dalam Jabatan Persekutuan diSabah termasuk kuasa kuasa melantik mereka jawatan itu,” kata Jimmy.

Terdahulu, Ketua Cawangan SAPP Kg Paguokon Gabriel Malanting 55, menegaskan bahawa rakyat diseleuruh kawasan khususnya di Kg Paguokon harus bertekad untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN pada PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Tegasnya, selagi kerajaan UMNO-BN tidak ditumbangkan selagi itu rakyat dinegeri ini terus terbeban memikirkan tindak tanduk pemimpin pemimpin BN yang beliau sifatkan hanya pandai berjanji tetapi semuanya berbentuk “Janji Terang Bulan” tiada yang tepat.

“ Lihatlah sendiri jalanraya masuk ke perkampongan kami, kalau mereka tidak dapat maklumat bahawa SAPP akan dikunjungi pemimpin pemimpin pusat dan CLC Melalap jalanraya ini tidak akan diselenggara….baru kelmarin kena selenggara daripada 20 tahun lamanya tidak pernah kena selenggara. Jadi, apakah kerajaan sebegini rupa kita rakyat mahu sokong lagi?…sorilah!...tiada esok bagi mu lagi wahai BN, kami tetapi menyokong pembangkang parti tempatan SAPP,” disambut sorak sorai daripada hadirin yang dianggarkan kira kira 40 orang.

Gabriel menambah, kerajaan BN langsung tidak berhati perut kerana pemimpin pemimpin BN sudah mendapat maklumat bahawa penerokaan tanah tanah yang memasuki kawasan hutan simpan secara tidak sengaja tetapi malangnya penguatkuasa Jabatan Hutan tetap juga melarang penduduk bercucuk tanam disitu.

Tegasnya, penduduk lakukan sebegitu bukan atas dasar sengaja kerana kawasan hutan simpan tidak pernah menunjukkan sempadan yang tepat menyebabkan penduduk kampong keliru dan terlajak menerokai kawasan tersebut dengan menanam getah, kopi dan padi yang sudah pun mengeluarkan hasil.

“ Sepatutnya kerajaan perlu menimbangkan rayuan rakyat tetapi mereka tetap juga mengambil tindakan. Bagaimana pun kami tidak mahu berganjak dari situ dan membiarkan mereka mengambil tindakan mengikut peraturan mereka,” tegas Gabriel.

Rabu, 3 Ogos 2011

Terbongkar: Jabatan Kebajikan tidak telus bantuan untuk wargaemas?

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Berikutan penemuan berlakunya kepincangan pengurusan bagi permohonan bantuan wargaemas daripada tabung kebajikan Jabatan Kebajikan dan Perkhidmatan Am Negeri Sabah sepertimana yang dirungkai oleh Harian Ekspress baru baru ini, kini menjadi fokus masyarakat diseluruh pelusuk daerah diSabah ketika ini.


Daerah disini, seorang wargaemas Nasir binte Tasing KP 441231-12-5276 warga tempatan 66, tinggal diKg Undusan telah memohon untuk bantuan wargaemas sejak tahun 2005 sehingga sekarang tidak ada jawapan.

Tegas Nasir, selain JKKK beliau sendiri berulang kali datang ke pejabat Jabatan Kebajikan untuk mendapat kepastian permohonannya sama ada lulus atau sebaliknya namun jawapan pegawai terbabit memintanya bersabar dan terus menunggu kelulusan tersebut.

Pengerusi JKKK Kg Undusan Martin Kamandu ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa permohonan penama tersebut telah dirujuk berulang kali ke Pejabat Kebajikan namun sehingga sekarang namanya tidak ada dalam senarai penerima.

Seorang pesara ATM (Angkatan Tentera Malaysia) Ex-Sgt Majakum Matthew mendakwa bahawa ibunya Kalabu binte Magayun KP 301113-12-5010 yang telah meninggal dunia pada Januari 3, 2011 mempunyai bayaran bantuan yang tertunggak sejak bulan November, Disember dan Januari.

Bagaimana pun selepas itu Jabatan berkenaan hanya mengeluarkan bayaran tunggakan untuk bulan November manakala bulan Disember dan Januari lesap begitu sahaja.

Manakala seorang OKU yang mendapat bantuan Am Susan binte David 21, dimana bantuan bulanannya mengikut rekod sebanyak RM 165.00 sebulan. Penama tersebut telah didaftarkan sebagai penerima bantuan itu bermula pada Disember 1, 2009.

Bagaimana pun tegas ibu kepada OKU itu Sinsim Salimbun 55, yang tinggal di Kg Mantailang kira kira 10km dari pekan disini terkejut kerana sejak ianya didaftarkan sebagai penerima tidak pernah menerima bayaran yang dijanjikan mengikut kelulusan sebanyak RM165.00 sebulan sehingga sekarang.

“ Tetapi saya hairan kenapa anak saya ini mendapat bayaran kononnya bonus sebanyak RM165.00 bagi Mei 11, 2011 dan sekali lagi pada September 1, 2011. Kalaulah anak saya permohonannya ditolak tetapi kenapa pula bonus dibayar. Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara Jabatan Kebajikan menangani masalah rakyat yang memerlukan bantuan seperti kami yang bermasalah,” tegas Sinsim yang juga seorang balu.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar NASIR BTE TASING- Kelihatan Nasir menunjukkan KP yang menunjukkan beliau adalah warga tempatan dan bukan PATI.

Selasa, 2 Ogos 2011

SAPP TENOM BERGOTONG ROYONG BANTU PENDUDUK KG PULONG

Oleh: MEDIA SAPP

TENOM: Kepimpinan SAPP CLC Melalap untuk membantu meringankan beban rakyat tidak sekadar dengan ungkapan kata kata kosong namun ianya dilakukan dengan serius tanpa banyak bicara untuk melambat lambatkan tindakan kerana rakyat amat memerlukan bantuan dengan seberapa segera.


Tindakan SAPP khususnya Pergerakan Pemudanya yang diketuai Rudy Sulaiman Mairi dapat dilihat apabila beliau membawa sekumpulan pemuda parti itu bergotong royong membantu memasang “gabion” berhampiran rumah penduduk Don Ambulei di Kg Pulong yang terjejas teruk akibat hakisan sungai ketika banjir baru baru ini.

Turut serta dalam gotong royong tersebut Naib Presiden SAPP yang juga merupakan Ketua SAPP CLC Tenom dan Kemabong Jimmy Jawatah tidak ketinggalan ringan tangan membantu menjayakan gotong royong tersebut.

“ Sebenarnya amalan bergotong royong ini memang sudah wujud sejak dahulu lagi tetapi disebabkan pengaruh arus kemodenan budaya seperti ini kini semakin terhakis dikalangan masyarakat bumiputra khususnya masyarakat KDM,” tegas Jimmy ketika dihubungi media pada Sabtu semasa gotong royong itu berlangsung.

Jimmy berkata, amalan dan budaya bergotong royong atau dalam bahasa Murut “ Maguguyuh” atau dalam bahasa Dusun “Mitatabang” merupakan satu amalan yang perlu diteruskan kerana ianya akan mengwujudkan semangat setiakawan, tolong menolong dan kesepakatan dalam menghadapi situasi yang amat genting untuk diselesaikan dengan kadar segera.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kg Pulong Don Ambulei yang menghadapi masalah hakisan sungai dimana rumahnya hampir hampir runtuh akibat hakisan itu merasa amat tertekan menghadapi masalah tersebut yang berisiko untuk dihanyutkan air sungai jika banjir kilat berlaku sekali lagi dimasa akan datang.

Lantaran itu, beliau tidak menyalahkan JKKK disitu kerana telah mengambil tindakan yang proaktif untuk menangani masalah tersebut namun beliau agak terkilan kerana pihak tertentu dalam kerajaan BN yang lalai mengambil tindakan tersebut.

Beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda SAPP kerana prihatin akan masalah rakyat dan tidak membuang masa yang panjang untuk melaksanakan kerja kerja memasang “gabion” untuk menahan tebingan sungai daripada terus meruntuhkan rumahnya.

Selasa, 26 Julai 2011

RAMAHJAN HINA PEMBANGKANG?



Oleh: MEDIA SAPP

TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap Roger Stimin menyifatkan kenyataan Ketua Wanita Umno disini Ramahjan Sulaiman Khan yang melabelkan pembangkang sebagai “ Opposition has nothing to offer” dan “ What they (opposition) can do is only to copy what Umno and BN have been doing in fulfilling the needs of the people” agak keterlaluan dan penuh dengan emosi keegoan.


Tegasnya, tidak ada yang perlu dibanggakan sangat oleh pemimpin Umno khususnya Ramahjan dalam menjana pembangunan dinegeri ini khususnya diParlimen Tenom dimana Umno yang telah bertapak diSabah lebih 17 tahun lalu tetapi masih terdapat rungutan rakyat dikawasan luar bandar berhubung kemunduran infrastruktur jalanraya mahupun PPRT.

“ Tidak dinafikan bahawa pembangunan ada dijalankan tetapi tidak diurus dengan betul sehingga ada yang terbengkalai sepertimana yang berlaku dengan Pusat GiatMara bersebalahan dengan SMK Tenom. Landasan keritapi yang sudah menerima suntikan peruntukkan hampir RM1 billion sehingga sekarang belum siap sepenyhnya. Apakah ini bentuk kecekapan kerajaan UMNO-BN yang dibanggakan Ramahjan?” jelas Roger.

Roger seterusnya berkata, Ramahjan perlu melihat dalam konteks kelojikan sesuatu isu politik yang perlu diungkitkan dimana peranan pembangkang adalah sebahagian daripada nadi kerajaan untuk menyuburkan sistem demokrasi yang diamalkan dinegara ini supaya rakyat akan menikmati ertikata sebenar konsep kesaksamaan dan keadilan sejagat.

Harus diingat tambah Roger, bahawa sesiapa juga yang menerajui kerajaan masakini (government of the day) adalah bertanggung jawab penuh dalam penjanaan pembangunan untuk rakyat jelata tanpa mengira status termasuk bertanggung jawab untuk ransangan ekonomi secara jangka panjang yang mampu bertahan lama dan berdaya saing diperingkat global.

Manakala dipihak pembangkang pula tambah Roger, adalah mempastikan dana Negara tidak dibelanjakan secara boros dengan sewenang wenangnya sehingga Negara dibebani hutang luar Negara yang membahayakan kedudukan ekonomi Negara sepertimana yang pernah berlaku disesetengah Negara.

“ Pembangkang tidak mahu melihat kerajaan bertindak tidak adil atau berat sebelah apabila melaksanakan pengagehan pembangunan kerana paksi kewujudan sesebuah kerajaan adalah untuk membangun dan membela kebajikan keseluruhan rakyat jelata tanpa mengira ianya dipihak pembangkang mahupun kerajaan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Roger turut menegaskan bahawa kedangkalan kerajaan UMNO-BN untuk tidak menghormati asas perjanjian pembentukan Malaysia sekitar tahun 1963 yang meliputi Sabah, Sarawak dan Malaya sepertimana yang termaktub didalam 20 Perkara yang melibatkan “Kuasa Otonomi” kini sudah mula dirasai bahangnya pemimpin pemimpin kerajaan BN Sabah.

Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun adalah pemimpin pertama diSabah menyuarakan kepentingan kuasa otonomi diberikan kepada Kementerian Persekutuan diSabah atau pun Jabatan Jabatan Persekutuan untuk melaksanakan pembangunan Jabatan itu diSabah.

“ Tanpa kuasa otonomi maka semua perkara perlu dirujuk kepada Persekutuan sepertimana yang berlaku dengan Jabatan Pelajaran diSabah, dimana kedaifan infrastruktur bangunan sekolah khususnya dipedalaman berlambak tetapi tak dapat dilaksanakan sebelum kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia,” tegas Roger.

Jumaat, 22 Julai 2011

HILANG KUASA OTONOMI PUNCA JPN SABAH TERUMBANG AMBING



Oleh: A.M.MATTHEW

TENOM: Kuasa otonomi dinegeri ini kini sudah mula dirasai bahang keperluannya oleh segelintir Kementerian mahu pun Jabatan diSabah dimana yang terbaru Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun menggesa Kementerian Pelajaran mengkaji semula program pengambilan gurunya diSabah.


Selain itu Masidi berkata, Sabah tidak berhasrat merampas kuasa Persekutuan terhadap pendidikan apabila ia meminta Jabatan Pelajaran Sabah (JPN) diberi kuasa (otonomi) untuk membolehkannya membuat keputusan mengenai pembangunan pendidikan untuk Sabah.

“ Selagi JPN Sabah tidak diberi kuasa otonomi untuk pembangunan pendidikan diSabah selagi itu semua proses pembuat keputusan masih ditangan KL…inilah gejala yang menghalang kepada kepantasan sesuatu tindakan,” kata Roger Stimin Naib Ketua Pergerakan SAPP CLC Tenom pada Khamis.

“ Sebenarnya…inilah yang diperjuangkan SAPP dan bakal di implementasikan apabila SAPP berkuasa kelak, kerana kita tidak mahu semua perkara dirujuk ke KL untuk kelulusan dan seterusnya pelaksanaan. Trend pentadbiran sebegini rupa sangat lambat dan tidak relevan kepada siatuasi masakini,” tambahnya lagi.

Tegasnya lagi, akibat daripada amalan seperti itu JPN Sabah menjadi kaku kerana ketiadaan kuasa “eksekutif” untuk membuat sesuatu keputusan yang cepat sedangkan terdapat banyak aduan daripada akar umbi terutamanya dikawasan pedalaman tentang kedaifan beberapa buah sekolah, perumahan guru guru dan beberapa lagi infratruktur lain.

Beliau menambah, perkara ini bukan sengaja direka reka oleh pembangkang untuk tujuan menjatuhkan imej kerajaan BN, sebaliknya sebelum ini sudah terdapat beberapa pemimpin komponen Parti BN juga telah menyuarakan kepincangan itu supaya kerajaan BN mengambil tindakan drastik.

Berhubung dengan kekosongan jawatan guru guru diSabah Roger menegaskan, bahawa setiap tahun terdapat pertambahan graduan menganggur diSabah disebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.

Namun tegasnya, dakwaan Masidi terdapat kira kira 700 guru guru kanan mengosongkan jawatan itu apabila mereka dihantar balik ke Semenanjung yang berlaku setiap tahun sepatutnya ia bukan masalah atau halangan melantik pengisian jawatan itu jika JPN Sabah diberi kuasa otonomi untuk memproses perlantikkan mereka.

“ Kenapa graduan dari Semenanjung perlu dihantar ke Sabah semata mata untuk mengisi kekosongan itu, sedangkan graduan kita diSabah berlambak jumlahnya malahan sama tarafnya,” tegas beliau.