Oleh: Ambrose Mail Mathew
BAK KATA pepatah Melayu ada mengatakan “ Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya”. Begitulah sinonimnya setiap perbuatan yang dibuat secara tergesa gesa atau membabi buta sudah pastilah ianya akan mengundang akibatnya disebabkan keterlanjuran perbuatan itu.
Tindak tanduk Penasihat DAP Lim Kit Siang yang bukan sahaja disifatkan oleh rakan rakan seperjuangannya dalam DAP sebagai “kacau daun” tetapi juga sudah ada dikalangan pemerhati politik yang melabelkan kelibat “Orang Tua” dalam DAP itu umpama “tangkal” yang menolak setiap jodoh DAP dalam politik di abad ke-21 ini..
Selagi pemimpin veteran DAP itu Lim Kit Siang berada dalam kerusi empok DAP jangan bermimpi DAP akan dapat mengulangi prestasinya pada PRU12 di Semenanjung. Tsunami politik PR khususnya DAP diPerak pada tahun 2008 ketika PRU12 bukan kerana Lim Kit Siang tetapi hasil keputusan yang sudah dirangka awal oleh pengundi pengundi negeri Perak terutamanya golongan muda.
Apa lagi jika sikap pemimpin veteran DAP itu terus menerus berperawakan ‘sombong’ seperti yang dilakukannya kepada Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee akan kempunanlah Lim Kit Siang untuk mengidam tampuk kuasa diSabah menjelang PRU13 kelak.
Sekiranya kepimpinan Lim Kit Siang disegani oleh pengikut pengikutnya dalam DAP, mengapa kerajaan PR yang ditunjangi DAP dinegeri Perak tumbang gara gara ada diantara pemimpin DAP yang menjadi tali barut BN dan membawa Adun Adun lain menyertai BN.
Lim Kit Siang seharusnya lebih rasional dalam apa juga tindakannya supaya mengelakkan daripada menyakiti perasaan rakan rakan lain dalam pembangkang, lebih lebih lagi DAP dan PR yang memerlukan sebuah parti tempatan yang berpengaruh seperti SAPP sebagai rakan karib untuk menumbang UMNO-BN pada PRU13 nanti.
Apa yang dibanggakan sangat oleh Lim Kit Siang terhadap kekuatan dan prestasi PR terutamanya DAP selepas cemerlang pada PRN ke-10 Sarawak sehinggakan Lim Kit Siang dengan begitu angkuh dan sombong memberi kata dua kepada SAPP supaya menyertai PR dalam masa terdekat. Sedangkan status DAP dan PR masih juga terpinga pinga berada dikerusi pembangkang.
Mungkin Lim Kit Siang merasakan dirinya popular sangat ketika ini sehingga mengajak rakan menyertainya dengan mengeluarkan kata kata yang kasar dan memalukan dihadapan khalayak ramai. Itu bukan budaya SAPP dan rakyat Sabah dalam merundingkan sesuatu perkara yang serius.
Pemikiran yang terlalu “advance” dan fanatik mengatakan hanya PR yang boleh menewaskan BN ia merupakan suatu perkiraan yang terlalu sempit dan ibarat Lim “mengigau” disiang hari. Jikalau itulah perkiraan Lim padanlah Sarawak terlepas dalam genggaman PR terutamanya DAP kononnya BN Sarawak akan tumbang dan akan digantikan oleh PR sebagai kerajaan baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan