Oleh: FREEMALAYSIATODAY (Diterjemahkan AM)
KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Liberal Democratic Party (LDP) Datuk Chin Su Phin kali ini mengecam Speaker DUN Sabah Datuk Salleh Tun Said sebagai tidak wajar mengeluarkan kenyataan politik dalam media apa lagi jika kenyataan itu memihak kepada seseorang pemimpin kanan dalam BN Sabah khususnya Ketua Menteri Datuk Musa Aman.
Tegasnya, Salleh sseharusnya mengikut jejak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertindak tidak memihak kepada mana mana pihak sebaliknya bersifat “kekal berkecuali” dalam apa juga keadaan.
“Mungkin juga bukan kehendaknya (Salleh) untuk berbuat demikian, tetapi jika ‘taiko’ kamu ingin membuat kenyataan politik, dia seharusnya mencari pemimpin lain kerana adalah tidak manis dan tidak wajar seorang Speaker DUN mengeluarkan kenyataan politik,” tegas Chin.
Berhubung pandangan beliau mengenai PRN ke-10 Sarawak baru baru ini bagaimana pun Chin mengakui bahawa itu merupakan pemerhatian peribadinya. “ Apakah pula salahnya jika saya bercakap sesuatu yang benar mengenai pilihanraya Sarawak? Salahkah kalau kita mahu memperbetulkan kesilapan tersebut,” tanya beliau.
Chin turut menekankan bahawa selain masyarakat Cina, Melayu, KDM dan beberapa pemimpin tertentu dalam Umno dan juga penjawat awam merasakan tidak berpuas hati dengan cara Musa menangani masalah yang membabitkan BN dan rakyat Sabah.
“ Saya tidak terniat mencetuskankan masalah dalam BN?...sekarang ini, Umno dan juga para pemimpinnya merupakan kawan baik pemimpin pemimpin LDP…malah saya tidak pernah mencemuh Umno. Saya hanya mempertikaikan kelibat seorang pemimpin Umno tertentu yang tidak disenangi oleh beberapa pihak lain,” kata beliau.
“ Semasa era Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) menjadi Perdana Menteri, mereka jangan lupa bahawa mereka juga (beberapa pemimpin Umno) meminta Pak Lah letak jawatan disebabkan kelemahannya,” tambahnya lagi.
Wake up
Ketika berlangsungnya pilihanraya umum Sarawak, malah MCA juga pernah meminta Abdul Taib Mahmud letak jawatan selaku Ketua Menteri Sarawak supaya BN tidak akan terjejas teruk semasa pilihanraya disitu.
“ Sekarang ini, masalah serupa berlaku diSabah pula namun saya tidak dapat memahami kenapa kita tidak boleh bersuara mengenainya. Kita juga melihat pemimpin tertentu cuba menafikan kebenaran itu selepas ada usaha mengkajinya sebab sebab kegagalan BN disana selepas pilihanraya itu,” tegas Chin.
Chin masih teringat ketika Parti Bersatu Sabah (PBS) masih berkuasa suatu ketika dulu, parti itu begitu berani dan lantang bersuara untuk menyuarakan pelbagai masalah yang menjejaskan pentadbiran negeri dan rakyatnya.
“ Selaku kerabat dalam gagasan BN yang tertakluk kepada konsep perkongsian kuasa, kita seharusnya bekerjasama menyelesaikan sebarang masalah yang mendepani kita bersama, namun pemimpin lain yang berjawatan memilih untuk tidak menyuarakannya. Saya nasihatkan mereka ini supaya bangun dan berpijaklah dibumi yang nyata,” tegas beliau.
Chin menegaskan bahawa masyarakat KDM kini memberi sokongan kuat dan padu kepada UPKO berbanding PBS, memandangkan fakta bahawa UPKO lebih lantang bersuara berbanding sebelum ini dalam menyuarakan kehendak rakyat..
Mengenai dengan beberapa tuduhan Menteri Belia dan Sukan dan juga mantan Naib Presiden LDP Datuk Peter Pang baru baru ini antara lain kononnya beliau (Chin) angkuh Chin menjawab,
“ Saya tidak mahu komen tentang peribadinya, biarlah rakyat yang menilai beliau. Semasa beliau (Pang) dalam LDP saya tidak pernah mengulas tentangnya…malah selepas beliau keluar dari parti itu pun saya tidak pernah mengulas berkenaannya. Jika beliau merasakan begitu pintar dalam politik, beliau tidak seharusnya meninggalkan LDP dan beralih kepada Parti Gerakan,” kata Chin.
Chin memberi jaminan kepada rakan rakannya dalam BN Negeri bahawa LDP tidak akan mengubah pendiriannya dan akan terus berusaha sehingga masalah dalam gabungan itu dapat diatasi.
“ Selaku sebahagian daripada gagasan BN, adalah menjadi tanggung jawab kami (LDP) merungkai segala permasalahan yang dihadapi BN untuk diselesaikan bersama kerana kita tidak mahu melihat Sabah bakal mengalami masalah yang dihadapi Sarawak dimana BN gagal mempertahankan kawasan pengundi Cina,” tegas Chin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan