Ahad, 20 Mac 2011

BUKU JINGGA SABAH

BUKU JINGGA SABAH

Reformasi Dalam 100 Hari Pertama Mentadbir Sabah

oleh
Parti Keadilan Rakyat Sabah

TELAH DI LANCARKAN OLEH :
PRESIDEN PKR DATUK SERI WAN AZIZAH
PADA: 12 MAC 2011.
DI BORNEO PARADISE BEACH HOTEL
KINARUT PAPAR SABAH.

Dalam masa 100 hari pertama mengambil alih pentadbiran negeri Sabah .
PKR akan berkerjasama dengan rakan politik didalam Pakatan Rakyat untuk
melancarkan reformasi berikut untuk membela rakyat

1. Menjunjung kedaulatan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang sah di dalam Persekutuan Malaysia dengan memastikan sebarang tuntutan bertindih ke atasnya termasuk menghentikan bayaran kepada negera asing yang membuat tuntutan bertindih ke atas Sabah.

2. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk menuntut hak ke atas Block L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah. Termasuklah mengambil tindakan mahkamah sivil dan jenayah ke atas pihak pihak yang bertanggungjawab menyerahkan Block L dan M tanpa izin dari rakyat Sabah.

3. Menyempurnakan penubuhan sebuah Suruhanjaya diRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin di Sabah dan menawarkan peluang menjadi penduduk tetap tanpa hak mengundi kepada pendatang tanpa izin dengan tujuan memutihkan senerai kerakyataan dan pengundi.

4. Menubuhkan Tabung Warisan Sabah dengan modal awal RM 1 billion dari wang royaliti hasil industri minyak dan gas bagi tujuan program-program pembasmian kemiskinan kepada semua rakyat sabah yang dibawah paras pendapatan isi rumah
RM 1500 setiap keluarga.

5. Menyempurnakan tunrutan kenaikan royalti hasil minyak dan gas kepada 20%
dengan mendatangani perjanjian baru dengan Kerajaan Persekutuan agar bayaran kepada rakyat Sabah adalah berkadar langsung dengan keuntungan tambahan dari
hasil minyak dan gas di negeri itu.

6. Menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM 1 billion dengan tujuan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dapat dibimbing oleh PETRONAS untuk bersaing di persada dunia dan menyediakan peluang pekerjaan dan membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.

7. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat untuk memastikan jawatan jawatan awam dipegang oleh rakyat Sabah.

8. Menuntut hak ke atas semua pulau pulau kecil di perairan Sabah yang masih belum diselesaikan tuntutannya untuk menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan juga hasil minyak dan gas di perairannya.

9. Menghormati hak tanah adat dan menarik balik semua kes mahkamah yang selama ini dibawa oleh Kerajaan Negeri sekiranya kes-kes tersebut secara jelas mencabuli hak
tanah adat.

10. Mengukuhkan Autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara-perkara yang termaktub di dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tidakan yang melanggar Perkara 20 dihentikan serta-merta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan