Oleh: Ambrose M Matthew
TENOM: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Melalap Roger Stimin menegaskan bahawa segala kepincangan yang berlaku semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya sekarang hanya akan dapat diperbetulkan setelah kerajaan itu dapat ditumbangkan oleh rakyat secara demokrasi menerusi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata, mandat kerajaan itu terbina setelah rakyat mengangkatnya pada pilihanraya umum lalu dan begitu juga pada sebaliknya jika prestasinya merosot rakyat mempunyai kuasa untuk menurunkannya dari takhta itu menerusi sesuatu pilihanraya umum.
“ Dalam politik tiada yang kekal (kerana) jika prestasinya merosot rakyat tetap menolaknya...ini adalah amalan demokrasi ang dibenarkan undang undang serta Perlembagaan Negara,” kata beliau ketika bertemu penduduk di sekitar Kg Batu 90- Simpangan pada Jumaat.
Roger berkata, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa jika BN mengabaikan tanggung jawabnya kepada rakyat terutamanya berkaitan dengan hal ehwal ekonomi termasuk gagal mengurus tadbir tanah tanah adat (NCR) hak anak negeri ini, rakyat tiada pilihan selain beriltizam untuk menukar kerajaan pada PRU13.
Beliau berkata, terdapat banyak perkara yang menjadi isu penting semakin berlarutan dinegeri ini terutamanya isu pemilikan MyKad dan kerakyatan songsang kepada rakyat asing menerusi pintu belakang masih belum diuruskan secara serius oleh kerajaan pusat.
“ Kebimbangan kita dari aspek keselamatan semakin serius kerana selagi isu PTI yang selama ini menjadi ibu kepada segala permasalahan diSabah tidak ditangani dengan serius kita akan berhadapan dengan ancaman keselamatan yang besar,” tegasnya.
“ Itu sebabnya kita minta pihak kerajaan pusat supaya penubuhan RCI disegerakan dan sebaik baiknya sebelum PRU13...tetapi kita juga tidak faham kenapa ia dilambat lambatkan lagi,” tambah beliau.
Dalam pada itu, Roger menyarankan penduduk disitu agar tidak merasa segan atau takut untuk mendaftar sebagai penerima Bantaun Rakyat 1Malaysia (BR1M) kerana bantuan itu adalah menjadi hak rakyat menerimanya.
Tegasnya, semua rakyat Negara ini tanpa mengira kaum dan keturunan berhak mendapat habuan itu dimana ianya sebahagian daripada keuntungan kerajaan daripada pungutan cukai dan hasil kekayaan dinegara ini untuk diageh agehkan kepada rakyat.
“ Rakyat merupakan “Tuan” kepada Negara ini...mereka berhak dan layak menerima hasil mahsul Negara, maka tiada sesiapa boleh menidakkan seseorang rakyat Negara ini dari mendapat agehan habuan itu,” kata Roger.
Terdahulu, Pengerusi Penganjur majlis perjumpaan itu Gembala Railit menyifatkan ketokohan Roger selaku pemimpin muda sangat bertepatan sekali kehadiran beliau diarena politik dialab baru ini.
Malahan Railit menganggap perjuangan Roger sebagai kesinambungan kepada perjuangan yang belum selesai dalam memertabatkan masyarakat KDM ditakhta yang tertinggi dipersada nasional setaraf dengan masyarakat lain dinegara ini.
Ends///..
Caption:-
1. Gambar SERAH ALAT SUKAN 1 – Roger kelihatan menyerahkan peralatan sukan kepada belia belia di Kg Batu 90- Simpangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan