Jumaat, 4 Mei 2012

LAWATAN PM,TPM KE SABAH TIDAK SENTUH RCI

Oleh: Ambrose M Matthew 

KEMABONG: Ketua Pegawai Penerangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Sabah Mutang Dawat @ Sylvester (gambar), terkilan dengan lawatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya ke negeri ini pada baru baru ini (minggu lepas) tetapi sedikit pun tidak menyentuh bila pelaksanaan RCI yang dinanti nantikan rakyat selama ini. 


Beliau berkata, lawatan kedua dua pemimpin nombor satu Negara walaupun jadualnya berselang selih namun kedua duanya tidak langsung menyentuh soal RCI malah difahamkan wartawan cuba mendekatinya untuk menemubual namun tidak berpeluang.

“ Rakyat semakin kecewa diatas kelibat mereka dimana sepatutnya RCI haruslah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pilihanraya kali ke-13 diadakan...(kerana) kita ingin mengetahui ketulenan sebenar pengundi dinegeri ini berdasarkan dokumen yang mereka miliki selain proses pilihanraya berjalan dengan seadil adilnya tanpa kesangsian,” kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Khamis.

Beliau yang merupakan Ketua Penyelaras Parti Kita Parlimen Tenom sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Penerangan parti itu dinegeri Sabah berkata, pucuk kepimpinan BN yang juga Perdana Menteri Dato’ Seri Najib seharusnya mengkotakan janjinya sebelum ini untuk menyelesaikan isu Kad pengenalan palsu dan pemberian kerakyatan melalui pintu belakang kepada warga asing sebelum pilihanraya umum ke-13 diadakan.

 “ Kita melihat dan mendengar dimana mana sahaja rakyat berada tanpa rasa takut menyuarakan perasaan marah mereka apabila kerajaan masih membeku tidak mengumumkan pelaksanaan RCI sedangkan ianya sudah dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet Persekutuan,” tegasnya.

 “ Malahan semua parti parti politik tidak kira pembangkang atau BN termasuk UMNO sudah bersetuju RCI perlu diadakan..(jadi) mahu tunggu apa lagi,” tambah Mutang lagi.

 Dalam pada itu, Mutang turut meluahkan kebimbangan bahawa Parti Kebenaran Sabah (PKS) yang baru diluluskan pendaftarannya akan menjadi landasan bagi pemegang pemegang MyKad yang meragukan sekiranya dokumen diri mereka tidak sempat disahkan ketulenannya menerusi RCI.

 Tegasnya, lebih lebih lagi PKS berjuang berteraskan suku kaum Suluk dan Bajau Tempatan yang menyokong BN menguatkan kekuatiran ianya berkemungkinan akan dijadikan kenderaan sebagai tumpangan kepada ratusan ribu dokumen yang meragukan yang kini berada ditangan golongan tersebut (merujuk laporan buku Projek IC karya Mutalib M.D).
Ends///..

Caption:- 1. Gambar MUTANG DAWAT @ SYLVESTER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan