Isnin, 8 Ogos 2016

DAKWAAN LEBIH DUA RIBU AHLI UMNO TENOM KELUAR PARTI KURANG TEPAT

Oleh: Mail Mathew

BIOU SUYAN
TENOM: Bekas calon PKR kawasan Dun Kemabong pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) Biou Suyan (gambar), berkata, dakwaan mengatakan lebih 2,000 ahli Umno Tenom mengistiharkan keluar parti oleh bekas pemimpin Bahagian Umno adalah kurang tepat. 

Menurut Biou, kebanyakkan mereka yang keluar parti itu adalah merupakan serpihan daripada ahli Umno yang telah pun keluar secara senyap senyap sebelum PRU13, katanya.

Bagaimana pun, Biou tidak menafikan bahawa jumlah mereka yang keluar parti itu setakat ini telah komited untuk menyokong perjuangan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal selepas pertemuan mereka semasa Majlis Irau Rakyat di Batu 10 Paal dekat sini pada bulan lepas.

Biou yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Cinta Sabah (PCS) dan bekas PPM Kemabong sebelum menjadi calon PRU13 Dun Kemabong berkata demikian ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Selain itu, ketika ditanya perkembangan misi dan visi gagasan parti parti pembangkang tempatan terutamanya bagi merealisasikan formula satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14, apakah formula itu sudah bersedia Biou berkata,

“ Setakat ini persiapan sudah lebih dari bersedia, tetapi terdapat beberapa perkara perlu diselaraskan....(kami) tidak menghadapi sebarang masalah itu,” katanya.

Ditanya lanjut berhubung peluangnya untuk dicalonkan lagi oleh pucuk pimpinan PCS yang diketuai Presidennya Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing bertanding atas tiket parti itu diDun Kemabong pada PRU14 Biou berkata, ia terserah kepada keputusan pucuk pimpinan parti berlandaskan suara rakyat dikawasannya.

Pada PRU13, Biou yang bertanding kawasan DUN Kemabong atas tiket PKR terlibat dalam pertandingan empat penjuru memperolehi undi sebanyak 2,733 undi, calon BN Datuk Rubin Balang memperolehi 5,765 undi, dua calon lain hilang wang pertaruhan Willian Ensor bin Tingkalor (SAPP) mendapat 1,047 undi dan Tay Jin Kiong @ Alfred (Star) 1,155 undi. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar BIOU BIN SUYAN – AMT PCS

Ahad, 31 Julai 2016

LEBIH 10,000 MENYAMBUT DSSA DIKEMABONG PADA SABTU


KG PAAL BATU 10 KEMABONG
SETELAH beberapa minggu menjelajah diseluruh pelusuk tanah air diSabah, iaitu sebaik sahaja tindakan penggantungan keahlian dan jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Abpal terus mengorak langkah dari satu daerah ke satu daerah bermula di Semporna, Kota Belud dan baru baru ini diKemabong terus mendapat sambutan diluar jangkaan.

Setelah menjejak kaki ke Kemabong Datuk Seri Shafie disambut oleh para masyarakat dikawasan itu terdiri daripada sebahagiannya ahli ahli Umno dan lain lain individu yang tidak berparti dianggarkan seramai kira kira lebih 10,000 hadirin.

NOSSIL BERTEMU SHAFIE
Menurut sumber disana, tidak kurang daripada kira kira 2,000 ahli Umno dari Dun Kemabong dan Dun Melalap mengambil keputusan keluar dari Umno kerana sudah tidak lagi percaya dengan pimpinan Umno diperingkat Negeri dan juga Pusat.

“ Alhamdulillah...hari ini kita kumpulkan pelbagai kaum yang ada di Negeri Sabah ini, saya percaya dengan semangat kekitaan, 'togetherness' yang wujud, kita akan menjadi masyarakat yang kuat.

“ Saya bangga kerana dapat bersama-sama dengan masyarakat berbagai kaum di Kemabong, Tenom dalam satu majlis yang mengumpulkan lebih daripada 10,000 orang yang hadir dari pagi sampai ke petang,” kata Shafie sambil disambut tepukan gemuruh bergema dari hadirin.

Turut mengiringi Datuk Seri Shafie, Presiden PCS Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, Naib Presiden PKR merangkap MP Penampang Darrel Leiking, Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony, bekas Ahli Jawatankuasa Umno Tenom Nossil Basayu dan beberapa pemimpin akar umbi tempatan.

Selain itu, difahamkan rombongan Datuk Seri Shafie Apdal akan mengadakan majlis sambuta hari Raya diBongawan pada 31 Julai bertempat dirumah kediaman Yusof Said.

Khamis, 28 Julai 2016

UMNO TENOM NAFI 10 CAWANGAN KELUAR UMNO

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Pejabat Perhubungan Bahagian Umno Tenom menafikan sekeras kerasnya kenyataan Ketua Cawangan Kanar merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian Nossil Basayu yang mendakwa kononnya seramai 10 cawangan Umno Tenom ada bersamanya mengistiharkan keluar daripada Umno, adalah karut semata mata.

Kenyataan Nossil pada Rabu yang dilaporkan portal AKU ANAK SABAH dan Astro Awani, tidak sedikit pun melemahkan perjuangan Umno khususnya diTenom, kata Setiausaha Bahagiannya Esar Andamas ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

“ Malahan gambar yang dipaparkan dalam portal itu pun kami tidak kenal siapa mereka yang sebenarnya....(mungkin) mereka ahli pungutan, kecuali Nossil yang duduk dihadapan ke-3 dari kanan.

“ Kami juga tidak terkejut dengan tindakan Nossil itu kerana selama ini pun kelibatnya sudah kami ketahui termasuklah kesetiaannya dalam perjuangan parti Umno,” kata Esar yang juga merupakan bekas Adun Kemabong.

Ketika ditanya lanjut berhubung tindakan selanjut terhadap Nossil Esar berkata, “ Kami kena tunggu mesyuarat minggu hadapan selepas Ketua Bahagian Datuk Rubin Balang kembali dari tugas rasmi di Kuala lumpur,” katanya.

Dalam pada itu, Nossil ketika dihubungi menyifatkan tindakannya bersama rakan rakan lain keluar meninggalkan parti Umno adalah muktamad dan tidak akan menarik diri walaupun dipujuk untuk membatalkan keputusannya kerana ia dibuat selepas memikirkan dalam jangka masa yang panjang, tegasnya.

Ketua Bahagian Umno Tenom Datuk Rubin Balang tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau kerana difahamkan berada diIbu Negara atas urusan rasmi. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar KELUAR UMNO- Gambar rakaman daripada Portal AKU ANAK SABAH. Nossil duduk depan ke-3 dari kanan.

Rabu, 27 Julai 2016

LDP TENOM TUNJUKKAN PRESTASI CEMERLANG BANTU MASYARAKAT

Oleh: Mail Mathew
 
LDP TENOM


KEKUATAN dan pengaruh Liberal Democratic Party (LDP) khususnya diBahagian DUN Melalap dibawah kepimpinan Ng Tet Hau amat ketara perbezaannya dengan kepartian lain dalam komponen Barisan Nasional (BN) berkonsepkan masyarakat Cina.

Ini dapat dilihat dari aspek jumlah sokongan pengikut parti itu dalam apa juga program atau aktiviti yang dijalankan kerajaan, dimana LDP dapat menunjukkan jumlah kehadiran para ahlinya yang agak membanggakan.

Contohnya, ketika majlis perayaan ulangtahun ke-57 Hospital Tenom, dimana sempena dengan majlis itu satu aktiviti menderma darah bagi mengisi tabung darah hospital itu dijalankan, telah menyaksikan bilangan yang paling ramai tampil menyahut cabaran tersebut adalah daripada ahli ahli LDP.
SIJIL PENYERTAAN

Meskipun aktiviti LDP Melalap agak sibuk sedikit, namun kelibatnya disana sini sama ada bertemu rakyat, atau membantu rakyat yang memerlukan bantuan tetap diberi layanan tanpa banyak alasan atau persoalan.
Ketua Bahagiannya Ng Tet Hau ketika diajukan soalan sekadar menjawab, 

“ Tugas dan tanggung jawab kami dalam LDP mahu berkhidmat kepada rakyat supaya nama BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman terus diyakini dan digeruni rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Selain itu, ramai yang menyifatkan LDP antara parti komponen BN yang aktif menjalankan tanggung jawabnya untuk menggalas tugas yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti itu, namun ganjaran bukan menjadi perkiraannya. Ends///...


Isnin, 25 Julai 2016

KIRA KIRA 3,000 MENYAMBUT DATUK SERI SHAFIE DIKOTA BELUD

BUKAN GILA JADI KETUA MENTERI 

HADIRIN DIANGGARKAN 3,000 ORANG

KEHADIRAN pemimpin perlbagai parti termasuk DS Hj. Lajim Ukin,  Datuk Kalakau Untol, Datuk Maijol Mahap dan yang lain kalangan ahli2 PBS, PAS, AMANAH yang kebanyakannya ahli-ahli UMNO di Kota Belud siang tadi sesuatu yang cukup meyakinkan dan  itu merupakan tamparan yang hebat buat KUBU UMNO di Kota Belud.

Sekitar 2000-3000 orang hadir di perhimpunan itu dan serentak itu juga telah diumumkan ahli-hali UMNO di sana dari kalangan BIRO AGAMA keluar beramai-ramai dan terus meninggalkan parti yang tidak lagi berjuang untuk kepentingan rakyat sebalik hanya untuk kepentingan diri dan sahabat2 dan kroni mereka semata.

" Saya bukan pemimpin Bajau tetapi saya pemimpin semua suku bangsa di Sabah dan seluruhnya di Malaysia " kata DSSA dan meski dikatakan ia besi buruk itu tidak ia peduli asal berkhidmat telus dan jujur kepada rakyat dan tidak menipu memasukkan duit rakyat ke kantung anak bini sendiri.

DATUK SERI SHAFIE APDAL (DSSA)
Kenyataan itu diiringi dengan teriakan 1MDB dan hantar Najib ke penjara. UMNO bukan lagi parti perjuangkan rakyat, malah yang menegur membetulkan dianggap pengkhianat dan begitulah cara kepimpinan Najib.

" Ketika saya Umrah dan mohon petunjuk di Mekah, tiba2 ada yang SMS dikatakannya mesyuarat tertinggi sedang berlangsung dan ketika itulah saya diberitahu yang saya digantung atas cadangan Musa Aman dan disokong oleh Rahman " Kata DSSA.

DSSA yang sebelum digantung dan keluar UMNO, ia duduki kerusi  Naib Presiden UMNO dan merupakan yang mendapat undi paling banyak meninggalkah Hisamuddin dan hanya tertinggal beberapa undi di belakang Zahid dan itupun kesan Musa Aman kempen orang2nya untuk tidak mengundi DSSA ketika itu.

Serentak itu DSSA juga menyatakan yang dia bukanlah yang gilakan kuasa atau gilakan jawatan ketua menteri dan yang paling penting ia dapat berkhidmat untuk negara dan bukan untuk kepentingan diri.

" Apa gunanya YB Musa Aman duduki kerusi Pengarah keselamatan dalam negeri kalau di pantai timur asyik berlaku kes culik dan lanun dan yang aneh saya pula dikata mereka lanun" Kata DSSA sambil hadirin ketawa.

" Rakyat Sabah harus faham yang saya meski suku bajau dari Semporna, tetapi saya bukan pemimpin bajau sebalik saya pemimpin seluruh bangsa di Malaysia dan itu sebab saya jelajah seluruh Malaysia bantu selesaikan masalah rakyat bukan saja di Sabah malah di Sarawak dan lain2 di Malaysia ini" Katanya lagi.

Jawatan menteri tidak penting buat DSSA sebalik yang penting ialah jawatan itu dapat kuasa untuk membantu rakyat termasuk yang ada di Kota  Belud. " Buat apa Rahman dan Salleh duduki kerusi menteri termasuk pandikar kalau masalah airpun di Kota Belud tidak dapat diselesaikan?" kata2 DSSA diiringi dengan tepukan tangan dari hadirian yang cukup teliti mendengar ucapan yang memang penuh dengan fakta.

" Sumbangan saya tidaklah sebesar mana tetapi saya sedar itulah kemampuan saya dan sumbangan itu amat kecil dan sama sekecil badan saya " Kata-kata itu menyebabkan penonton ketawa dan terus meneriakkan kata sama " hidup dato seri"  dan keadaan menjadi bersemangat untuk menumbangkan BN di PRU14 nanti.

DSSA juga hairan sikap UMNO yang selalu mengadakan acara sama  bila di beberapa tempat seolah memboikot agar ahli2 UMNO tidak datang ke perhimpunan. " Di Semporna, baru2 ini TS Annuar Musa datang ke Semporna dan tidak pernah saya mengganggu untuk adakan acara sama pada waktu sama, malah ketika dulu PKR dan lain-lain parti adakan perhimpunan semuanya saya buka pintu bebas menganjur dan TS Annuar kata UMNO di Semporna masih kuat.

Ya, kuat dan kita lihat saja nanti di pilihanraya mendatang sama ada kuat atau sebaliknya " dan serentak itu ada yang berkata " Tumbangkan BN!" DSSA juga menjelaskan teman2 di Kuala Lumpur mahu menubuhkan parti baru dan mahukan DSSA duduki timbalan presiden dengan harapan bakal duduki Timbalan perdana Menteri dan itu dijelaskan yang DSSA akan kembali ke kampung dan siap memimpin Sabahan dan berusaha tubuhkan parti baru yang bakal berkerjasama dengan parti2 di Sabah.

Sekitar mendekat satu jam lebih DSSA berucap dan tidak ketinggalan yang menyampaikan ucapan sebelumnya ialah Datuk Mohd Noor Mansur yang pernah duduki kerusi Menteri Kewangan zaman Berjaya. Selanjutnya DSSA akan hadir di perjumpaan di Tenom pada 3ohb Julai dan sementara 31 Julai di kampung Brunei Membakut.

ISMAILY BUNGSU 24 julai, 2016 7:56pm