Oleh: Wartawan Jendelasabah.com
(Ambrose Mail Matthew)
FORMULA PENYATUAN gagasan pembangkang bernaung dalam satu bumbung apa yang dipanggil “ PR plus SAPP” sememangnya suatu langkah yang sesuai malah kemunculannya telah dinanti nantikan oleh penyokong masing masing kerana selagi pembangkan tidak sekata dalam apa juga strateginya untuk menumbangkan BN pada PRU13 tidak akan kesampaian.
Malahan pembangkang akan terus menjadi bahan ketawa baik dipihak BN mahupun rakyat disekeliling yang sudah tentu akan menambahkan lagi kemudaratan dari segi moral dan pengaruh parti parti masing masing dalam pembangkang kerana rakyat akan melihat isu ketidak sepakatan itu sebagai kayu ukur kepada kematangan pemimpin pembangkang dalam menyelesaikan kekalutan itu.
Perang mulut dikalangan pemimpin yang disibukkan oleh media setiap masa merupakan perkara biasa dalam percaturan politik, tetapi signifikannya pemimpin harus bijak mencari formula yang terbaik bagaimana menjatuhkan parti lawan seperti BN yang dilihat sebagai gagah perkasa.
Jikalau gagasan pembangkang terus menerus bermusuhan sambil mendewa dewakan ideology dan kekuatan politik masing masing sambil mengaku pernah melakar sejarah kegemilangan politik itu dan ini tetapi musuh didepan mata kelihatan gagah perkasa, mampukah ia ditumbangkan dalam keadaan pembangkang bergelut sesama sendiri?
Ada juga orang berkata…” Kalau inilah kelibat pembangkang..jangankan menumbang BN…menggoncangnya pun belum tentu dapat dilakukannya”. Begitu sekali kata kata masyarakat sekeliling yang mungkin sudah bosan dan muak melihat perangai pemimpin pemimpin pembangkang yang sering tidak sehaluan.
Bersyukur apabila kenyataan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee baru baru ini dimana beliau sudah memberi isyarat positif kepada formula baru penyatuan gagasan pembangkang yang dipanggil “PR plus SAPP” sekaligus membuka ruang untuk penyatuan kerjasama dalam pembangkang untuk menentang BN pada PRU13 akan datang ini.
Sekiranya formula ini berjaya dimaterialisasikan pihak pembangkang tidak mustahil menghadapi laluan sukar untuk menumbangkan BN pada PRU13, sebaliknya BN dan UMNO akan melihat kebangkitan pembangkang menerusi formula baru disifatkannya sebagai kedudukkan tidak selamat bagi BN diSabah.
Spekulasi negatif semakin menular dikalangan masyarakat sekeliling yang merasa sangsi keupayaan “ PR plus SAPP” mengageh agehkan kawasan DUN dan Parlimen calun parti masing masing ketika PRU13, ianya memang satu satunya persoalan hangat namun gagasan itu perlu membentuk satu urusetia yang lengkap bagi menyelaras segala keperluan dalam merumuskan permasalahan yang timbul pada ketika itu.
Seperti kata orang sekeliling…” Kalau BN mampu menyelaraskan 14 buah parti parti dalam komponen BN menjadi satu otak, satu kepala dan satu hati dalam satu tujuan…mengapa pula gagasan pembangkang tidak boleh melakukannya sedangkan ia hanya merangkumi 4 parti didalamnya,”. Dalam ertikata yang lain bahawa ianya mampu dilakukan sekiranya pemimpin pemimpin pembangkang mempunyai kesungguhan untuk melakukannya berteraskan ketelusan, kejujuran, keikhlasan, tidak tamak, bertoleransi selain menfokuskan cita cita “Masa untuk perubahan” akan tercapai.
Ingatlah kata kata ini…” Kalau ada kemahuan, disitu ada jalan dan kalau ada keseriusan disitu pasti ada kejayaannya….kita ibaratkan perjuangan itu jikalau sebatang lidi sudah pasti ianya mudah dipatahkan sebaliknya jika ia mengandungi serumpun/seikat lidi tentunya sukar untuk dipatahkan.”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan