Ahad, 29 Mei 2011

PENGHANTARAN 80 RIBU GURU KE SABAH, SUATU PENGHINAAN

Oleh: Ambrose Mail Mathew

SESUNGGUHNYA tiada siapa yang boleh mengelak dari berlakunya ketirisan peraturan sama ada disengaja mahupun tidak tersengaja namun kesemua itu ianya berlaku disebabkan besar kemungkinan sesuatu keadaan sangat genting dan tiada pilihan selain dari melaksanakanya demi Negara.


Namun kekhilafan dalam membuat keputusan itu merupakan suatu perkara biasa tetapi apakah isu 80,000 guru guru berkelulusan Izazah dari Semenanjung itu yang bakal berkhidmat diSabah merupakan suatu perkara yang tidak tersengaja kerana keadaan genting dan memerlukan tindakan seperti itu.

Sedangkan, anak anak muda yang berizazah lepasan IPTA, STPM berlambak banyaknya diSabah yang kini menganggur dan sedang mencari pekerjaan sebaliknya apakah lojiknya perkiraan tindakan Semenanjung yang telah memutuskan akan menghantar 80,000 graduan untuk mengisi kekosongan jawatan guru diSabah boleh dipandang remeh oleh rakyat Sabah sebagai “tidak apa”.

Kadangkala, ada juga terdapat alasan alasan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan juga JPA yang kononnya anak anak Sabah yang berizazah tidak berminat mengisi kekosongan jawatan Jabatan Persekutuan adalah tidak benar sama sekali kerana mereka juga sudah menawarkan diri untuk memohon jawatan jawatan yang diiklankan namun ketika selepas ditemuduga keputusannya “mendukacitakan”.

Sistem yang digunakan KPM/JPA dalam perlantikkan dan penghantaran 80,000 guru guru graduan dari Semenanjung jelas bertentangan dengan asas perjanjian Malaysia yang terkandung dalam 20 Perkara iaitu dalam Perkara 8 BERNEONISASI.

Perkara 8 BORNEONISASI yang berbunyi seperti berikut: Pengambilalihan Perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah terus dilaksanakan dengan secepat mungkin tanpa campur tangan pihak lain.

Perkara 12 KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTRA berbunyi seperti berikut: Pada prinsipnya hak suku kaum Bumiputra diBorneo Utara hendaklah menikmati hak hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu diMalaya, tetapi formula Malaya yang digunakan diMalaya pada ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.

Selain itu, satu perkara yang perlu juga diambil perhatian serius oleh KPM/JPA berkenaan dengan nasib masa depan GSTT (Guru sandaran tidak terlatih) yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka sejak tahun 2010 dan ada juga pada tahun 2008 jumalahnya kira kira lebih 500 orang sehingga sekarang belum menerima perlantikkan tawaran kontrak baru.

Manakala yang terbaru lagi, beribu ribu pegawai pegawai baru dilantik dari Semenanjung yang berkhidmat diSabah dimana sebahagiannya baru juga selesai menghadapi kursus orientasi intergrasi yang di rasmikan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang di Inubai baru baru ini.

Demi cita cita untuk merealisasikan ketelusan, kesamarataan dan keadilan maka pihak pihak tertentu harus mengambilkira sensitiviti aspek aspek tersebut sebelum mengambil sesuatu tindakan yang boleh diibaratkan sebagai suatu pelanggaran kepada system awal yang telah pun dipersetujui seperti perjanjian Malaysia yang diasakan dalam 20 Perkara.

Sekadar pandangan untuk dibicarakan bersama..

1 ulasan:

  1. kami guru semenanjung sangat2 berharap dapat pulang ke tanah tumpah darah kami sendiri, daripada berkhidmat di tempat orang yang tidak mengalu2kan dan tidak mengenang jasa kami. Silalah buat usul kepada MOE tentang perkara ini. Dan janganlah jatuhkan hukum kepada guru-guru semenanjung yang sedang berkhidmat dengan penuh dedikasi di sana.

    BalasPadam