Oleh: NASUTION NAEJEL
KEKALUTAN isu tanah adat atau lebih sinonim dengan sebutan “Native customary Right- NCR”yang mana sejak kebelakangan ini telah menghantui pemikiran masyarakat suku kaum Murut khususnya mereka yang menduduki kawasan NCR terutamanya dikawasan Kg Sumambu, Kg Kapulu dan Kg Kabintaluan dalam Mukim Rundum.
Selepas insiden Kg Imahit dalam Mukim Tomani, yang telah mengheret 6 penduduk ke Mahkamah Majistret dan pada mulanya keenam enam dari mereka itu telah disabitkan kesalahan kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan dan didenda RM1,000 setiap seorang namun selepas itu mereka memfailkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi yang kemudiannya membuat suatu keputusan mengenepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret seterusnya membebaskan keenam enam tertuduh dari hukuman tersebut dengan mengambilkira bahawa kawasan tersebut adalah dalam kawasan NCR.
Ekoran keputusan Mahkamah Tinggi itu mendorong kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman membuat keputusan untuk memnyerahkan tanah tanah NCR yang ada dalam kawasan Hutan Simpan dikeluarkan dan berstatus “Tanah Kerajaan/State Land” dan seterusnya diberi kepada penduduk yang berhak memilikinya dengan diberi geran komunal.
Oleh itu, persoalan yang berkisar kepada status GERAN KOMUNAL telah menjadi kebuntuan masyarakat sekeliling suku Murut khususnya masyarakat dikawasan Mukim Rundum yang rata rata tidak berminat dengan geran komunal sebaliknya mereka mahukan geran persendirian.
Bersama sama dengan ini seorang Peguam muda Roger Stimin lulusan Sarjana Undang Undang (LLB) di UKM dan kini bertugas disebuah firma guaman di Kuala Lumpur berkongsi pendapat untuk memberi definisi berhubung isu yang dipanggil “Geran Komunal”.
Wartawan: Anda seorang berbangsa Murut jati sudah tentu memahami situasi di kawasan majoriti suku kaum Murut yang menduduki kawasan NCR khususnya dikawasan Rundum. Jadi, bolehkah anda menceritakan/mendefinisikan apa dia “geran komunal”?
Roger Stimin (RS): (Definisi ringkas)- Geran komunal juga di panggil sebagai geran komuniti yang mna penerima geran ini mestilah penduduk asli ditempat tersebut. Ianya telah lama diperkenalkan di banyak Negara seperti di Amerika , Australia, New Zealand dan termasuklah Malaysia.
Di Semenanjung Malaysia misalnya, penduduk asli diberikan geran ini bagi tujuan pertanian dan tanah tersebut diusahakan bersama-sama dalam suatu kelompok komuniti. Manakala di sabah mungkin jarang jarang kita dengar mengenai geran komunal ini di sebabkan pembangunan yang masih diperingkat awal menyebabkan penduduk pribumi Sabah kurang terancam bilamana kerajaan negeri masih membiarkan mereka duduk di tanah yang berstatus NCR.
Bila adanya pembangunan dan tanah NCR ini di gazete (warta) oleh kerajaan untuk pembangunan atau hutan simpan maka masalah tuntutan hak mula timbul.
Wartawan: Bolehkah anda terangkan bagaimana mengatasinya atau sekurang kurangnya ada kaedah terbaik bagi jalan penyelesaiannya?
RS: Masalah ini agak rumit sedikit tetapi, salah satu penyelesaiannya adalah dengan pemberian geran komunal tetapi malangnya ianya hanya bersifat sementara,. Geran komunal ini hanya layak kepada penduduk pribumi sahaja dan tidak ada status ownership, maknanya bukan milik individu. Ia tidak boleh dijual atau pun digadai.
Wartawan: Berkemungkinan penduduk terbabit mungkin terkeliru dengan hak hak mereka menyebabkan mereka sangsi dengan status geran komunal, apa pendapat anda?
RS: Kita mengharapkan pihak berkenaan dapat memberi pemahaman kepada penerima geran komunal ini agar tidak timbul isu itu di kemudian hari...kerana saya menjangkakan bahawa sesiapa juga yang diberi hak tanah mestilah ada geran ditangan dan atas nama mereka sendiri.
Wartawan: Adakah geran komunal ini boleh dijual atau digadaikan dibank untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan?
RS: Geran ini tidak ada status individual ownership, jika penerima kekurangan modal mungkin mereka perlu buat pinjaman bagi tujuan mengusahakan tanah tersebut tetapi ketiadaan ownership tadi sudah tentu tidak memenuhi polisi bank bagi tujuan pinjaman... mungkin ada pihak pihak yg berminat untuk melabur bagi tujuan komersial.
Disebabkan hak kebebasan pemilik tanah tidak ada ruang baginya untuk melabur dan berniaga bersandarkan harta seperti tanah menyebabkan ramai yang tidak merasa puas hati kerana hak mereka terkongkong…maka titik tolak isu ini akan timbul lagi isu yang perlu diselesaikan akibat ketidakpuasan hati rakyat, dan kerajaan kenalah perjelaskannya.
Wartawan: Terima kasih diatas penjelasan anda.
RS: Terima kasih…am paringkuanangan pahaka kau kaawi atu yak aku ra hino tu, arap au moonsoi kau ayuk sansulapan. Makapahambot poh itaka ra bulan Oktober rumatong tili aku muli ra Tonom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan