Selasa, 13 November 2012

Oleh: NUR NATASYA ABDULLAH

PEMILIHAN pucuk pimpinan SAPP untuk menyandarkan harapan kepada Roger Stimin seorang Peguam dan pendatang baru dalam arena politik bagi merebut kawasan DUN Melalap pada PRU-13 sudah pasti ia bukan suatu laluan mudah baginya atau sesiapa sahaja pemimpin yang dicalonkan pembangkang ia harus melepasi pelbagai kreteria sebelum layak bergelar sebagai “winnable candidate” satu satunya pra syarat pilihan rakyat iaitu pengundi Melalap.

ROGER STIMIN
Jika tersilap langkah atau tersilap pilih, maka kedudukan penyandang DUN Melalap Datuk Radin Malleh yang sudah memegang tampuk kuasa disitu selama empat penggal tidak akan tergugat malah ianya akan meraih kemenangan dengan begitu mudah dengan majoriti yang lebih selesa.

Banyak faktor yang menjadi sandaran kemenangan Radin dimana perlantikkan Dr Lucas Umbul Ketua UPKO Tenom sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) turut mempengaruhi minat pengundi untuk memberi undi sekali lagi kepada BN pada PRU-13 kali ini yang beranggapan bahawa kehadiran dan perlantikkan Dr Lucas itu nasib dan kebajikan mereka (rakyat) akan terus terbela.

Seperkara lagi, sudah pasti Radin akan terus menggoncang semangat rakyat Melalap bahawa kemenangan beliau amat penting untuk meneruskan pembangunan pekan Melalap dan lain pembangunan yang sudah diluluskan kerajaan seperti pembinaan jambatan dari Pusat Kebudayaan Murut (PKM) menuju ke Taman Pertanian Sabah (TPS).

Bagaimana pun, dengan kehadiran generasi muda yang berwibawa dan berwawasan seperti Roger Stimin dijangka akan dapat memadamkan segala impian dan harapan BN di DUN Melalap kerana apa yang semua telah sedia maklum bahawa prestasi BN sejak tahun 1994 sangat minima dan banyak perkara yang tidak disenangi rakyat yang mendorong mereka beriltizam untuk menukarkan kerajaan BN pada PRU-13.

TURUN PADANG MELAWAT MASYARAKAT YANG PERLU DIBANTU

Kebosanan dengan hamparan janji, kuasa kuasa otonomi rakyat yang kian terhakis manakala tanah tanah adat (NCR) dijadikan ladang terbesar milik kerajaan seterusnya pemberian kerakyatan negara ini kepada warga asing serta pemberian Kad Pengenalan semakin menjadi jadi antara isu yang menjadi hangat yang tidak pernah diselesaikan oleh kerajaan BN secara mutlak, antara sebab rakyat tidak akan memberi 'muka' lagi kepada BN.

Rakyat terus beriltizam bahawa mereka mahu masalah yang berlarutan itu diselesaikan secepat mungkin menerusi seorang pejuang yang berkaliber, berani dan berwawasan seperti Roger Stimin untuk menggalas tugas ini bersama rakyat sehingga ianya mendapat penyelesaian secara demokratik menerusi sistem perundangan yang ada.

MASYARAKAT CINA TURUT TIDAK DILUPAKAN
Malahan mereka tidak langsung dapat mengharapkan janji janji pemimpin lama yang semakin lapok politik mereka yang sekadar bijak memerangkap rakyat dengan janji janji 'rethorik' namun penyelesaiannya hambar dan kosong; Kerana sudah terlalu lama bermain politik mereka tidak berminat lagi membantu rakyat selain untuk menjaga ekonomi dan keselamatan keluarga mereka semata mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan