Khamis, 25 Ogos 2011

SAPP; HAPUSKAN SISTEM KABOTAJ

Oleh: MEDIA SAPP

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar mengatasi secara serius masalah ketidak seimbangan harga dagangan seperti kos pengimportan dan eksport dimana selagi tidak ditangani ianya akan terus membebankan rakyat khususnya diSabah dan Sarawak.

Katanya, beliau yakin dan percaya bahawa masalah berlaku perbezaan kos diantara kedua dua wilayah disebabkan tindakan kerajaan pusat memperkenalkan sistem kabotaj yang mensyaratkan hanya pelabuhan Klang sebagai pusat pemunggahan barangan import dan eksport diseluruh Negara.

“ Sistem kabotaj hanya memberi hak kepada Port Klang sebagai pusat memproses pengimportan dan eksport ke luar Negara manakala pelabuhan pelabuhan dalam Negara sebagai urusan domestik,” kata beliau ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin baru baru ini.

Datuk Seri Yahya pada Rabu berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Bingkor Datuk Justin Guka semasa persidangan DUN baru lepas yang bertanya punca harga kepingan getah diSabah jauh berbeza dengan Semenanjong dimana Yahya menjawab bahawa ia berlaku berpunca daripada pertambahan kos lojistik serta kos pemprosesan yang tinggi diSabah.

Jimmy seterusnya menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih serius kearah membetulkan keadaan itu dengan meminta kerajaan pusat agar menghapuskan sistem kabotaj demi untuk menyelamatkan nasib masa depan para peniaga dan pekebun kecil getah dinegeri ini dari terus terbeban disebabkan masalah tersebut.

Menurut Jimmy, pucuk pimpinan SAPP telah menyederi hakikat itu sejak awal lagi dan telah pun mencadangkan kepada kerajaan betapa perlunya sistem itu dihapuskan kerana selagi ianya diteruskan sudah pastilah kesan daripada sistem yang salah itu akan terus membebankan rakyat khususnya para peniaga dan pekebun pekebun kecil dan sederhana.

“ Selagi sistem kabotaj terus mendominasi urusniaga sistem pengimportan dan eksport yang hanya memberi hak kepada Port Klang selagi itu harga barangan diSabah dan Sarawak tidak seimbang malah jauh berbeza dengan Semenanjong,” tegas Jimmy lagi.

Selain itu, Jimmy turut mendedahkan perimbangan harga menerusi penemuan sepertimana yang didedahkan oleh Datuk Seri Yahya dalam kenyataan beliau dimana harga getah kepingan diSabah RM7.70 sekilo (RM13.35 sekilo diSemenanjong), manakala caj bagi pengangkutan 36 sen dan 10 sen bagi caj pemprosesan setiap sekilo dikenakan bagi dagangan getah diSabah.

Contohnya, dagangan getah Malaysia Rubber Fund Board (24.8.2011) mencecah RM1,330.00 setan, Sabah’s moisture 70% dry rubber contents (KGK) RM931.00, ditolak lagi kos lojistik RM36.00 dan processing cost RM10.00 @ RM46.00 bakinya RM885.00.

Manakala diSabah menerusi LIGS RM770.00 setan dan apabila ditolak dengan kos perolehan di Semenanjong (RM885.00) maka perbezaannya adalah sebanyak RM115.00.

Dalam pada itu, Jimmy turut menggesa kerajaan khususnya Kementerian berkaitan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen pembelian susu lateks atau kepingan kepada syarikat syarikat yang tidak berwibawa atau syarikat yang kurang kompeten terhadap urusniaga tersebut.

Tegasnya, disebabkan kehadiran ejen ejen yang berlambak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan maka sudah tentu kesempatan “ulat ulat” membolos diri untuk menceburi perniagaan jual beli getah yang beroperasi dipelusuk kampong yang modus operandinya lebih mengutamakan keuntungan seterusnya mencekek pekebun kecil.


Selasa, 23 Ogos 2011

DAP MUNGKIN BERMIMPI TAWAN KEMABONG!

Oleh: MEDIA SAPP TENOM

KEMABONG,Ogos 23: Ketua Peti Undi SAPP Mukim Rundum Palipus Ampasu 50, menafikan dengan sekeras kerasnya penglibatan beliau terhadap aktiviti DAP dikawasan disini dan menyifatkannya sebagai satu spekulasi semata mata yang bertujuan untuk melemahkan keyakinan parti terhadap beliau dan seterusnya memecahbelahkan para penyokong SAPP Kemabong.


Tegasnya, beliau percaya taktik kotor itu sengaja dirancangkan oleh kumpulan yang tidak bertanggung jawab dengan niat tertentu lebih lebih lagi pilihanraya umum kali ke-13 semakin menghampiri tarikh pembubarannya yang akan dilakukan pada bila bila masa dari sekarang.

“ Saya dan ahli ahli SAPP disini tetap tidak berganjak kerana SAPP merupakan sebuah parti tempatan yang perlu disokong untuk mencapai matlamatnya membentuk kerajaan baru selepas PRU13,” kata beliau ketika dihubungi untuk mendapatkan pengesahan spekulasi itu pada Selasa.

Palipus berkata demikian ketika mengulas desas desus yang tersebar luas sejak akhir akhir ini bahawa beliau kononnya berkemungkinan akan berpindah ke parti DAP bersama seorang lagi pemimpin muka baru berkelahiran didaerah disini dimana mereka dijangka akan menemui pemimpin veteran DAP Kebangsaan Lim Kit Siang semasa pemimpin veteran itu berkunjung ke Kuala Tomani pada September 3, 2011.

Bagaimana pun, Palipus menolak dakwaan itu secara total kerana perjuangannya tetap tidak berubah selagi konsep perjuangan SAPP yang sudah sebati dalam sanubarinya begitu yakin dan tegas akan memperjuangkan hak hak rakyat Sabah sepertimana yang termaktub dalam dokumen 20 Perkara berteraskan “Sabah for Sabahan”.

“ Bagaimana rakyat Kemabong yang 90 peratus majoritinya penduduk suku Murut boleh menerima DAP sebuah parti luar Sabah yang berkonsepkan perjuangan untuk membela nasib kebajikan masyarakat Cina? “ tanya beliau.

“Jikalau dikawasan bandar bandar ada rasionalnya…tetapi disni kawasan luar bandar? Mungkin juga DAP sedang dilamun mimpi indah kerana terlalu berangan angan…sedangkan cawangan dan pejabat pun tiada. (jadi)…apa asas dan buktinya DAP boleh letak calon disini,” tambah Palipus lagi.

Palipus seterusnya berkata, rakyat disini memang terkenal dengan gaya kemesraan dan sopan santunnya dimana sesiapa sahaja yang datang melawat rakyat disekitarnya akan melayani mereka namun kesempatan itu (kemesraan) janganlah pula ianya dianggap rakyat sudah bersetuju menyertai DAP.

“ Kita ibaratkan kalau mahu meminang seseorang gadis, takkan lah kita terus jatuh cinta jikalau tak kenal…inikan pula ahli DAP pun belum, cawangan pun tiada, macam mana boleh katakan kita sudah masuk DAP…nanti orang label kita ‘gila politik’ pula,” tambahnya lagi.

Isnin, 22 Ogos 2011

PENDUDUK MELALAP SOKONG SAPP TUMBANGKAN BN



Oleh: MEDIA SAPP TENOM

TENOM, Ogos 21: Rakyat dikawasan Mukim Melalap digesa agar menilai sendiri bagaimana kesudahannya janji janji pemimpin pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika mereka berkempen pada PRU12 yang kononnya mereka akan menjadikan cadangan status pekan kecil Melalap menjadi kenyataan apabila BN menang dan kembali memerintah negeri ini selepas itu.


Bagaimana pun PBS dan BN kini sudah kembali berkuasa tetapi tidak pun kelihatan janji janji mereka tertunai meskipun kerajaan BN hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dibubarkan untuk menghadapi PRU13.

Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Tahunan parti itu bagi Cawangan SAPP Kg Oloson-Tukalilan pada Ahad yang dihadiri kira kira 60 orang terdiri daripada ahli dan penyokong SAPP dikawasan itu.

“ Apa sudah jadi dengan janji janji BN konon mahu bikin pekan kecil, bina sederet kedai, bina Sekolah Menengah dan juga SDC atau Koridor Pembangunan Sabah yang konon konon mahu menjadikan Melalap sebagai pesat membangun dari segi ekonomi…apa jadi sekarang macam janji tarang bulan juga,” tegas Jimmy.

“ Dengar cerita lagi…Datuk Radin Malleh mahu bersara dalam politik selepas menghabiskan penggal yang dia menang tanpa bertanding untuk tahun 2012-2014. (Jadi)…kalau sudah bersara macam mana sudah itu janji untuk pekan kecil Melalap atau mungkin pengumumannya itu satu sandiwara politik lagi,” tambah Jimmy disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Jimmy yang juga merupakan Ketua CLC Melalap dan Kemabong seterusnya berkata, pemimpin pemimpin BN khususnya PBS sanggup berbuat apa sahaja bentuk pendustaan kata kata kepada rakyat asalkan parti itu dapat membantu rakan karib mereka UMNO untuk terus hidup subur dibumi Sabah.

“ PBS dan Pairin bukanlah mereka yang pernah kita sokong dahulu sekitar tahun 1985 dimana PBS mula mula menumbangkan kerajaan diktaktor Parti Berjaya…sebaliknya Pairin dan PBS sekarang sudah jauh berubah untuk mencapai matlamat asalnya,” ujar beliau.

“ Kalau dulu mereka lantang bersuara membela hak asasi rakyat Sabah termasuk isu PTI dan kad pengenalan tetapi sekarang mereka terus senyap malah langsung tidak bersuara lagi,” jelas Jimmy lagi sambil kesal bahawa PBS merupakan satu satunya parti tempatan tetapi gagal menangani masalah PTI diSabah.

Dalam pada itu, Jimmy turut menyelar ketelusan pemberian program e-kasih dimana ianya memberi ruang terbuka luas untuk aktiviti penipuan dikalangan pemohon sepertimana yang berlaku sekarang bahawa kebanyakkan pemohon yang diluluskan layak menerima adalah golongan mereka yang berkemampuan malah mereka yang berstatus PTI pun dapat.

Beliau berkata, perjuangan SAPP memerlukan sokongan padu daripada segenap lapisan rakyat diSabah untuk tampil bersama sama parti itu untuk menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi Umno pada PRU13 pada masa akan datang ini, kerana hanya dengan berbuat demikian segala masalah penyelewengan, pemanipulasian ekonomi dan isu pengusiran PTI akan dapat dibanteras dengan sewajarnya.

“ Jika kita terus berpeluk tubuh tidak mahu menyertai perjuangan SAPP bagi membersihkan pelbagai masalah salah laku yang dicetuskan kerajaan BN, maka selagi itu keadaan tidak akan berubah malah akan bertambah parah lagi,” tegasnya.

“ SAPP merupakan sebuah parti tempatan dimana wadah perjuangannya adalah semata mata untuk menuntut kembali hak hak asasi kita sepertimana yang termaktub didalam 20 Perkara termasuk mahu mengembalikan hak kuasa otonomi yang ada pada pada kita suatu ketika dulu iaitu semasa pembentukan Malaysia bersama Sarawak dan Malaya pada tahun 1963,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Ketua Cawangan SAPP Kg Oloson-Tukalilan Flavius Robert menjelaskan bahawa sudah sampai masanya rakyat bangkit berjuang bersama SAPP untuk mengembalikan hak hak asasi negeri ini yang kian terhakis, dimana jikalau rakyat tidak dengan sendirinya bertindak siapa lagi yang harus ditunggu dan diharap untuk membetulkan kepincangan itu.

Tegasnya, janganlah mengharapkan wakil rakyat BN untuk bersuara membela rakyat sedangkan janji janji pembangunan seperti menaiktaraf jalanraya, membaiki kerosakan jalanraya termasuk bantuan warga emas kena menunggu bertahun tahun untuk diambil perhatian.

“ Kita difahamkan bahawa kerajaan Sabah selain tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pembangunan tetapi satu masalah lagi dimana kerajaan negeri terpaksa mendapat arahan atau keizinan Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum sesuatu projek dimulakan. Mana sudah slogan PM…Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” tegas Flavius.

Selain itu, terdapat keraguan penduduk setempat yang menerima maklumat mengatakan bahawa sekiranya SAPP ditakdirkan menang dalam PRU13 diperingkat negeri, tidak akan memberi impak yang berkesan jika tidak bersepakat dengan PR yang akan membentuk kerajaan pusat kelak.

Bagaimana pun sumber maklumat itu tidak dapat disahkan namun ianya dapat dijelaskan oleh rombongan SAPP yang menyifatkan itu sebagai satu dakyah pihak lawan (BN) yang menakut nakutkan penyokong SAPP supaya mereka berperasaan tawar hati untuk menyokong SAPP berdasarkan andaian maklumat itu.

Apa yang sebenarnya berlaku bahawa isu tersebut merupakan satu persepsi semata mata sedangkan sebelum ini pun empat negeri di Semenanjong telah dikuasai pembangkang (Selangor, Kedah, Kelantan dan P.Pinang) tidak mengalami masalah pentadbiran namun dari segi prestasi kepimpinan kerajaan pembangkang jauh lebih baik daripada dulu sewaktu BN memerintah.

Ahad, 21 Ogos 2011

LUNDAYEH SOKONG SAPP TUMBANGKAN UMNO-BN


Oleh: MEDIA SAPP TENOM

KEMABONG, Ogos 21: Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah menyeru masyarakat
Lundayeh agar turut serta bersama sama dengan masyarakat lain dinegeri ini yang sudah pun bersedia untuk menumbangkan kerajaan kukubesi Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada pilihanraya umu kali ke-13 akan datang ini.

Tegasnya, walaupun etnik ini dikategorikan sebagai kumpulan minoriti dikawasan disini namun ianya dapat menyumbangkan ideologi yang bernas sebagai pemangkin kepada kekukuhan perjuangan SAPP ketika mendepani pihak lawan BN-Umno.

Jimmy yang juga merupakan Ketua CLC Melalap dan Kemabong seterusnya berkata, beliau yakin bahawa dengan kebangkitan rakyat pada keseluruhannya menerusi peti undi walaupun segagah mana lawan yang dihadapi pasti akan memihak kepada pembangkang SAPP kerana perjuangan BN dan UMNO sudah lari daripada landasan yang sebenarnya.

Tambahnya lagi, pentadbiran kerajaan BN telah menyimpang jauh daripada matlamat asalnya dan terlalu menghimpit perasaan rakyat kerana hak hak asasi rakyat terutamanya masalah tanah tidak diurus dengan betul sehinggakan ada rakyat merintih bimbang akan menjadi pelarian dibumi sendiri kerana hak tanah adat yang diberikan kepada rakyat tetapi diberi status geran komunal sudah pasti ianya bukan miliknya lagi.

Jimmy berkata, banyak contoh yang boleh dijadikan bukti kelemahan kerajaan BN berhubung masalah tanah khususnya diMukim Rundum dan Tomani yang tidak berpuas hati dengan pemberian geran berkelompok atau lebih dikenali sebagai geran komunal keatas bekas tanah adat.

“ Masyarakat Murut disitu telah berjuang sehabis habis untuk menuntut hak mereka mengikut tanah adat tetapi setelah kerajaan bersetuju memberikannya kepada rakyat dengan syarat ianya diberi status geran berkelompok…apakah ertinya pemberian itu sama ada ianya telus dan jujur atau sebaliknya,” tegas Jimmy.

“ Kita bersimpati dan kesihan melihat keadaan mereka dimana ada diantaranya hampir hampir merengkok ke dalam penjara kerana mereka didakwa kononnya menceroboh kawasan larangan hutan simpan tetapi bagaimana mereka boleh lari atau mengelakkan kawasan itu sedangkan mereka sudah berada disitu sejak turun temurun dari nenek moyang mereka lagi,” tambah Jimmy lagi.

Selain itu, Jimmy turut membangkit mengenai ribuan graduan tempatan menganggur kerana tidak mendapat peluang pekerjaan dari Jabatan Jabatan Persekutuan atau Negeri kerana kuasa otonomi Jabatan Jabatan khususnya Jabatan Persekutuan yang memberi hak dan kuasa melantik pengisian jawatan termasuk pembangunan infrastruktur.

“ Ketua Ketua Jabatan tidak ada kuasa langsung dalam semua perkara tersebut, melainkan ianya perlu dirujuk kepada kerajaan Perseketuan terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan. Apa sudah jadi kalau semua perkara pun dirujuk kepada Persekutuan, sudah pastilah tindakan dan proses itu terlalu lambat,” tegas Jimmy.

Malahan terdapat kejadian dimana beberapa anak anak muda dipedalaman gagal dalam temuduga untuk jawatan guru sandaran sedangkan dalam tawaran jawatan itu memberi fokus dan peluang kepada pemohon daripada pedalaman.

“ Kita sedih mendengar berita itu apabila jumlah mencecah ribuan lepasan SPM dan STPM hadir ke temuduga itu namun selepas itu seorang pun tidak ada yang lulus temuduga tersebut. Anehnya lagi, semua keputusan dan pegawai yang menemuduga semuanya didatangkan khas dari Putrajaya…(Jadi), Pegawai Jabatan Pelajaran Sabah bagaimana? Apakah peranan mereka dalam soal ini? Sepatutnya JPS diberi peranan mengendalikan tugas tersebut,” tambah beliau lagi.

Jimmy menegaskan bahawa, perjuangan SAPP jelas menfokuskan kepada masalah tempatan untuk mengembalikan hak hak anak Negeri Sabah yang semakin lama semakin jauh terhakis sedangkan dalam dokumen 20 Perkara masih segar kepada ingatan seluruh rakyat di negeri ini bahawa hak asasikan telah terjamin mengikut Perlembagaan.

Isnin, 15 Ogos 2011

SAPP GESA RAKYAT BERSATU PADU TUMBANGKAN BN PRU13



Oleh: MEDIA SAPP TENOM

TENOM; Ogos 14: Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah mengajak rakyat agar terus bersatu padu dalam perjuangannya untuk menumbang kerajaan kuku besi BN pada PRU13 kerana dengan cara demikian sahaja segala kepincangan yang menyusahkan rakyat dapat diselesaikan terutamanya masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI yang dianggarkan kira kira 600,000 pemegangnya diSabah.


Beliau berkata, UMNO-BN yang telah bertapak diSabah lebih 17 tahun lalu telah banyak menyusahkan rakyat dinegeri ini dengan pelbagai karenah dan perilaku yang tidak disenangi rakyat khususnya pembaziran, rasuah, pemanipulasian projek projek luar bandar yang mana sehingga sekarang jalanraya luar bandar masih seperti dahulu iaitu semasa era kerajaan kolonial lagi.

Tegas Jimmy, kerajaan BN memperkenalkan program NKRA konon konon untuk mempastikan pembangunan luar bandar dari segi infratruktur terutamanya jalanraya, bekalan air bersih dengan peruntukkan berbillion ringgit namun kesannya tidak pun dinikmat rakyat bahawa ianya telah benar benar membantu mengatasi masalah yang membelenggu rakyat luar bandar sebelum ini.

Malahan, rakyat masih kedengaran mengeluh mendakwa jalanraya tidak ubah lopak tempat mandi kerbau manakala bekalan air bersih masih banyak kawasan kawasan perkampongan dan perumahan paip terus mengalami kering kontang menjangkau bertahun tahun lamanya seperti yang berlaku di Kg Karangan Baru, Kg Enubai, Ponontomon, Mukim Entabuan, Kg Paguokon, Taman Perumahan Kalang, Taman Tensan, Kg Amboi dan kawasan Pekan.

“ Kita juga sudah dengar isu pembinaan pusat giatmara disini telah terbengkalai sejak tahun 2008 mengakibatkan pembelajaran pelajar pelajar giatmara terganggu disebabkan prasarana yang tidak selesa kerana mereka terpaksa menumpang diantara bangunan yang tidak digunakan di Pusat Kebudayaan Murut….apakah punca ianya terbengkalai tetapi kerajaan terus membisu tidak mengambil tindakan menanganinya,” tegas Jimmy.

Jimmy yang juga merupakan Pengerusi CLC Melalap dan Kemabong berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Tahunan (AGM) cawangan SAPP Kg Paguokon bertempat rumah kediaman Gabriel Malanting pada Ahad. Turut hadir, Naib Presiden SAPP Datuk Frankie Chong Yu Chee dan para AJK CLC Melalap.

Selain itu, Jimmy turut membangkitkan masalah pemberian Kad Pengenalan yang disifatkan beliau prosesnya bagaikan “mee Maggie” dimana dalam masa yang singkat penerimanya boleh mengkutip daripada pembekal secara “express” kini sedang berleluasa diSabah malah tiada apa apa tindakan daripada pihak berkuasa kerajaan BN untuk mematahkan kegiatan sendiket tersebut.

“ Itu sebabnya, baru baru ini SAPP telah memfailkan saman kepada kerajaan melalui dua rakyat Sabah yang telah tertindas haknya berhubung isu yang di panggil BORNEONISASI yang termaktub dalam 20 Perkara. Kerana kita merasakan bahawa hak dan kuasa otonomi diSabah sudah dinodai oleh kerajaan Persekutuan menyebabkan kita diSabah telah kehilangan kuasa yang sepatutnya kita berhak melantik rakyat kita diSabah menjawat jawatan jawatan dalam Jabatan Persekutuan diSabah termasuk kuasa kuasa melantik mereka jawatan itu,” kata Jimmy.

Terdahulu, Ketua Cawangan SAPP Kg Paguokon Gabriel Malanting 55, menegaskan bahawa rakyat diseleuruh kawasan khususnya di Kg Paguokon harus bertekad untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN pada PRU13 yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Tegasnya, selagi kerajaan UMNO-BN tidak ditumbangkan selagi itu rakyat dinegeri ini terus terbeban memikirkan tindak tanduk pemimpin pemimpin BN yang beliau sifatkan hanya pandai berjanji tetapi semuanya berbentuk “Janji Terang Bulan” tiada yang tepat.

“ Lihatlah sendiri jalanraya masuk ke perkampongan kami, kalau mereka tidak dapat maklumat bahawa SAPP akan dikunjungi pemimpin pemimpin pusat dan CLC Melalap jalanraya ini tidak akan diselenggara….baru kelmarin kena selenggara daripada 20 tahun lamanya tidak pernah kena selenggara. Jadi, apakah kerajaan sebegini rupa kita rakyat mahu sokong lagi?…sorilah!...tiada esok bagi mu lagi wahai BN, kami tetapi menyokong pembangkang parti tempatan SAPP,” disambut sorak sorai daripada hadirin yang dianggarkan kira kira 40 orang.

Gabriel menambah, kerajaan BN langsung tidak berhati perut kerana pemimpin pemimpin BN sudah mendapat maklumat bahawa penerokaan tanah tanah yang memasuki kawasan hutan simpan secara tidak sengaja tetapi malangnya penguatkuasa Jabatan Hutan tetap juga melarang penduduk bercucuk tanam disitu.

Tegasnya, penduduk lakukan sebegitu bukan atas dasar sengaja kerana kawasan hutan simpan tidak pernah menunjukkan sempadan yang tepat menyebabkan penduduk kampong keliru dan terlajak menerokai kawasan tersebut dengan menanam getah, kopi dan padi yang sudah pun mengeluarkan hasil.

“ Sepatutnya kerajaan perlu menimbangkan rayuan rakyat tetapi mereka tetap juga mengambil tindakan. Bagaimana pun kami tidak mahu berganjak dari situ dan membiarkan mereka mengambil tindakan mengikut peraturan mereka,” tegas Gabriel.

Rabu, 3 Ogos 2011

Terbongkar: Jabatan Kebajikan tidak telus bantuan untuk wargaemas?

Oleh: Mail Mathew

TENOM: Berikutan penemuan berlakunya kepincangan pengurusan bagi permohonan bantuan wargaemas daripada tabung kebajikan Jabatan Kebajikan dan Perkhidmatan Am Negeri Sabah sepertimana yang dirungkai oleh Harian Ekspress baru baru ini, kini menjadi fokus masyarakat diseluruh pelusuk daerah diSabah ketika ini.


Daerah disini, seorang wargaemas Nasir binte Tasing KP 441231-12-5276 warga tempatan 66, tinggal diKg Undusan telah memohon untuk bantuan wargaemas sejak tahun 2005 sehingga sekarang tidak ada jawapan.

Tegas Nasir, selain JKKK beliau sendiri berulang kali datang ke pejabat Jabatan Kebajikan untuk mendapat kepastian permohonannya sama ada lulus atau sebaliknya namun jawapan pegawai terbabit memintanya bersabar dan terus menunggu kelulusan tersebut.

Pengerusi JKKK Kg Undusan Martin Kamandu ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa permohonan penama tersebut telah dirujuk berulang kali ke Pejabat Kebajikan namun sehingga sekarang namanya tidak ada dalam senarai penerima.

Seorang pesara ATM (Angkatan Tentera Malaysia) Ex-Sgt Majakum Matthew mendakwa bahawa ibunya Kalabu binte Magayun KP 301113-12-5010 yang telah meninggal dunia pada Januari 3, 2011 mempunyai bayaran bantuan yang tertunggak sejak bulan November, Disember dan Januari.

Bagaimana pun selepas itu Jabatan berkenaan hanya mengeluarkan bayaran tunggakan untuk bulan November manakala bulan Disember dan Januari lesap begitu sahaja.

Manakala seorang OKU yang mendapat bantuan Am Susan binte David 21, dimana bantuan bulanannya mengikut rekod sebanyak RM 165.00 sebulan. Penama tersebut telah didaftarkan sebagai penerima bantuan itu bermula pada Disember 1, 2009.

Bagaimana pun tegas ibu kepada OKU itu Sinsim Salimbun 55, yang tinggal di Kg Mantailang kira kira 10km dari pekan disini terkejut kerana sejak ianya didaftarkan sebagai penerima tidak pernah menerima bayaran yang dijanjikan mengikut kelulusan sebanyak RM165.00 sebulan sehingga sekarang.

“ Tetapi saya hairan kenapa anak saya ini mendapat bayaran kononnya bonus sebanyak RM165.00 bagi Mei 11, 2011 dan sekali lagi pada September 1, 2011. Kalaulah anak saya permohonannya ditolak tetapi kenapa pula bonus dibayar. Saya sangat tidak berpuas hati dengan cara Jabatan Kebajikan menangani masalah rakyat yang memerlukan bantuan seperti kami yang bermasalah,” tegas Sinsim yang juga seorang balu.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar NASIR BTE TASING- Kelihatan Nasir menunjukkan KP yang menunjukkan beliau adalah warga tempatan dan bukan PATI.

Selasa, 2 Ogos 2011

SAPP TENOM BERGOTONG ROYONG BANTU PENDUDUK KG PULONG

Oleh: MEDIA SAPP

TENOM: Kepimpinan SAPP CLC Melalap untuk membantu meringankan beban rakyat tidak sekadar dengan ungkapan kata kata kosong namun ianya dilakukan dengan serius tanpa banyak bicara untuk melambat lambatkan tindakan kerana rakyat amat memerlukan bantuan dengan seberapa segera.


Tindakan SAPP khususnya Pergerakan Pemudanya yang diketuai Rudy Sulaiman Mairi dapat dilihat apabila beliau membawa sekumpulan pemuda parti itu bergotong royong membantu memasang “gabion” berhampiran rumah penduduk Don Ambulei di Kg Pulong yang terjejas teruk akibat hakisan sungai ketika banjir baru baru ini.

Turut serta dalam gotong royong tersebut Naib Presiden SAPP yang juga merupakan Ketua SAPP CLC Tenom dan Kemabong Jimmy Jawatah tidak ketinggalan ringan tangan membantu menjayakan gotong royong tersebut.

“ Sebenarnya amalan bergotong royong ini memang sudah wujud sejak dahulu lagi tetapi disebabkan pengaruh arus kemodenan budaya seperti ini kini semakin terhakis dikalangan masyarakat bumiputra khususnya masyarakat KDM,” tegas Jimmy ketika dihubungi media pada Sabtu semasa gotong royong itu berlangsung.

Jimmy berkata, amalan dan budaya bergotong royong atau dalam bahasa Murut “ Maguguyuh” atau dalam bahasa Dusun “Mitatabang” merupakan satu amalan yang perlu diteruskan kerana ianya akan mengwujudkan semangat setiakawan, tolong menolong dan kesepakatan dalam menghadapi situasi yang amat genting untuk diselesaikan dengan kadar segera.

Dalam pada itu, seorang penduduk Kg Pulong Don Ambulei yang menghadapi masalah hakisan sungai dimana rumahnya hampir hampir runtuh akibat hakisan itu merasa amat tertekan menghadapi masalah tersebut yang berisiko untuk dihanyutkan air sungai jika banjir kilat berlaku sekali lagi dimasa akan datang.

Lantaran itu, beliau tidak menyalahkan JKKK disitu kerana telah mengambil tindakan yang proaktif untuk menangani masalah tersebut namun beliau agak terkilan kerana pihak tertentu dalam kerajaan BN yang lalai mengambil tindakan tersebut.

Beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda SAPP kerana prihatin akan masalah rakyat dan tidak membuang masa yang panjang untuk melaksanakan kerja kerja memasang “gabion” untuk menahan tebingan sungai daripada terus meruntuhkan rumahnya.