Khamis, 30 November 2017

PESTA KALIMARAN DUN MELALAP BAKAL TONJOLKAN ADAT "MAKIBOMBONG"

Oleh: Mail Mathew 
 
JIMMY JAWATAH AMT PMS

TENOM: Beberapa pemimpin NGO suku kaum Murut khususnya etnik Murut Timugon menyambut baik langkah yang diambil untuk mengadakan perayaan Pesta Kalimaran anjuran Persatuan Murut Sabah (PMS) pada Januari, 2018. 

Justeru, PMS dibawah kepimpinan Datuk Rubin Balang perlu diberi pujian dan terima kasih kerana masyarakat Murut Timugon berpeluang menyaksikan perayaan adat berkonsepkan adat istiadat Murut Timugon sepertimana yang berlaku dengan lain lain kawasan seperti Nabawan, Kemabong, Sook, Pagalungan, Kalabakan Limbawan Keningau kecuali Beaufort dan Kota Kinabalu (belum bersedia).

Seprtimana dikawasan lain yang telah selesai menganjurkan Pesta Kalimaran, kesempatan itu mereka gunakan untuk menonjol satu slot adat yang penting untuk dipertontonton kepada umum khususnya generasi Y.

Misalnya, dikawasan Kemabong pihak penganjur memilih konsep adat “Tinauh” yang sering dikaitkan dengan “Barian mati” yang digunakan oleh etnik Taghol ketika melangsungkan sesuatu perkahwinan.

Persatuan Murut Sabah (PMS) mempunyai 8 etnik meliputi suku kaum etnik Taghol, etnik Paluan, etnik Timugon, etnik Nabai, etnik Sambakong, etnik Baukan (Bookan), etnik Kolor dan etnik Tanggara.

Kali ini, tibalah giliran daripada etnik Timugon untuk mempersembahkan konsep adat “makibombong” yang bakal diungkaya sempena Pesta Kalimaran peringkat Dun Melalap pada penghujung bulan Januari, 2018.

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PMS Jimmy Jawatah (gambar), berkata, adat “makibombong” yang membawa pengertian sebagai “menggosok gigi dengan batu asah untuk meratakan gigi” apabila  seseorang budak itu sedang meningkat remaja, dimana adat tersebut mungkin ada persamaan dengan adat Islam “Berkhatan”.

Umur yang layak disenaraikan untuk “makibombong” antara 10 tahun dan tidak melebihi 12 tahun, kerana selepas upacara tersebut mereka yang terlibat adalah dikategorikan sebagai golongan remaja dan layak dikenakan hukuman adat dan sogit jika didapati melakukan kesalahan melanggar adat dan dihukum mengikut adat istiadat kampong, kata Jimmy.

 “ Upacara tersebut diadakan pada subuh pagi antara jam 5 hingga 6 pagi....tetapi sebelum itu mereka telah diraihkan berbagai jamuan dan keramaian berbentuk adat sehingga jam 5 subuh pagi,” katanya pada Khamis sambil menegaskan bahawa adat tersebut masih diteruskan sehingga sekarang.

Selain itu, Setiausaha Agung Pertubuhan NGO Mamagun Sabah (Mamagun) Majundil O.T Matalih (gambar), berkata, adat tersebut masih diamalkan sehingga kini kerana ia bukan sahaja menghormati ketegasan adat tetapi ianya juga sebagai penanda aras kepada had keremajaan yang dibenarkan
MAJUNDIL SUA MAMAGUN
mengikut peraturan adat istiadat.

 Ertinya, jika budak itu masih dibawah had umur keremajaannya antara 10 tahun kebawah, sudah pastilah apa juga kesalahan yang telah dilakukannya hukumannya lebih rendah mengikut adat istiadat...namun konsep biar mati anak jangan mati adat  masih dipegang kuat oleh pengamal adat, katanya.

 Majundil menambah, mengetengahkan adat “makibombong” amat bertepatan sekali   di pertontontonkan kepada umum terutama generasi y yang tidak tahu langsung berhubung adat istiadat seumpama ini, dimana mesej tersebut amat berguna kepada mereka (generasi y).ENDS///..(Mail Mathew).

Isnin, 20 November 2017

JACK NOINTIN DAN 1,119 AHLI PBS, UMNO 1,500 SERTAI PWS DIKENINGAU

OLEH: ULU PADAS 
 
JACK SERAH 1,119 BORANG UNTUK PWS

PENYERTAAN bekas Exco Pemuda PBS Datuk Jack Nointin ke dalam Parti Warisan dalam satu majlis besar besaran di Kauran Keningau pada Ahad telah menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa Nointin akan berhijrah ke Warisan selepas meletakkan jawatan dan keahlian dalam PBS beberapa bulan lalu. 

Seperti yang dijanjikan Nointin ketika meninggalkan PBS dahulu, beliau tidak akan berseorangan untuk berhijrah ke Parti Warisan Sabah (PWS) dimana pada hari ini seramai 1,119 bekas ahli PBS turut bersamanya menyerahkan borang keahlian menyertai PWS.

Turut sama menyertai PWS ialah bekas pemimpin bahagian UMNO Keningau Mansor Hj Maidin bersama 1,500 bekas ahli UMNO menyertainya untuk menyerahkan borang keahlian PWS kepada Presiden PWS Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
JACK PAKAI BAJU PWS

Medan Kauran kira kira 1kilometer dari bandar Keningau merupakan kali ke-2 PWS mengadakan majlis seumpama itu, dimana kali ini dianggarkan kira kira lebih 5,000 orang menghadiri majlis tersebut.

Selain itu, ramai berpandangan bahawa ada kemungkinan ahli ahli PBS sudah tidak lagi selesa berada dalam BN selepas Huguan Siou dan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sah melepaskan jawatan Presiden parti itu setelah 32 tahun memimpinnya.

Selepas Pairin, ini juga sebagai ujian kepada populariti penggantinya Datuk Seri Dr Maximus J Ongkili, apakah kerusi DUN Tambunan dan Parlimen Keningau dapat dipertahankan pada PRU14 kelak termasuk lain lain kawasan diseluruh Sabah (Kawasan PBS).

Dalam pada itu, Jake berkata, tidak ada maknanya terus berjuang dalam PBS selagi Ongkili hanya memfokuskan perjuangannya berbentuk keperibadian untuk mempertahankan kedudukannya dan bukan untuk mempertahankan dasar parti dan BN.

“Many PBS members are unhappy and it could be a matter of time before the oldest party in Sabah leaves BN.

“ Jake said, he was contacted by scores of PBS grassroots leaders and members, as well as some State leaders, who had expressed the wish to join Parti Warisan as well, and they would be doing so soon, in stages,” he suggested.

Pairin 77, seorang bekas Peguam berketurunan Dusun merupakan Adun Tambunan sejak tahun 1976 lagi, dan memenangi pilihanraya kerusi Parlimen Keningau tahun 1986.

Sumber dalaman mengatakan bahawa, kemungkinan Nointin akan diletakkan bertanding dikawasan DUN Liawan pada PRU14, dimana pada ketika ini kerusi Dun Liawan disandang oleh Datuk Sairin Karno daripada UMNO.

Kawasan Parlimen Keningau merangkumi DUN Liawan, DUN Bingkor dan DUN Tambunan. DUN Bingkor disandang oleh Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dan DUN Tambunan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin PBS (enggan identiti didedahkan) diperingkat akar umbi menyifatkan tindakan Nointin itu sudah lama disedari pucuk pimpinan parti itu dan apa pun tindakan yang dilakukannya tidak mengejutkan. Bagaimana pun, PBS kekal bersemangat waja, tidak gentar malah lebih bersedia menghadapi PRU14 pada bila bila masa. ENDS///...

Ahad, 19 November 2017

BAJET SABAH 2018 SEJUMLAH RM4.104 BILLION DISAMBUT USAHAWAN, PEMIMPIN TENOM

Oleh: Mail Mathew 
 


TENOM: Bajet Negeri Sabah bagi tahun 2018 sejumlah RM4.104 billion yang dibentangkan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman diDewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat telah mendapat sambutan positif dikalangan usahawan dan pemimpin tempatan dekat sini. 

Terutama sekali apabila kerajaan negeri memberi penekanan kepada penyediaan peruntukkan sebanyak RM42.5 juta untuk penyelenggaraan dan penaiktarafan landasan keritapi dari Stesen Halogilat ke Tenom dan juga sistem komunikasi dan isyarat untuk tahun hadapan bagi mempastikan perkhidmatan yang sedia ada berfungsi dengan selamat.

Difahamkan kerajaan negeri juga telah menerima peruntukkan kerajaan Persekutuan sejumlah
OKK DAVID
RM92.1 juta (RM49.6 juta untuk membiayai pelaksanaan projek landasan keritapi menggantikan landasan (rail) dari 60lb kepada 80 lb...manakala sebanyak RM46 juta lagi untuk pembelian tiga unit tambahan Diesel Multiple Units- DMU).

 Jumlah keseluruhan RM138.1 juta. Ianya terangkum kepada peruntukkan untuk kemudahan pelabuhan dan melaksanakan pembangunan infrastruktur dan kemudahan utiliti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sejulah RM177.2 juta.

 Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom OKK David Jani merangkap Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Tenom berkata, beliau menyifatkan Bajet Negeri 2018 merupakan suatu berita gembira kepada para penduduk Tenom yang masih menggunakan perkhidmatan keretapi daripada Tenom ke Beaufort.

Selain kegembiraan kerana ia dinaiktaraf dan bakal menikmati pelbagai keselesaannya, tetapi juga
KK UDIN
berkemungkinan dapat mengurangkan kesesakan dijalanraya terutama dimusim musim perayaan kerana mungkin mereka memilih perkhidmatan keretapi yang lebih selesa dan selamat untuk mereka.

“ Saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman kerana menyediakan satu bajet yang mesra rakyat dan lebih kondusif kepada pembangunan luar bandar,” katanya pada Sabtu.

 Seorang lagi pemimpin tempatan, Ketua Kampong Kg Pangi Udin bin Bangkiwoh berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana prihatin kepada pembangunan rakyat khususnya di Kg Pangie.

Dengan adanya bajet ini yang melibatkan pembangunan diKg Pangie terutamanya perkhidmatan
WONG T YUN
keritapi suatu khabar yang baik untuk perkampongan disini dimana Pangie sudah tercatat dikalendar pelancongan dipersada antarabangsa merupakan tumpuan pelancong dalam dan luar negeri untuk beriadah diarena riadah “white water rafting”, katanya.

 “ Dengan adanya usaha penaiktarafan ini, ia sekaligus dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke kawasan riadah disini selain dapat menangkis tomahan pemimpin pembangkang sebelum ini yang memperlekehkan kelajuan keretapi kononnya laju lagi kerbau,” katanya sambil berterima kasih kepada Adun Melalap Datuk Seri Radin Malleh kerana kerap menjenguk kami disini.

Manakala seorang usahawan Wong Tet Yun, selain mengalu alukan bajet negeri 2018, terutamanya peruntukkan menaiktaraf landasan keritapi dari Halogilat ke Tenom dengan kos berjumlah RM138.1 disifatkannya amat memberi makna kepada masyarakat Tenom dan Pedalaman, katanya.

 “ Kita berharap agar pihak berkenaan akan memantau perjalanan pelaksanaan projek tersebut supaya berjalan dengan lancar dan memastikan ianya mematuhi kualiti kerja mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

 “ As i can see the commitment of the state government is eagerly to provide a comfort , efficiency of alternative means of public transport to connect to the interior district from the capital city as you can see the amount of grant that had been injected in the 2018 budget,” said Wong. Ends///...(Mail Mathew)

Isnin, 6 November 2017

NGO MAMAGUN, PBM SOKONG UPACARA PERDAMAIAN SAGIT, ISU TUTUP

Oleh: Mail Mathew 
 
RUDY

TENOM: Presiden Pertubuhan Mamagun Sabah (Mamagun) Rudy Sulaiman Mairi (gambar), bersyukur kerana upacara perdamaian “sagit” kerana pemesongan fakta sejarah pengurusan mayat suku Murut yang menjadi kemelut selama ini telah selesai. 

Beliau berkata, NGO Mamagun antara yang telah memainkan peranan penting dalam menegakkan keluhuran adat suku Murut supaya pihak pihak yang bertanggung jawab dalam memsongkan fakta adat Murut harus menerima hukuman yang setimpal dengan adat.

Oleh itu, DBP juga perlu dipuji kerana bertanggung jawab dan bersedia menerima apa sahaja bentuk hukuman “sagit” yang dikenakan, disifatkan Rudy sebagai amat menghormati institusi adat suku kaum Murut, katanya.

 Pada awal tahun lepas, dikatakan beberapa pertubuhan dan organisasi bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berikutan penemuan artikel dalam buku teks Sejarah Tingkatan Satu berkaitan dengan ritual kematian kaum Murut.

Rudy berkata demikian sebagai mengulas kesediaan DBP menerima upacara adat Sagit yang dikenakan oleh para pakar adat Mahkamah Anak Negeri Sabah melalui Persatuan Murut Sabah (PMS) yang diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Pulong pada Sabtu.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Belia Murut (PBM) Raymond Ahuar (gambar), berkata, anak muda suku kaum Murut diseluruh negeri ini merasa bangga dan kagum dimana adat kesukuan Murut dihormati oleh masyarakat lain, katanya.
RAYMOND

 Ini kerana apabila satu agensi kerajaan yang tampil mengakui kesilapan mereka dan sanggup berusaha untuk mencari jalan penyelesaian mengikut jalan tengah iaitu perdamaian agar persengketaan itu tidak berpanjangan, katanya.

“ Apabila merenong situasi ini...saya suka bangkitkan bahawa ini juga ada kaitan dengan legasi “Batu Sumpah” yang telah dibina di Keningau suatu ketika dahulu yang dilakukan oleh masyarakat Murut sendiri .

 “ Dan kita tahu ada tiga perkara yang disentuh antaranya kebebasan beragama, menghormati adat istiadat negeri Sabah dan tanah tanah dinegeri ini milik orang Sabah....(oleh itu) saya beranggapan bahawa adat kita dihormati dan masih lagi disayangi,” katanya ketika memberitahu pemberita pada Isnin.

 Sehubungan itu, Raymond menyarankan bahawa, peranan PMS dimasa akan datang perlulah menjadi satu tunjang untuk mendepani masalah masalah sebegini atau pun menjadi juara kepada suku kaum Murut khususnya diSabah.

 Justeru, masyarakat melihat PMS perlu memikir kehadapan untuk menjadi satu persatuan yang bukan sahaja berada di kepompong negeri Sabah tetapi bagi keseluruhan negara ini malahan di seluruh dunia.

Difahamkan bahawa kedua dua persatuan bukan kerajaan NGO Mamagun dan Persatuan Belia Murut telah memainkan peranan dalam bantahan awal sehinggalah isu tersebut dilaporkan ke Balai Polis untuk tindakan seterusnya.Ends///.....

Ahad, 5 November 2017

PERBALAHAN ANTARA PMS DENGAN DBP BERHUBUNG SALAH FAKTA SEJARAH MURUT SELESAI

OLEH: ULU PADAS 
 
KETUA KETUA ADAT SELURUH SABAH

MELENYAPKAN perbalahan antara Persatuan Murut Sabah (PMS) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung isu kesilapan fakta dalam buku Sejarah Tingkatan Satu pihak DBP kena mengorbankan seekor kerbau sebagai “Sagit” bagi bayarannya. 

 Presidennya Datuk Rubin Balang, mewakili tiga sayap suku Murut iaitu NGO Mamagun, Persatuan Belia Murut (PBM) dan seluruh komuniti Murut berkata bahawa sesungguhnya tindakan Persatuan mereka mengenakan “Sagit” kepada DBP merupakan suatu ikhtibar agar ianya tidak berulang.

Insiden itu berlaku tahun 2016, apabila DBP memuatkan artikel berhubung adat kematian suku kaum Murut mendakwa kononnya apabila mati mayatnya akan dibakar dan disimpan didalam rumah selama 7 hari sebelum dikubur.

Ekoran itu, beberapa persatuan dan NGO Murut telah merasa marah dan membuat laporan polis berhubung isi kandungan buku teks tersebut dan meminta pihak DBP memohon maaf serta menarik balik buku buku tersebut dipasaran.

Rubin melihat bahawa meskipun kesilapan itu hanya melibatkan beberapa ayat seperti “ Orang Murut mati mayatnya dibakar dan disimpan didalam rumah selama 7 hari sebelum dikubur” namun ia cukup memberi kemudaratan terhadap “adat” suku kaum Murut, lebih lebih lagi buku buku itu sudah berada dipasaran dan sekolah, katanya.

 Justeru, Rubin turut menyarankan agar guru guru lebih peka dan berhati hati dengan keadaan seperti itu agar tidak berulang lagi malah tidak terperangkap dengan masalah tersebut, katanya.

 “ Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya kita dapat bertemu dan berbincang secara aman damai...malah segala bentuk perdamaian kita terjemahkannya mengikut adat istiadat suku Murut seterusnya kita bersedia memaafkan DBP diatas kesilapan mereka,” katanya ketika berucap dalam upacara Sagit dan Perdamaian diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Pulong dekat sini pada Sabtu.

 Selain itu, PMS telah membawa perkara tersebut untuk dibincang dengan pakar pakar adat daripada beberapa Mahkamah Anak Negeri didaerah daerah berpendudukan suku Murut sebelum mengambil tindakan lanjut terutamanya meminta DBP menarik buku buku teks tersebut dipasaran dan meminta maaf kepada masyarakat Murut.

 “ Bernasib baik, apabila berjumpa dengan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan memaklumkan perkara tersebut...dia telah mengarahkan KSU KPM supaya meminta maaf dan menyelesaikan masalah itu mengikut adat,” kata Rubin.

 Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Ketua Umno Tenom seterusnya mengistiharkan perkara tersebut sebagai TUTUP...the case is over...let's get together for the better future. Dia juga menyarankan agar kerjasama diantara DBP dan PMS terus bekerjasama rapat dalam mempastikan setiap bahasa atau adat Murut yang diajar disekolah sekolah tidak terpesong atau lari dari landasannya.

 Hadir sama, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Radin Malleh, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Bobbey, DO Tenom Madiyem Layapan, DO Nabawan Fredian Gan, Datuk Kadoh Agundong, Datuk Abdul Adzis Abas, MP Tenom Datuk Raime Unggi, Rudy Mairi dan para Ketua Daerah, KAN, WKAN dan KK serta para komuniti Murut dari setiap daerah.

Terdahulu, Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis bin Abas berkata, beliau berasa syukur dan terima kasih kerana pihak PMS yang mewakili suku kaum Murut telah menerima mohon maaf daripada DBP demi kesejahteraan komuniti kita semua.

 Selain itu, pihaknya telah bersetuju merealisasikan perdamaian sagit tersebut mengikut amalan adat daripada suku kaum Murut dan pasti akan menghormatinya.

 Datuk Adzis berkata, pihak DBP telah menerima memorandum bantahan yang menyatakan bahawa mereka telah terguris dengan kandungan fakta yang disebutkan dalam buku sejarah tersebut yang kini telah pun ditamatkan penerbitannya tahun 2016.

Bagaimana pun, pada sebelum itu satu artikel permohonan maaf daripada DBP yang disiarkan didalam Utusan Borneo keluaran pada 30.10.2016.

 Dalam pada itu, disebelah awal pagi kira kira jam 6.30 pagi satu upacara menyembelih binatang (kerbau) dilakukan dan disaksikan oleh ahli DBP terdiri daripada Datuk Abdul Adzis Abas, Asmiah Haji Ajamain, dan daripada KPM Hajah Zainap binti Derahim dan Yusri Amir. Ends///...(Mail Mathew)