Rabu, 10 Ogos 2016

PENANTIAN 30 TAHUN 400 PENDUDUK KG ULU TEPOH DAPAT BEKALAN AIR KINI TERCAPAI

Oleh: Mail Mathew 

RAIME
TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, masalah penduduk Kg Ulu Tepoh seramai 400 orang untuk mendapatkan bekalan air selama 30 tahun dalam penantian, kini telah selesai. 

Beliau berkata, sebaik mendapat laporan daripada kakitangannya berkaitan masalah air dikampong terbabit, peruntukan khas untuk tujuan itu segera diluluskan untuk menyelesaikan masalah mereka supaya penderitaan mereka tidak berpanjangan.

 “ Kita akan terus bertindak sekiranya laporan sampai kepada kita...lagi pun itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pemimpin di kawasan saya untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin akan masalah yang dihadapi oleh rakyat malah ia tidak pernah mengabaikan tanggung jawabnya.

“ Sebaliknya, pemimpin akar umbi hanya perlu melaksanakan tugas dan tamggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kerana rakyat yang memilih kerajaan dan pemimpin yang ada hari ini.

“Penyediaan kemudahan asas penduduk kampung diluar bandar merupakan tanggungjawab utama para pemimpin akar umbi dan pihak kerajaan dalam memudahkan aktiviti harian penduduk", katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Pembinaan Paip Graviti Baru dan Majlis Hari Raya Kg.Ulu Tepoh di Dewan Terbuka Kg.Ulu Tepoh pada Ahad lepas.

Sepanjang 5 kilometer batang poly paip yang baharu telah dipasang untuk menggantikan batang paip yang telah rosak untuk disambung dari ulu sungai di Taman Negara di kampung itu, katanya.

Setelah siap pemasangan poly paip baharu, ianya dapat membekalkan air sebanyak 70 buah rumah dengan kos pembinaannya  berjumlah kira kira RM60 ribu melalui peruntukkan khas Parlimen Tenom, tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Ulu Tepoh, Nazarius Gerimus berkata, polypaip yang lama di ulu sungai itu tidak lagi sesuai dan berfungsi dengan baik untuk membekalkan air kepada penduduk kampung disebabkan kedaifan paip yang lama, seterusnya antara sebab ia diganti dengan polypaip baharu.

Katanya, aktiviti harian termasuk penyediaan makanan dan minuman dan bermandi manda antara perkara yang penting dimana ianya semua bergantung kepada sumber air yang cukup untuk menjana kira kira 400 penduduk dikampong itu, katanya.

“Seperti musim kemarau baru-baru ini, untuk mendapatkan bekalan air bersih para penduduk kampung terpaksa berulang-alik ke Pekan Tenom atau Keningau bagi membeli bekalan air bersih di mesin-mesin menjual air.

Selain itu, Nazarius mewakili suara penduduk kampung merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih diatas keperihatinan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi, kakitangannya dan jabatan yang berkaitan kerana membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung selama ini.

Turut hadir, Naib Ketua Bahagian Umno Tenom, Juli Malik Hussin dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Tenom, Norhazrilah Latif, AJK Umno Bahagian Tenom dan para penduduk kampung. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1. Gambar GRAVITI PAIP- Raime (kanan) dan Nazarius membuka air paip sebagai simbolik perasmian paip graviti air kampung itu.

Isnin, 8 Ogos 2016

DAKWAAN LEBIH DUA RIBU AHLI UMNO TENOM KELUAR PARTI KURANG TEPAT

Oleh: Mail Mathew

BIOU SUYAN
TENOM: Bekas calon PKR kawasan Dun Kemabong pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) Biou Suyan (gambar), berkata, dakwaan mengatakan lebih 2,000 ahli Umno Tenom mengistiharkan keluar parti oleh bekas pemimpin Bahagian Umno adalah kurang tepat. 

Menurut Biou, kebanyakkan mereka yang keluar parti itu adalah merupakan serpihan daripada ahli Umno yang telah pun keluar secara senyap senyap sebelum PRU13, katanya.

Bagaimana pun, Biou tidak menafikan bahawa jumlah mereka yang keluar parti itu setakat ini telah komited untuk menyokong perjuangan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal selepas pertemuan mereka semasa Majlis Irau Rakyat di Batu 10 Paal dekat sini pada bulan lepas.

Biou yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Cinta Sabah (PCS) dan bekas PPM Kemabong sebelum menjadi calon PRU13 Dun Kemabong berkata demikian ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

Selain itu, ketika ditanya perkembangan misi dan visi gagasan parti parti pembangkang tempatan terutamanya bagi merealisasikan formula satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14, apakah formula itu sudah bersedia Biou berkata,

“ Setakat ini persiapan sudah lebih dari bersedia, tetapi terdapat beberapa perkara perlu diselaraskan....(kami) tidak menghadapi sebarang masalah itu,” katanya.

Ditanya lanjut berhubung peluangnya untuk dicalonkan lagi oleh pucuk pimpinan PCS yang diketuai Presidennya Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing bertanding atas tiket parti itu diDun Kemabong pada PRU14 Biou berkata, ia terserah kepada keputusan pucuk pimpinan parti berlandaskan suara rakyat dikawasannya.

Pada PRU13, Biou yang bertanding kawasan DUN Kemabong atas tiket PKR terlibat dalam pertandingan empat penjuru memperolehi undi sebanyak 2,733 undi, calon BN Datuk Rubin Balang memperolehi 5,765 undi, dua calon lain hilang wang pertaruhan Willian Ensor bin Tingkalor (SAPP) mendapat 1,047 undi dan Tay Jin Kiong @ Alfred (Star) 1,155 undi. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar BIOU BIN SUYAN – AMT PCS

Ahad, 31 Julai 2016

LEBIH 10,000 MENYAMBUT DSSA DIKEMABONG PADA SABTU


KG PAAL BATU 10 KEMABONG
SETELAH beberapa minggu menjelajah diseluruh pelusuk tanah air diSabah, iaitu sebaik sahaja tindakan penggantungan keahlian dan jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Abpal terus mengorak langkah dari satu daerah ke satu daerah bermula di Semporna, Kota Belud dan baru baru ini diKemabong terus mendapat sambutan diluar jangkaan.

Setelah menjejak kaki ke Kemabong Datuk Seri Shafie disambut oleh para masyarakat dikawasan itu terdiri daripada sebahagiannya ahli ahli Umno dan lain lain individu yang tidak berparti dianggarkan seramai kira kira lebih 10,000 hadirin.

NOSSIL BERTEMU SHAFIE
Menurut sumber disana, tidak kurang daripada kira kira 2,000 ahli Umno dari Dun Kemabong dan Dun Melalap mengambil keputusan keluar dari Umno kerana sudah tidak lagi percaya dengan pimpinan Umno diperingkat Negeri dan juga Pusat.

“ Alhamdulillah...hari ini kita kumpulkan pelbagai kaum yang ada di Negeri Sabah ini, saya percaya dengan semangat kekitaan, 'togetherness' yang wujud, kita akan menjadi masyarakat yang kuat.

“ Saya bangga kerana dapat bersama-sama dengan masyarakat berbagai kaum di Kemabong, Tenom dalam satu majlis yang mengumpulkan lebih daripada 10,000 orang yang hadir dari pagi sampai ke petang,” kata Shafie sambil disambut tepukan gemuruh bergema dari hadirin.

Turut mengiringi Datuk Seri Shafie, Presiden PCS Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, Naib Presiden PKR merangkap MP Penampang Darrel Leiking, Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony, bekas Ahli Jawatankuasa Umno Tenom Nossil Basayu dan beberapa pemimpin akar umbi tempatan.

Selain itu, difahamkan rombongan Datuk Seri Shafie Apdal akan mengadakan majlis sambuta hari Raya diBongawan pada 31 Julai bertempat dirumah kediaman Yusof Said.

Khamis, 28 Julai 2016

UMNO TENOM NAFI 10 CAWANGAN KELUAR UMNO

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Pejabat Perhubungan Bahagian Umno Tenom menafikan sekeras kerasnya kenyataan Ketua Cawangan Kanar merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian Nossil Basayu yang mendakwa kononnya seramai 10 cawangan Umno Tenom ada bersamanya mengistiharkan keluar daripada Umno, adalah karut semata mata.

Kenyataan Nossil pada Rabu yang dilaporkan portal AKU ANAK SABAH dan Astro Awani, tidak sedikit pun melemahkan perjuangan Umno khususnya diTenom, kata Setiausaha Bahagiannya Esar Andamas ketika memberitahu pemberita pada Khamis.

“ Malahan gambar yang dipaparkan dalam portal itu pun kami tidak kenal siapa mereka yang sebenarnya....(mungkin) mereka ahli pungutan, kecuali Nossil yang duduk dihadapan ke-3 dari kanan.

“ Kami juga tidak terkejut dengan tindakan Nossil itu kerana selama ini pun kelibatnya sudah kami ketahui termasuklah kesetiaannya dalam perjuangan parti Umno,” kata Esar yang juga merupakan bekas Adun Kemabong.

Ketika ditanya lanjut berhubung tindakan selanjut terhadap Nossil Esar berkata, “ Kami kena tunggu mesyuarat minggu hadapan selepas Ketua Bahagian Datuk Rubin Balang kembali dari tugas rasmi di Kuala lumpur,” katanya.

Dalam pada itu, Nossil ketika dihubungi menyifatkan tindakannya bersama rakan rakan lain keluar meninggalkan parti Umno adalah muktamad dan tidak akan menarik diri walaupun dipujuk untuk membatalkan keputusannya kerana ia dibuat selepas memikirkan dalam jangka masa yang panjang, tegasnya.

Ketua Bahagian Umno Tenom Datuk Rubin Balang tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau kerana difahamkan berada diIbu Negara atas urusan rasmi. Ends///...(Mail Mathew) Caption:- 1.Gambar KELUAR UMNO- Gambar rakaman daripada Portal AKU ANAK SABAH. Nossil duduk depan ke-3 dari kanan.

Rabu, 27 Julai 2016

LDP TENOM TUNJUKKAN PRESTASI CEMERLANG BANTU MASYARAKAT

Oleh: Mail Mathew
 
LDP TENOM


KEKUATAN dan pengaruh Liberal Democratic Party (LDP) khususnya diBahagian DUN Melalap dibawah kepimpinan Ng Tet Hau amat ketara perbezaannya dengan kepartian lain dalam komponen Barisan Nasional (BN) berkonsepkan masyarakat Cina.

Ini dapat dilihat dari aspek jumlah sokongan pengikut parti itu dalam apa juga program atau aktiviti yang dijalankan kerajaan, dimana LDP dapat menunjukkan jumlah kehadiran para ahlinya yang agak membanggakan.

Contohnya, ketika majlis perayaan ulangtahun ke-57 Hospital Tenom, dimana sempena dengan majlis itu satu aktiviti menderma darah bagi mengisi tabung darah hospital itu dijalankan, telah menyaksikan bilangan yang paling ramai tampil menyahut cabaran tersebut adalah daripada ahli ahli LDP.
SIJIL PENYERTAAN

Meskipun aktiviti LDP Melalap agak sibuk sedikit, namun kelibatnya disana sini sama ada bertemu rakyat, atau membantu rakyat yang memerlukan bantuan tetap diberi layanan tanpa banyak alasan atau persoalan.
Ketua Bahagiannya Ng Tet Hau ketika diajukan soalan sekadar menjawab, 

“ Tugas dan tanggung jawab kami dalam LDP mahu berkhidmat kepada rakyat supaya nama BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman terus diyakini dan digeruni rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Selain itu, ramai yang menyifatkan LDP antara parti komponen BN yang aktif menjalankan tanggung jawabnya untuk menggalas tugas yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan parti itu, namun ganjaran bukan menjadi perkiraannya. Ends///...