Oleh: Ambrose M Matthew
TENOM: Pemimpin Gereja Keristian Sidang Injil Borneo (SIB) Sylvester Mutang Dawat (gambar), menjelaskan bahawa niat kenyataannya sebelum ini yang mengalu alukan persetujuan pemimpin PAS berhubung sebutan ‘Allah’ oleh penganut Keristian melihatnya kearah positif yang lebih luas untuk melupuskan pra sangka negatif umat itu terhadap kepimpinan masyarakat Islam khususnya PAS.
Beliau berkata, Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat merupakan pemimpin yang disegani Umat Islam dinegara ini tentunya digeruni malah disambut perasaan lega oleh masyarakat Keristian kerana turut menyetujui sebutan ‘Allah’ oleh masyarakat itu.
“ Niat kita adalah untuk berbaik baik dengan semua kaum tanpa mengira kepercayaan Agama yang ada dinegara ini. (Jadi)...adakah salah bagi kita mengalu alukan kenyataan pemimpin PAS itu,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Sabtu sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PBS yang juga Adun Kedamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan.
Pada Sabtu, Herbert Lagadan yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah berkata tidak seharusnya masyarakat Keristian menerima bulat bulat kenyataan pemimpin PAS yang membenarkan sebutan ‘Allah’ tapi bersyarat yang disifatkannya sebagai pil beracun yang disalut dengan gula dan coklat.
Lagadan turut membidas sikap seorang pemimpin Keristian (merujuk kepada Mutang) melaungkan kegembiraan terhadap kenyataan politik bersyarat yang dibuat oleh PAS mengenai penggunaan perkataan ‘Allah’ itu.
Mutang berkata, kenyataan Lagadan yang juga seorang ‘Pastor’ tidak sepatutnya dibayangi perasaan ‘buruk sangka’ hanya kerana melihat PAS sebuah parti politik pembangkang yang mendapat sanjungan penganut Keristian kerana kematangan dan kesederhanaan politik mereka.
“ Sesiapa juga boleh memberikan pendapat tidak kira dipihak pembangkang mahu pun kerajaan asalkan niatnya jujur, ikhlas dan setara dengan halatuju demokrasi yang memelihara hak hak asasi rakyat...kita akan terima,” tegas Mutang.
Dalam pada itu, Mutang enggan mengulas persoalan Lagadan terhadap niat PAS membuat kenyataan tersebut sebaliknya beliau (Mutang) mencadangkan kepada Lagadan agar mengadakan debat dengan siapa sahaja pemimpin PAS negeri atau pusat untuk menegakkan dakwaan Lagadan.
Ends///..
1.Gambar MUTANG DAWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan