Oleh: MEDIA SAPP
KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar mengatasi secara serius masalah ketidak seimbangan harga dagangan seperti kos pengimportan dan eksport dimana selagi tidak ditangani ianya akan terus membebankan rakyat khususnya diSabah dan Sarawak.
Katanya, beliau yakin dan percaya bahawa masalah berlaku perbezaan kos diantara kedua dua wilayah disebabkan tindakan kerajaan pusat memperkenalkan sistem kabotaj yang mensyaratkan hanya pelabuhan Klang sebagai pusat pemunggahan barangan import dan eksport diseluruh Negara.
“ Sistem kabotaj hanya memberi hak kepada Port Klang sebagai pusat memproses pengimportan dan eksport ke luar Negara manakala pelabuhan pelabuhan dalam Negara sebagai urusan domestik,” kata beliau ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin baru baru ini.
Datuk Seri Yahya pada Rabu berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Bingkor Datuk Justin Guka semasa persidangan DUN baru lepas yang bertanya punca harga kepingan getah diSabah jauh berbeza dengan Semenanjong dimana Yahya menjawab bahawa ia berlaku berpunca daripada pertambahan kos lojistik serta kos pemprosesan yang tinggi diSabah.
Jimmy seterusnya menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih serius kearah membetulkan keadaan itu dengan meminta kerajaan pusat agar menghapuskan sistem kabotaj demi untuk menyelamatkan nasib masa depan para peniaga dan pekebun kecil getah dinegeri ini dari terus terbeban disebabkan masalah tersebut.
Menurut Jimmy, pucuk pimpinan SAPP telah menyederi hakikat itu sejak awal lagi dan telah pun mencadangkan kepada kerajaan betapa perlunya sistem itu dihapuskan kerana selagi ianya diteruskan sudah pastilah kesan daripada sistem yang salah itu akan terus membebankan rakyat khususnya para peniaga dan pekebun pekebun kecil dan sederhana.
“ Selagi sistem kabotaj terus mendominasi urusniaga sistem pengimportan dan eksport yang hanya memberi hak kepada Port Klang selagi itu harga barangan diSabah dan Sarawak tidak seimbang malah jauh berbeza dengan Semenanjong,” tegas Jimmy lagi.
Selain itu, Jimmy turut mendedahkan perimbangan harga menerusi penemuan sepertimana yang didedahkan oleh Datuk Seri Yahya dalam kenyataan beliau dimana harga getah kepingan diSabah RM7.70 sekilo (RM13.35 sekilo diSemenanjong), manakala caj bagi pengangkutan 36 sen dan 10 sen bagi caj pemprosesan setiap sekilo dikenakan bagi dagangan getah diSabah.
Contohnya, dagangan getah Malaysia Rubber Fund Board (24.8.2011) mencecah RM1,330.00 setan, Sabah’s moisture 70% dry rubber contents (KGK) RM931.00, ditolak lagi kos lojistik RM36.00 dan processing cost RM10.00 @ RM46.00 bakinya RM885.00.
Manakala diSabah menerusi LIGS RM770.00 setan dan apabila ditolak dengan kos perolehan di Semenanjong (RM885.00) maka perbezaannya adalah sebanyak RM115.00.
Dalam pada itu, Jimmy turut menggesa kerajaan khususnya Kementerian berkaitan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen pembelian susu lateks atau kepingan kepada syarikat syarikat yang tidak berwibawa atau syarikat yang kurang kompeten terhadap urusniaga tersebut.
Tegasnya, disebabkan kehadiran ejen ejen yang berlambak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan maka sudah tentu kesempatan “ulat ulat” membolos diri untuk menceburi perniagaan jual beli getah yang beroperasi dipelusuk kampong yang modus operandinya lebih mengutamakan keuntungan seterusnya mencekek pekebun kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan