SEBUTAN seperti “ Posik, Karat, Bangun, atau wake up” untuk rakyat jati Sabah perlu dilakukan kerana sememangnya sudah sampai ke tahap untuk kita semua bangun dan bangkit daripada lamunan untuk menyelamatkan negeri, negara dan rakyat kita daripada terus diperkotak katikkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
TANDA TANGAN GERAN KOMUNAL DISAKSIKAN PM |
Kita masih teringat serangkap lagu lagu patriotik Murut dizaman dahulu yang dipanggil “Kandila” yang berbunyi seperti berikut; “ Kandilaa...ngana ngana nombolong baru eyoh nakarat ruai kandilaa...pabulowo pagilangan...napatawang pampulalawan zaman parinta baru” yang bermaksud; “ Umpama pahlawan Murut yang telah terleka dek terbuai mimpi, sekarang barulah dia sedar dan bangkit dari tidornya...sambil melihat alam sekeliling yang luas dan indah tentunya ia sangat melapangkan dada...hanya kerana gara gara perjuangan untuk memburu niat dizaman kerajaan baru”.
Biarpun olahan kata katanya begitu unik namun jika diamati dengan penuh keseriusan maksud dan paksi ayatnya ia lebih terfokus kepada peri pentingnya kita perlu bangun dan bangkit bersama meninggalkan lamunan dan turun padang mulakan perjuangan untuk mempertahankan hak hak asasi kita demi rakyat, bangsa dan kedaulatan negara.
Sesungguhnya rakyat Sabah sudah terlalu banyak dibuai dengan pelbagai kemewahan dibawah panji panji BN namun ibarat keindahan yang dikecapi dan nikmati hari ini penuh dengan kepalsuan; Apakah kita tidak ingin mencari sesuatu yang lebih indah lagi tulen diesok hari. Sepertimana dihari hari yang telah berlalu iaitu berpuluh tahun lalu sejak dizaman era Allahyarham Tun Mustapha, Tun Fuad Stephen, Datuk G S Sundang dan Tan Sri Peter Lo meskipun masih terdapat kekurangannya namun kita berbangga kerana perjuangan mereka ibarat sebutir permata “Tulen” bagi kita rakyat Sabah tanpa campurtangan “orang luar”.
Pada sebaliknya, kini sudah berlaku segala galanya dimana rakyat Sabah telah kehilangan hak asasi termasuk tanah dan akibatnya kini rakyat merempat dan menjadi termiskin di negeri ini sendiri.
Kekesalan kita adalah kerana Sabah telah kehilangan kuasa autonomi dan bukan lagi tiga wilayah berkuasa sama rata antara Sabah, Sarawak dan Malaya ketika pembentukkan “Malaysia” tahun 1962, sebaliknya kita berada ditangga yang ke-12 negeri negeri di Malaysia.
Apabila keadaan perubahan sebegitu rupa berlaku maka kita seolah olah menjadi “hamba” kepada KL kerana hak kuasa autonomi Sabah sudah terhakis: Manakala semua hasil mahsul negeri ini seperti sumber galian minyak dan gas telah diambil alih kerajaan Persekutuan menerusi Petronas dan Sabah hanya mendapat agehan 5% dari royaltinya.
Lebih menyedihkan lagi, apabila pendatang asing tanpa izin (PATI) diberi kewarga negaraan negara ini dan diberi MyKad menerusi “pintu belakang” malahan golongan itu didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih SPR dimana mereka juga secara tidak langsung telah terlibat dalam menentukan kerajaan setiap PRU diadakan dalam tempoh 5 tahun sekali.
Tidak hairanlah sekiranya rakyat Sabah terutamanya belia belia dan beliawanis tidak bangkit atau bangun mahupun “ karat kau noh” untuk menyertai perjuangan ini bagi memastikan PRU-13 ini akan dapat menyelamatkan Sabah daripada rakyatnya akan menjadi “pelarian dibumi sendiri”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan