Ahad, 4 September 2011

KEMABONG KUBU KUAT DAP, TUKAR BAJU PRU13!




Oleh: Mail Mathew

KEMABONG: Penasihat DAP Lim Kit Siang menyifatkan “tsunami politik” tahun 2008 kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) nyaris nyaris kehilangan kuasa dan beralih kepada pembangkang namun talian hayat UMNO-BN untuk terus berkuasa dapat diselamatkan Sabah yang dilabelkan Dato’Seri Najib sebagai “fixed deposit”.


Katanya, kebangkitan sokongan rakyat terhadap pembangkang yang terus memuncak di Semenanjong pada tahun 2008 menghasilkan empat negeri beralih ke tangan Pakatan Rakyat (PR) sehingga sekarang yang tidak mungkin akan berubah lagi.

“ Kalau tiga tahun dulu Sabah dan Sarawak bersama sama bekerjasama dengan kita sudah pasti kita sudah tukar kerajaan kepada PR,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 500 hadirin dalam satu ceramah politik DAP diKg Kalibatang Lama kira kira 40km dari pekan Tenom pada Sabtu.

Lim percaya bahawa penyertaan beramai ramai rakyat luar bandar untuk berjuang bersama pembangkang menunjukkan sudah ada momentum bahawa pilihanraya kali ke-13 rakyat Sabah sudah bersedia menumbangkan kerajaan UMNO-BN yang mereka anggap sebagai kerajaan “kuku besi dan korup”.

Tambah Lim lagi, kalau dulu ketika pembentukkan Malaysia sekitar tahun 1963 bersama Malaya, Sabah merupakan negeri yang terkaya diMalaysia kerana memiliki sumber khazanah alam semulajadi namun disebaliknya sejak akhir akhir ini Sabah dilabelkan sebagai sebuah negeri diMalaysia yang termiskin.

“ Sebab itu kita mahu menumbang kerajaan yang korup, tidak telus dan jujur seperti UMNO dan BN…kerana selagi mereka berkuasa kita kehilangan segala galanya termasuklah keadilan…kita mahu pilihanraya dijalankan secara bersih tetapi tak bersih…sekarang kita mahu kuasa rakyat pada PRU13 untuk bersihkan mereka,” tegas Lim.

“ Kita sedih sekali kerana kadar kemiskinan diSabah semakin menjadai jadi…pada mulanya hanya pada paras 12 peratus sahaja tetapi sekarang terus melonjak kepada 40 peratus….(Jadi)..apakah yang dilakukan mereka selama ini bantuan sini, bantuan sana nilainya berjuta juta ringgit tetapi rakyat terus juga dilanda kemiskinan…apa ini?” tambahnya lagi.

Selain itu, beliau turut mengingatkan rakyat bahawa mereka terus bersatu padu untuk mengukuhkan barisan pembangkang bagi merealisasikan niat dan hasrat mereka untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN pada pilihanraya umum kali ke-13 kerana dengan adanya kekuatan hasil kesepakatan pembangkang kejayaan pasti akan terbukti berlaku.

Beliau turut mengulangi kenyataannya dimasa lalu bahawa sekalipun kerajaan Sabah dapat ditawan pembangkang pada PRU13 namun ianya tidak bermakna atau berkesan dalam pentadbirannya selagi sesebuah kerajaan yang dibentuk itu tidak sehaluan atau berkerjasama diperingkat nasional.

Terdahulu, Ketua Bahagian DAP Kemabong William @ Ensor bin Datuk Tingkalor yakin kawasan DUN Kemabong akan dapat ditawan oleh DAP pada PRU13 dimana setakat ini keahlian DAP kini sudah mencecah seramai 1,488 ahli dalam jangka masa beberapa bulan sahaja ianya bertapak disitu.

Diakhir majlis tersebut, Lim Kit Siang menyampaikan sumbangan kepada beberapa warg emas sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Hadir sama dimajlis itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Adun Sri Tanjung Jimmy Wong, Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi, Pemimpin DAP Pedalaman Dr Benjamin Yap dan Donny Entong.
Ends///..

Caption:-

1. Gambar LIM KIT SIANG 1- Kit Siang serah sumbangan kepada salah seorang warga emas.
2. Gambar LIM SEMASA KETIBAAN – Kit Siang disambut para belia ketika ketibaannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan