Jumaat, 4 Mei 2012

GAJI MINIMUM SEKADAR RETORIK, TIDAK MENFAATKAN PEKERJA SWASTA

Oleh: Ambrose M. Matthew 

TENOM: Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung gaji minimum sektor swasta tidak lebih sekadar retorik politik yang bertujuan mengambil hati rakyat menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13. 

Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin (gambar) berkata demikian pada Rabu sebagai mengulas pengumuman itu yang disifatkannya sebagai ‘tidak wajar’ dimana Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dibayar RM800 atau kira kira RM3.85 sejam manakala Semenanjong RM900.

Beliau berkata, kadar gaji minimum itu bagi sektor swasta yang diumumkan kerajaan tidak memadai jika mengambil kira peningkatan kos sara hidup masa kini yang sepatutnya wilayah Sabah dan Sarawak diberi kadar bayaran tinggi yang terhimpit dengan kos tinggi berbanding Semenanjong.

Roger berkata, pengumuman Perdana Menteri itu yang dibuatnya sempena sambutan Hari Pekerja tidak berdasarkan kajian mendalam terutama ketika rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang melampau.

 “ Apa lah ertinya pengumuman yang diharap harapkan pekerja swasta supaya diberi gaji minimum yang tinggi sekurang kurangnya RM1,000 keatas supaya mereka setidak tidaknya tidak terlalu terbeban dengan kos sara hidup sekarang. (dan)..ianya juga tidak terlalu membebankan majikan,” tegas Roger.

 “ Saya sifatkan gaji minimum yang diumumkan itu tidak memberi menfaat apa apa kepada para pekerja swasta kerana setelah ditolak caruman KWSP, Insuran berkelompok dan lain lain bayaran maka pekerja itu masih berpendapatan dibawah paras kemiskinan,” tambahnya lagi.

 Beliau menambah, pengumuman itu sama seperti pengumuman skim Saraan Baru Perkidmatan Awam (SBPA) yang tidak berdasarkan kajian mendalam hingga akhirnya kerajaan terpaksa membatalkan pelaksanaannya.

Dalam pada itu, Roger turut menyarankan Kementerian Tenaga Rakyat agar mengkaji serta memberi garis panduan kepada para majikan swasta supaya menetapkan 8 jam sehari bekerja manakala pada hari Sabtu 5 jam.

Tegasnya, adalah kerana terdapat rungutan dikalangan pekerja swasta yang diarah bekerja melebehi 8 jam tanpa bayaran elaun kerja lebih masa termasuk hari Sabtu yang melebehi 5 jam.

 “ Trend seperti itu perlu dibendung oleh Kementerian terbabit kerana kita tidak mahu melihat pekerja swasta terlalu terbeban dengan masa yang terlalu lama bekerja sedangkan gaji yang mereka terima tidak setimpal dengan kerja kerja yang mereka lakukan. Ini juga salah satu penghalang kepada produktiviti Negara yang dihasilkan swasta,” tegasnya. ENDS///.. Caption:- 1. Gambar ROGER STIMIN 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan