TENOM Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato’Seri Anwar Ibrahim dijangka akan melakukan lawatan singkat ke daerah Kemabong untuk bertemu dengan ahli ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diKg Sinaluang Ulu Tomani pada Jun 25, 2011.
Demikian disahkan Setiausaha Cabang PKR disini Misery Raisimin (gambar) berhubung lawatan itu dalam satu kenyataan disini ketika memberitahu Harian Ekspress pada Khamis.
Tegasnya, mengiringi Penasihat PKR itu semasa lawatannya dekat sini Ketua Cabang PKR Haji Halik Zaman dan beberapa pemimpin perhubungan PKR Negeri Sabah semasa lawatan tersebut, dimana rombongan itu dijangka akan bermalam disini sebelum meneruskan lawatan ke Pensiangan pada keesokaan harinya.
Dalam pada itu, Misery turut menolak khabar angin yang disebarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggung jawab kononnya lawatan Dato’Seri Anwar Ibrahim ke Tomani sebagai tanda sokongan beliau kepada Haji Halik Zaman untuk bertanding di Dun Kemabong pada PRU13 adalah suatu pembohongan dan karut semata mata.
Sebaliknya tambah Misery, kedatangan Penasihat PKR itu merupakan urusan kepartian yang mahu melihat secara dekat perkembangan PKR diSabah khususnya dipedalaman dan bukan soal pencalunan PRU13 yang langsung tiada kaitan dalam sesi lawatan beliau kali ini.
Lawatan Dato’Seri Anwar Ibrahim ke Tomani merupakan kali kedua (ketika dalam pembangkang) dimana kali pertama sekitar tahun 1994 (PRN-Sabah) ketika itu beliau selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengarah Operasi BN bagi Pilihanraya Umum Negeri Sabah tahun 1994 menentang kerajaan PBS pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan